Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 11, 2011

AKU BUKAN MUSLIMAH YANG BAIK

بسم الله الرحمن الرحيم
  
 Aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an

aku sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuat ku makin dekat dengan-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah

aku malah asyik menghafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya

aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya

aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya

aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya

aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya

aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan pria



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat

aku senang membicarakan aib dan kejelekan orang lain



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik

aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya

aku lebih asik memperhatikan fisik diri ku saja



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah

aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya

aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya

aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya

aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun

aku malah semakin lalai dengan dunia



aku memang bukan muslimah yang baik



namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-Nya
Ya Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.


semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu... amin yaa Mujiibassaailiin...

Thursday, April 7, 2011

Sanggupkah dikau menjadi suamiku?

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, 
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,  
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, 
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, 
aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika 
tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika 
aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana 
ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika 
selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika 
setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika 
selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika 
ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika 
setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika 
bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika 
aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika 
akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika 
tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika 
hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika 
aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika 
aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika 
tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika 
keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
Adakah engkau sanggup jika 
masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika 
layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika 
ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika 
segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…
tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…
tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..
pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..
sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..
namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…
aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..
kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..
kerana cukuplah Allah bagiku..
mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..
dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..
Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..
kerana telah ku pilih jalan-Nya..
hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..
dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..
terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..
jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..
tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..
cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..
kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..
jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..
aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..
dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam 
yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..


Rugi dunia akhirat klu xnk baca!!

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz





Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah....
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..... 
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa 
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .. 

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla) 

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1...  Anda -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..
2.  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.  Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam.  ... 

Saturday, April 2, 2011

Awas bagi yang bercouple!



Sabda Nabi: “Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” -Riwayat Ibnu Majah-

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Friday, April 1, 2011

April Fool

Hari ini satu April. Dunia menyambut hari ini dengan nama April Fool. Hari berjenaka, dengan pelbagai pembohongan untuk bergurau senda. Walaupun namanya sudah sah menggunakan kaliah Inggeris, tetapi penduduk-penduduk negara lain selain negara berbahasa inggeris turut galak menyambutnya. Termasuklah penduduk di Malaysia.


Sebenarnya, tradisi April Fool ini, adalah satu tradisi yang sama sekali tidak patut kita ikuti, rayakan, atau contohi. Hal ini kerana, berbohong atas apa tujuan sekalipun adalah salah satu dari dosa-dosa besar.
Malah, Rasulullah SAW sendiri memberikan amaran kepada sesiapa yang berbohong dari kalangan ummat baginda,
Sabda Rasulullah SAW,
“ Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa, celakalah untuknya” Riwayat Abu Dawud.

***************


Peristiwa disebalik hari April Fool ini ada kaitan dengan peperangan salib. Dalam peristiwa tersebut, ummat islam dipermainkan dan disiksa, manakala mereka golongan  tentera kuffarlah yang bergembira pada akhirnya.

Apa yang mereka lakukan? Dalam peperangan tersebut ummat islam kalah. Mereka ketakutan, dan diumpan keluar dari negara mereka dengan selamat. Ramai yang tertipu dengan helah keji tentera kuffar. Ummat islam mati dibakar dan ditenggelamkan dalam laut, dek kerana ditipu oleh mereka yang bersifat haiwan dan tidak ada perikemanusiaan. 

Apa yang saya dapat simpulkan, mereka merayakan perayaan ini sebagai kaedah PERLI kepada kita. Bergurau atau mengenakan orang lain, dan berakhir dengan gelak tawa kejayaan mereka. 

Inikah sifat-sifat yang diterapkan oleh Nabi kita? Menjaga hati sahabat, menjaga aib orang lain, dan sebagainya. Jangan kita hanya ikut sahaja. Kaji, selidik, baca, dan cari jalan penyelesaian. 

Thursday, March 31, 2011

Rahsia Tarian Poco-Poco

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.


Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

Tuesday, March 29, 2011

PENGGODA CINTA YANG MALU


Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!
alt
Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.
Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?
Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.
Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.
Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?
Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?
Jangan terkejut jika kita 'menjual' terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti 'memburu' anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!
Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.
Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.
Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.
Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.
Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut 'boroi', rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.
Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.
Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.
Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?
Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.
Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.
Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.
Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...