Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 1, 2012

MUSLIMAH KER?


Assalamualaikum W.B.T


Muslimah...apa yang dimaksudkan dengan muslimah? Adakah seorang perempuan yang lengkap berpakaian beserta tudung tak kira menutup aurat @ tak, layak dipanggil muslimah? Kalau itu tanggapan anda, anda salah..anda silap!


Sekarang ni ramai orang yang berbicara tentang muslimah. Itu memang trend kot sebab kat pasar2 sekarang ni memang banyak dijual pakaian muslimah tapi adakah pakaian tersebut mengikut syariat yang ditetapkan syarak? tidak sama sekali kan..kalau kita lihat bentuk pakaian muslimah seperti tshirt..nama je tshirt muslimah tapi dia punya cutting langsung tak menunjukkan ciri2 ke arah itu.. tapi tak semua macam tue kan


Seringkali kita dengar si perempuan bertudung dipanggil muslimah tapi bagi saya ia tidak layak dilabel begitu hanya kerana ia menutup rambut yang mana rambut merupakan anggota yang wajib ditutup. Bagaimana pula dengan dada? adakah dada tidak perlu ditutup? ramai wanita zaman sekarang memakai tudung tapi kenapa dada masih terdedah? wanita sebeginikah yang dipanggil muslimah?


Oh nampaknya anda terkeliru..mari saya terangkan ciri2 wanita yang layak dipanggil muslimah supaya anda tidak tertipu oleh perhiasan dunia yang satu ini. Seorang muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Ketahuilah seorang yang bergelar muslimah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Kalau setakat pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai baju pon ketat tak payah berangan nak jadi muslimah la wei. Kat fb, boleh dikatakan setiap perempuan buat status pasal muslimah solehah, muslimah sejati, share pautan yang berkaitan perempuan solehah pastu cakap "moga2 aku tergolong dalam golongan ini", sorry to say la..anda takkan tergolong dalam golongan tersebut kalau anda masih ditakuk lama, tak ada usaha untuk berubah kearah kebaikan. Memang kata2 itu doa tapi kalau tak berusaha untuk berubah ianya takkan terhasil dengan sendirinya kan.

Kadang2 saya sedih bila tengok wanita islam tapi berpakaian macam orang bukan islam. Mengaku diri tu islam tapi tak pernah nak amalkan cara hidup islam. So islam ke macam tu? kalau ikut pandangan manusia memang la islam sebab keturunan semua islam tapi pandangan tuhan macamana? anda perlu ingat, apa2 pon pandangan tuhan lebih utama.

Bila kita tutup aurat, kita akan dapat pahala tau..tak nak ke pahala free nie? bukan susah nak dapat pon, just tutup aurat da dapat pahala. Tengokla betapa senangnya kita nak kumpul pahala kan? Tak rugi pon kalau kita berpakaian menutup aurat, bak kata pepatah "aurat dijaga maruah terpelihara" lagipun yang tertutup itu kan indah ^_*

Friday, August 31, 2012

Bayaran Konvokesyen

Assalamualaikum W.B.T

Yippi..da setel bayar yuran konvo! Hari nie nak cite sal konvokesyen lagi. Seperti yang aku da habaq kat entry lepas yang last minute is our thrust, betol2 last minit lah aku wat keje...nak g bayar yuran pon asyik duk tangguh2 sampai la ke hari nie 30 ogos. Nak tak nak terpaksa pergi jugak sebab da xde masa..haha

Nak dijadikan cerita, adik aku yang merupakan driver pribadi aku tetiba demam. Mak aihh cmne nak g bank neh? tue la, awal2 xnak pegi bila da last2 minit camni baru nak buat semua benda. Da taw klu wt last2 minit mesti ada halangan punya. Tapi itulah aku, selalu je camtue..tak pernahnye nak amik pengajaran dari kisah2 lampau!haha

Dalam kul 10 aku pon pegi la bank nga abang aku..nasib baik dia ada kat umah..klu tak mane aku nak cekau?ngee..dia kata g bank islam kat Pasir Tumboh la tak ramai orang, kerusi banyak, dekat pon dekat. Aku ikut je...sampai kat sana lebih kurang pukul 10.25pg, terus amek nombor sebab borang da siap isi. Dapat no 1027..no masa tue 1026..fuh seb baik la

Tiba giliran, g kaunter & bagi apa yang perlu, staff bank cakap untuk UMK kena cas RM2. Oke, aku da sedia maklum sal ni sebab kawan2 ramai da bising kat fb cakap diorang kena cas RM2..awal2 lagi aku da ready...huhu. Lepas 2 minit urusan aku selesai..Alhamdulillah tak lama pon kat sana, teringat keluhan seorang teman yang mengatakan dia terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk setelkan benda nie, da la kerusi penuh..menunggu dalam keadaan berdiri selama 2 jam..cuba bayangkan....kesiankan..mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku tue.



Sunday, August 26, 2012

KELEBIHAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat semua? harap2 semua dalam keadaan sihat sejahtera...haa harinie saya nak berkongsi tentang kelebihan puasa di bulan syawal yang mulia ni..

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawasanya bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa iaitu dibulan Ramadhan yang lepas. Semoga segala amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh barakah itu diterima Allah..amin.

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.


Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal ialah puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu. Ia menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik & mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

*nota kaki : yuk puasa sama2 *-*

Wednesday, August 22, 2012

Utusan konvokesyen

Assalamualaikum W.B.T

Wahh surat perutusan konvokesyen da sampai...akhirnya boleh jugak aku konvo..hehe apa taknya sebelum nie macam2 dugaan da aku hadapi, ingat da tak layak nak konvo sama kawan2. Tapi nak kata hepi tue tak jugak sebab..ntah la tapi serius memang tak berapa nak hepi sangat.


Kalau tak nak p konvo tue leh tak eh?cam malas jek...hoho~ tapi rasa rugi la plak klu tak p sebab ntah bila la plak aku leh merasa pakai jubah konvo tue..hihi. Nanti la aku fikir lagi sekali camne..lagipon tarikh last dia 31 ogos, hari nie baru 22 ogos..lambat lagi, masih ada masa...last minute is our thrust..muahaha

Tapi bila fikir2 balik banyak jugak benda yang perlu disetelkan sebelum nak konvo. Nak kena g bank bayar yuran konvo RM220 pastu kena isi borang tu borang ni..mak aihh cam nak nikah la plak isi2 borang neh!haha..Oh ya lupa pulak nak cakap yang tarikh konvo ialah pada 15 september 2012..sape2 nak datang raikan aku, jemputla ye..hehe perasan je lebih!


Sunday, August 19, 2012

Esok rayer ^_*

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah esok da nak raya..esok ke? dua tiga jam je kot lagi hari nak cerah!kui3..macamana persiapan raya korang?banyak tak buat kuih raya? aha bagi aku kuih raya tu tak penting sangat, yang penting kita saling bermaafan dihari raya..bersalam salaman bermaaf maafan sesama kita. Tapi klu takde kuih raya cam tak sempurna lak raya kita kan..haha bagi budak2 pulak duit raya yang utama!

Menjelang raya nie aku adala buat kuih raya sikit, taknak buat tak sedap pulak...nanti orang datang beraya nak bagi makan apa..ye tak?hehe..2 hari lepas da pergi cari barang2 nak buat kuih raya kat KB tapi tak bley beli banyak barang la sebab jalan jammed giler, nak masuk bandar KB pon punya la susah!apatah lagi nak parking..berapa kali pusing bandar KB semata2 nak cari parking..huh

Petang tadi da siap buat popia nestum, naik lenguh tangan2 duk gulung kulit popia tue sorang diri, ada adik pon tak bisa membantu sebab masing2 ada kerja masing2. So ini la hasil popia nestum yang aku buat tu..

Banyak hancur sebab kulit popia da mengering..susah nak gulung & potong
antara yang elok


Haa ni pulak puding laici yang baru dikeluarkan dari mould..

bentuk tak berapa nak jadi..huk2
cute je..haha
Ni pulak kek coklat yang baru siap di kukus..panas2 lagi nie


Dan nie adalah hidangan wajib di hari raya...tadaaaa

ketupat

Tahun nie tak buat biskut raya pon, beli je 2 3 jenis. Niat di hati nak buat home made coklat tu tapi tak jumpa cari kedai yang jual barang2 dia..so sad!

Note: kul 3.15 am baru siap kukus kek, mata da berpinar2 papepon Selamat hari raya maaf zahir batin 0-0





Thursday, August 16, 2012

Sira Pisang

Assalamualaikum...

Ok guys today I would like to teach uoll cooking okeh, the recipe for today's class is "SIRA PISANG" or known as "SWEET BANANA"..haha karut je aku neh!

Sebenarnya idea nak post entry sal sira pisang nie terbit tatkala aku ngah basuh pinggan mangkuk kat dapur tuh. As usual, before I go to bed I must go to the kitchen to make sure there are no dirty dishes..aha speaking ko..kelas ko jah!haha gurau2 je okeh..dont take it serious

Tadi masuk dapur bukak peti ais tengok ada lagi baki sira pisang yang aku buat untuk berbuka tempoh hari..ambil 2 3 keping then pergi ke sinki untuk basuh tangan tetiba mak aih banyak nya pinggan mangkuk tak bercuci..ish sape punya keje neh!rasanya baru sekejap tadi aku siap kemas..sekarang nie bertimbun pulak?aiii hangin aku main nga bebudak neh...yang menyelerak ramai & yang mengemas sorang jer..xfair la kan?

Nampak gaya cam kena wat undang2 je "LEPAS MAKAN SILA BASUH!" & tampal kat dinding depan sinki tuh..haha kejam punya kakak! Tapi serius aku cakap yang aku memang tak suka tengok umah bersepah, serabut aku menengoknya sebab 2 la sebelom tido aku mesti masuk dapur dulu, check & basuh apa yang patot pastu barula leh tido lena..tapi kekadang 2 bangun je esok pagi tengok2 masih ada pinggan yang xberbasuh elok je duk dalam sink!mak aihh bila masa la diorang nie bangun makan aku pon tak taw ^_^

Eh aku nie da melalot xtentu pasal da nie..okeh berbalik pada tajuk diatas..

bahan2

  • pisang-dibelah2 ~betol ke idak penggunaan bahasa aku neh!haha
  • bunga cengkih-2kuntum~tang ni pon xpasti penggunaan bahasa dia tp klu da namanya bunga mst org guna kuntum kan3..haha
  • daun pandan-2helai
  • gula-ikut citarasa masing2
  • air-ikut citarasa masing2
cara2

  • pisang yg telah dibelah2 tue dimasukkan kedalam periuk
  • pastu masukkan bunga cengkih, daun pandan, gula & air
  • letak atas api yang sederhana & jgn lupa tutup periuk
  • masak sehingga gula hancur & air tinggal sikit @ hampir kering tp jgn sampai kering,nnt hangit
Selamat mencoba *_*



Tuesday, August 14, 2012

SUP AYAM SIMPLE

Assalamualaikum W.B.T

Tadi terkontang kanting sorang2 kat dapur sebab nak siapkan juadah berbuka untuk keluarga. Hari nie terlalu leka sampai tak sedar masa berlalu dan menghampiri waktu berbuka..mak aii cepatnya masa berlalu..otak masih beku tak tahu nak masak apa. Memandangkan waktu berbuka da tak lama lagi so aku decide nak buat bubur nasi je tapi buat kuah asing, selalunya buat bubur nasi tak pernahnya nak buat kuah asing, selalu semua bahan main campak je dalam periuk sekali nga beras tue..hehe tapi kali nie nak buat lain dari yang lain lah.

So kali nie masak nasi kasi lembik cam bubur & then buat sup ayam sebagai kuah. Masa ngah sediakan bahan2 nak buat sup tetiba teringat pulak bubur nasi kat pasar Pengkalan Chepa..fuhh bau sambal dia manusuk2..ehemmm kurus puasa aku!So nak buat bubur camtu lah, bukak peti cari cili nak buat sambal..alah cili xde la plak!kacau betul..da la daun sup xde sebab family aku kureng sikit nga benda alah nie, lada jeruk pon xde gak..hai tak tercapai jugak la aku nak merasa bubur nasi yang sempurna. Takpe lah, buat ala kadar sudah.

Memandangkan family aku ramai so aku masak nasi macam biasa..5cup..tapi bila da masak mak aii banyak giler, terkejut aku nengoknye..tak ingat la plak yang bubur ni orang makan sikit2 jer sebab cepat kenyang memandangkan makan dengan kuah..aishh membazir lak nanti tapi rasanya klu cepat kenyang mesti cepat lapar balik..hehe saje nak sedapkan hati ^_^

Sekarang aku nak share la resepi sup aku yang meletup tu..hihi

Bahan2
  • bawang merah 4 ulas*
  • bawang putih 6 ulas*
  • halia 2 inci*
  • bunga lawang 1 kuntum
  • bunga cengkih 2 kuntum (btol ke org pngil kuntum?hehe)
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga 1 biji
  • minyak untuk menumis
  • air
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk perasa
cara2
  • mayang bahan2 yang bertanda *
  • panaskan minyak dengan api yang sederhana 
  • tumis rempah sehingga sedikit kembang & naik bau
  • masukkan bahan2 yang dimayang, kacau rata sehingga kekuningan
  • masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air
  • sesuaikan rasa dengan garam & serbuk perasa
  • tunggu sehingga ayam masak
  • angkat & hidangkan
Selamat mencuba..hehe ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...