Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 12, 2012

Kek coklat basah


Assalamualaikum...hai awak2..hehe hari nie besday adik aku yang darjah 6, da janji dengan dia nak wat kek coklat tapi semalam penat + malas so tak terbuat la kek untuk dia.. hari nie nak tak nak terpaksa buat jugak, nanti muncung tak habis la budak tue..da la tengah tension nga UPSR...huhu tak pe lah, buat sekadar termampu sudaa

Niat di hati nak buat kek coklat basah tapi bila nak sedia bahan2 rupanya banyak benda yang tak cukup! Alamak camne? Bahan yang ada cuma serbuk coklat tak sampai 1 cawan, tepung gandum, susu pekat tak sampai pon ½ cawan, minyak pon kurang, gula, telur, soda bikarbonat & baking powder. Antara bahan yang xde ialah susu cair..haish macam mane nak buat nie? bahan da la tak cukup, yang ada pon tak kena nga sukatan...ahh lantak la, mood nak buat kek tengah berkobar2 nie..hantam saja la..haha

So aku buat la jugak guna kreativiti sendiri

Antara bahan2nya:
·         ¾ cawan serbuk coklat (resepi asal 1 cawan, nak guna serbuk koko pon xde masalah)
·         ¾ cawan gula (resepi asal 1 cawan)
·         +- ½ cawan susu pekat + sedikit air panas (resepi asal 1 cawan susu cair + ½ cawan susu pekat tanpa tambah air panas)
·         ¾ cawan minyak  masak (resepi asal 1 cawan)
·         2 cawan tepung gandum* (resepi asal 1 ¾ cawan)
·         1 sudu teh soda bikarbonat*
·         1 sudu teh baking powder*
·         3 biji telur (pukul hingga kembang tapi aku pukul tak sempat kembang pon sebab nak kejar masa..huhu)

Bahan yang bertanda * hendaklah diayak bersama

CARA2
1) Masukkan serbuk coklat, gula, susu & minyak masak-kacau hingga sebati dan gula hancur
2) kemudian masukkan bahan2 yang telah diayak sedikit demi sedikit-kacau lagi
3) masukkan telur-kacau lagi hingga betul2 sebati
4) kukus selama 30-45 minit @ sehingga masak

Aku kacau benda nie tak lama pon..lenguh tangan dow, main campak2 je sume bahan pastu kukus tapi yang pelik nya tak sampai 30 minit pon kek da masak! Aku pon konpius..maybe sebab dia tak basah kot..hehe nie la hasilnya..

Alhamdulillah..menjadi jugak akhirnya ^_^


Tuesday, September 4, 2012

Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

# Aha lagu Alyah nie cam berkait la pulak nga hidup aku 0_0
   Tambah2 part ni..Kau telah jauh, jauh dariku Tiada ruang di hati buatmu..
   Papepon Yang patah tumbuh Yang hilang berganti!hehe

Note: Si dia yg da lama menyepi 
          tetiba muncul kembali
          tapi sory...
          I da ada pengganti!

Saturday, September 1, 2012

MUSLIMAH KER?


Assalamualaikum W.B.T


Muslimah...apa yang dimaksudkan dengan muslimah? Adakah seorang perempuan yang lengkap berpakaian beserta tudung tak kira menutup aurat @ tak, layak dipanggil muslimah? Kalau itu tanggapan anda, anda salah..anda silap!


Sekarang ni ramai orang yang berbicara tentang muslimah. Itu memang trend kot sebab kat pasar2 sekarang ni memang banyak dijual pakaian muslimah tapi adakah pakaian tersebut mengikut syariat yang ditetapkan syarak? tidak sama sekali kan..kalau kita lihat bentuk pakaian muslimah seperti tshirt..nama je tshirt muslimah tapi dia punya cutting langsung tak menunjukkan ciri2 ke arah itu.. tapi tak semua macam tue kan


Seringkali kita dengar si perempuan bertudung dipanggil muslimah tapi bagi saya ia tidak layak dilabel begitu hanya kerana ia menutup rambut yang mana rambut merupakan anggota yang wajib ditutup. Bagaimana pula dengan dada? adakah dada tidak perlu ditutup? ramai wanita zaman sekarang memakai tudung tapi kenapa dada masih terdedah? wanita sebeginikah yang dipanggil muslimah?


Oh nampaknya anda terkeliru..mari saya terangkan ciri2 wanita yang layak dipanggil muslimah supaya anda tidak tertipu oleh perhiasan dunia yang satu ini. Seorang muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Ketahuilah seorang yang bergelar muslimah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Kalau setakat pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai baju pon ketat tak payah berangan nak jadi muslimah la wei. Kat fb, boleh dikatakan setiap perempuan buat status pasal muslimah solehah, muslimah sejati, share pautan yang berkaitan perempuan solehah pastu cakap "moga2 aku tergolong dalam golongan ini", sorry to say la..anda takkan tergolong dalam golongan tersebut kalau anda masih ditakuk lama, tak ada usaha untuk berubah kearah kebaikan. Memang kata2 itu doa tapi kalau tak berusaha untuk berubah ianya takkan terhasil dengan sendirinya kan.

Kadang2 saya sedih bila tengok wanita islam tapi berpakaian macam orang bukan islam. Mengaku diri tu islam tapi tak pernah nak amalkan cara hidup islam. So islam ke macam tu? kalau ikut pandangan manusia memang la islam sebab keturunan semua islam tapi pandangan tuhan macamana? anda perlu ingat, apa2 pon pandangan tuhan lebih utama.

Bila kita tutup aurat, kita akan dapat pahala tau..tak nak ke pahala free nie? bukan susah nak dapat pon, just tutup aurat da dapat pahala. Tengokla betapa senangnya kita nak kumpul pahala kan? Tak rugi pon kalau kita berpakaian menutup aurat, bak kata pepatah "aurat dijaga maruah terpelihara" lagipun yang tertutup itu kan indah ^_*

Friday, August 31, 2012

Bayaran Konvokesyen

Assalamualaikum W.B.T

Yippi..da setel bayar yuran konvo! Hari nie nak cite sal konvokesyen lagi. Seperti yang aku da habaq kat entry lepas yang last minute is our thrust, betol2 last minit lah aku wat keje...nak g bayar yuran pon asyik duk tangguh2 sampai la ke hari nie 30 ogos. Nak tak nak terpaksa pergi jugak sebab da xde masa..haha

Nak dijadikan cerita, adik aku yang merupakan driver pribadi aku tetiba demam. Mak aihh cmne nak g bank neh? tue la, awal2 xnak pegi bila da last2 minit camni baru nak buat semua benda. Da taw klu wt last2 minit mesti ada halangan punya. Tapi itulah aku, selalu je camtue..tak pernahnye nak amik pengajaran dari kisah2 lampau!haha

Dalam kul 10 aku pon pegi la bank nga abang aku..nasib baik dia ada kat umah..klu tak mane aku nak cekau?ngee..dia kata g bank islam kat Pasir Tumboh la tak ramai orang, kerusi banyak, dekat pon dekat. Aku ikut je...sampai kat sana lebih kurang pukul 10.25pg, terus amek nombor sebab borang da siap isi. Dapat no 1027..no masa tue 1026..fuh seb baik la

Tiba giliran, g kaunter & bagi apa yang perlu, staff bank cakap untuk UMK kena cas RM2. Oke, aku da sedia maklum sal ni sebab kawan2 ramai da bising kat fb cakap diorang kena cas RM2..awal2 lagi aku da ready...huhu. Lepas 2 minit urusan aku selesai..Alhamdulillah tak lama pon kat sana, teringat keluhan seorang teman yang mengatakan dia terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk setelkan benda nie, da la kerusi penuh..menunggu dalam keadaan berdiri selama 2 jam..cuba bayangkan....kesiankan..mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku tue.



Sunday, August 26, 2012

KELEBIHAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat semua? harap2 semua dalam keadaan sihat sejahtera...haa harinie saya nak berkongsi tentang kelebihan puasa di bulan syawal yang mulia ni..

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawasanya bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa iaitu dibulan Ramadhan yang lepas. Semoga segala amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh barakah itu diterima Allah..amin.

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.


Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal ialah puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu. Ia menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik & mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

*nota kaki : yuk puasa sama2 *-*

Wednesday, August 22, 2012

Utusan konvokesyen

Assalamualaikum W.B.T

Wahh surat perutusan konvokesyen da sampai...akhirnya boleh jugak aku konvo..hehe apa taknya sebelum nie macam2 dugaan da aku hadapi, ingat da tak layak nak konvo sama kawan2. Tapi nak kata hepi tue tak jugak sebab..ntah la tapi serius memang tak berapa nak hepi sangat.


Kalau tak nak p konvo tue leh tak eh?cam malas jek...hoho~ tapi rasa rugi la plak klu tak p sebab ntah bila la plak aku leh merasa pakai jubah konvo tue..hihi. Nanti la aku fikir lagi sekali camne..lagipon tarikh last dia 31 ogos, hari nie baru 22 ogos..lambat lagi, masih ada masa...last minute is our thrust..muahaha

Tapi bila fikir2 balik banyak jugak benda yang perlu disetelkan sebelum nak konvo. Nak kena g bank bayar yuran konvo RM220 pastu kena isi borang tu borang ni..mak aihh cam nak nikah la plak isi2 borang neh!haha..Oh ya lupa pulak nak cakap yang tarikh konvo ialah pada 15 september 2012..sape2 nak datang raikan aku, jemputla ye..hehe perasan je lebih!


Sunday, August 19, 2012

Esok rayer ^_*

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah esok da nak raya..esok ke? dua tiga jam je kot lagi hari nak cerah!kui3..macamana persiapan raya korang?banyak tak buat kuih raya? aha bagi aku kuih raya tu tak penting sangat, yang penting kita saling bermaafan dihari raya..bersalam salaman bermaaf maafan sesama kita. Tapi klu takde kuih raya cam tak sempurna lak raya kita kan..haha bagi budak2 pulak duit raya yang utama!

Menjelang raya nie aku adala buat kuih raya sikit, taknak buat tak sedap pulak...nanti orang datang beraya nak bagi makan apa..ye tak?hehe..2 hari lepas da pergi cari barang2 nak buat kuih raya kat KB tapi tak bley beli banyak barang la sebab jalan jammed giler, nak masuk bandar KB pon punya la susah!apatah lagi nak parking..berapa kali pusing bandar KB semata2 nak cari parking..huh

Petang tadi da siap buat popia nestum, naik lenguh tangan2 duk gulung kulit popia tue sorang diri, ada adik pon tak bisa membantu sebab masing2 ada kerja masing2. So ini la hasil popia nestum yang aku buat tu..

Banyak hancur sebab kulit popia da mengering..susah nak gulung & potong
antara yang elok


Haa ni pulak puding laici yang baru dikeluarkan dari mould..

bentuk tak berapa nak jadi..huk2
cute je..haha
Ni pulak kek coklat yang baru siap di kukus..panas2 lagi nie


Dan nie adalah hidangan wajib di hari raya...tadaaaa

ketupat

Tahun nie tak buat biskut raya pon, beli je 2 3 jenis. Niat di hati nak buat home made coklat tu tapi tak jumpa cari kedai yang jual barang2 dia..so sad!

Note: kul 3.15 am baru siap kukus kek, mata da berpinar2 papepon Selamat hari raya maaf zahir batin 0-0





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...