Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 23, 2012

Jalan-jalan sekitar KL

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampung halaman setelah sebulan berhijrah ke kolupo. Tapi semalam sempat lagi g jejalan sekitar KL, g Low Yat Plaza, round2 sekitar Hentian Putra, p kenduri kawen kat Selayang..

Ekcerli xde nak update ape pon..penat naik bas pon belum hilang lagi, otak tak berapa nak berfungsi lebih2 lagi badan tengah letih lesu cenggini..huhu tapi nak jugak berblogging. Oke la, biar gambar je yang berbicara ye..so sori

Penjara pudu
singgah solat maghrib
Maaf..pikcer pon tak banyak..lotih den nak upload, line slow sangat


Friday, December 21, 2012

Makan-makan

Assalamualaikum..

Hehe epi je arinie..apa taknya,malam tadi k.long bawak aku kuar makan nga adik2 ^_^. Ekcelli kami adik beradik da lama tak bertemu muka..masing2 sibuk dengan aktiviti masing2. So masa untuk bersama agak terbatas. Petang semalam k.long menyuarakan hasrat untuk ke tempat adik aku belajar iaitu di Nilai, Negeri Sembilan. Kebetulan semalam makcik aku ada buat bubur assyura so boleh la bagi kat diorang jugak..

Malam tadi tepat pukul 10 malam, kami tutup kedai & bertolak ke nilai, dari bangi ke nilai x jauh pon. Lepas pick up diorang, kami pusing2 cari kedai makan untuk mengisi perut.. Bayangkan kami 7 orang menaiki sebuah kereta! haha..nasib baik cermin kereta bertinted, klo tak memang boleh jadi perhatian orang ramai jugak

Sampai kat restoran, kami mula buka cerita masing2.. memang suara2 sumbang kami je yang kedengaran..memang hepi giler r malam tadi, dapat berkumpul ramai2 kami adik beradik walaupon tak lengkap dengan semua siblings tapi suasana tetap gembira ditambah lawak jenaka dari adik lelaki aku + asben k.long bertambah gamat la suasana di meja makan kami 

KAMI..^_^
Moga kebahagiaan yang kami nikmati sekarang ni berkekalan hingga ke akhirnya..ameen :)

Sunday, December 16, 2012

Disaat Aku Disapa Keboringan

Assalamualaikum..

Oooyeah!Boring tahap gaban..uhuk..haaa korang taw x aku ada katne skang nie?hehe tadaaa...aku kat bangi..da hampir sebulan aku duk melepak kt KUIS..lepak bukan sebarang lepak taw..

Da lama kan aku tak pos entry, actually aku tak taw nak coret apa sebab lama sangat tak update blog neh sampai idea pon jadi dingin dan beku..aha macam makanan sejuk beku la plak kan..

So guys, aku kat KUIS ni sebab tolong kazen jaga kedai dia, sementara aku ada ni dia tak payah la susah payah nak upah orang, so ada sedikit penjimatan disitu..hehe tapi duk disini pon boring weii,setakat duk tercongok kat depan meja tunggu customer datang..mak aih berjanggut jugak la, tambah2 weekend camni...lagila sunyi akak oii

pandangan dalam kedai

Tapi syok jugak, leh online free..haha

Wednesday, December 12, 2012

SUDU & TISU

Assalamualaikum..

Aha mesti korang heran kan dengan tajuk entry kali ni...apa kaitan antara sudu & tisu ni sebenarnya ye..hehe okeh actually aku just nak share tentang habit aku bila g makan kat luar..tak kira la samaada kat gerai ke, restoran ke hotel ke..erk? pernah ke aku makan kat hotel?? hello...of coz ler...uhuk

Sebenarnye kan..bila aku nak makan aku akan ambil sudu and automatik aku akan ambik tisu sekali..haaa nak taw kenapa? sebabnya tisu tu aku guna untuk lap sudu..hehe ini bukan bermaksud aku perlekehkan kebersihan tempat tue tapi da memang sikap tabiat aku cmtu nak buat macam mana kan..

Hari tue aku kuar makan nga kazen aku, bila aku ambik tisu, dia pandang je aku..macam heran je dia tengok gelagat aku..aku perasan je dia duk perhati apa yang aku buat..hari berikutnya aku kuar makan nga dia lagi & aku tengok dia pon buat perkara yang sama cam aku buat..see..klo kita nak mengajar orang tak perlu la kita ajar bermati matian, just tunjuk je melalui perbuatan Inshaa Allah orang akan turut terikut..

Tapi nak tunjuk pon agak2 r, jangan pulak duk tunjuk benda yang tak baik kan..hehe ok la, nk out dlu..salam

Monday, November 26, 2012

Aku bosan

Aha..welcome back! terlalu lama meninggalkan blog nih sampai jari jemari asyik duk menari2 di atas keyboard sambil kepala pusing2 memikirkan idea yang memang susah nak kuar bilamana aku mengadap lappy!uhuk..langsung xde idea untuk menjadi bahan coretan aku buat masa sekarang neh

By the way aku rasa memang aku tak boleh berpaling tadah dari teratak ni untuk masa terdekat ni sebab aku memang betol2 kebosanan. Sekarang aku ada kat PJ, da seminggu pon aku menumpang di rumah makcik aku nih. Aku datang sini sebab ada intebiu kat area2 sini..so aku ambik kesempatan untuk bermalas malasan di rumah orang neh!aha oke tak?

Niat dihati nak g jejalan ke Bangi tapi niat 2 selalu tertangguh. Entah la, bila pagi menjelma je mesti rasa cam malas nak kuar lagi2 baju pon belum kemas apa bagai pon belum kemas so agak malas untuk bergerak ke sana..haha baru ko tahu sape aku..malas memanjang!muahaha

Tapi aku dok kat sini pon asyik berkurung dalam bilik jek sebab pekerja makcik aku ade duk sekali dalam umah ni. Al kisahnya mereka dihalau oleh tuan rumah sewa sebab owner umah sewa 2 xnak bagi orang sewa dah umah dia so yang jadi mangsa nye ialah pekerja makcik aku la, klo makcik aku xtumpangkan dorg alamat merempat la dorang..kesian la plak kan tapi malam2 aku duk sorg2 je kat umah sebab sume orang kuar keje sebab 2 la tahap kebosanan aku terlalu melampau sehingga tetiba aku teringat kat blog neh..haha klo x memang harem nak jadi blogger balik!wakaka

keadaan bilik yang dihuni oleh pekerja2 makcik aku

Monday, November 19, 2012

UPSR

Assalamualaikum....

Hari ni result UPSR kuar kan? Jangan korang terkezut pulak! bukan aku yang ambik UPSR tahun ni tapi adik aku la..hihi..Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi dengan kecemerlangan adikku. Dia berjaya dapat 5A. Alhamdulillah..gembira tak terkata mak aku, aku tumpang gembira.

slip exam adik aku
Moga kecemerlangan sentiasa mengiringi dirimu dik!

Sunday, November 11, 2012

Rombongan ke Terengganu

Assalamualaikum...

Oooh kepenatan melanda..just arrive, come back from Ganu kiter. Haa watpe kat Ganu eh? Oke ni nak cite nie..

Harinie hari ahad bertarikh 11.11.12 (cantek tarikh!), merupakan tarikh perkahwinan pakcik aku..kawen nga orang Ganu, itu la pasal kitorang berkonvoi ke Terengganu pagi tadi. Rombongan kami agak ramai, meliputi lebih kurang 8 hingga 10 buah kereta. Ramai tuu, family je pon..memang family aku besar so memang patut r ramai kan..hihi

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi, sampai kat tempat kejadian dalam pukul 1 tengahari. Berkumpul kat umah makcik sebelum ke rumah pengantin perempuan, solat, sarapan + lunch & bersiap2 untuk ke rumah pengantin sebab majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 2 petang. Oleh kerana rombongan kami agak ramai, nak tunggu sorang2 bersiap bukannya sekejap..agak mengambil masa juga walaupun jarak antara rumah makcik dengan lokasi kenduri takde la jauh sangat.

antara rombongan kami
Lebih kurang pukul 3 petang, rombongan kami sampai..kelihatan pihak pengantin perempuan dah resah gelisah menunggu pengantin lelaki tak sampai2..haha. So majlis berjalan lancar seperti kebiasaan majlis akad nikah yang lain. Selesai akad nikah, kami berarak menuju ke rumah pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang dan juga untuk menjamu selera bagi mengisi perut2 kami yang sudah agak kosong kandungannya..ngeh3

dayang2 yang membawa dulang hantaran
Majlis pembatalan air sembahyang menyaksikan pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan..bukan 1 bentuk cincin seperti kebiasaan tapi 2 bentuk cincin pengantin perempuan dapat..hrmmm untongla kan..aku pon nak!haha

menyarung cincin perkahwinan
eh? ada lagi 1 cincin?wawawa

Selesai je majlis kami terus bertolak pulang ke Kelantan. Sampai umah tadi lebih kurang pukul 8 malam...arghh penat seh jalan jauh (Teganu je pon!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...