Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 3, 2013

Puding Kastad simple

Assalamualaikum...

Petang tadi tak taw nak buat apa,boring.. kebetulan agak rajin untuk ke dapur & kebetulan juga ada tepung kastad lebihan dari buat puding jagung dulu so fikir punya fikir maka terhasil la puding kastad ni...bahan2 main aci redah je campak...nasib baik menjadi jugak puding aku tapi agak manis bagi lidah aku..so pandai2 la korang bajet ikut citarasa masing2..


bahan2
*1 cawan tepung kastad
*1 cawan gula
*1 cawan susu cair
*3 cawan air
*2 sudu makan susu pekat bancuh dengan sedikit air
*1 sudu makan marjerin

cara2
*campurkan kesemua bahan kedalam periuk
*kacau diatas api yang sederhana
*kacau hingga likat dan kelihatan berkilat
*tutup api, masukkan dalam loyang @ acuan..siap!

kalo nak lebih sedap, simpan dalam peti ais dulu..makan sejuk2 baru best!

Bila mood Rajin datang bertandang!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meluangkan masa berada di arena ini..cheewah. Ehemmm ekcelli masa ni terasa perasaan ingin berkongsi sesuatu di blog neh membuak2, macam tak dapat nak ditahan2 lagi..maybe sebab terlalu teruja untuk menunjuk bakat yang ada..mungkin..haha

Okeh xmo cakap manyak..malam tadi ada buat kek coklat tapi belum sempat snap pikcer, kek tu da kena ngap dulu..tengok2 da separuh luak. Hrmm tapi yang tak sedap didengar dek telinga den ni pasai ada orang komen kek yang aku buat tu pahit! Ayyoyo (sambil tepuk dahi)..bila aku try makan, ok jer..xde pahit nye pon..ngengada betol la orang dalam umah aku neh!

Macam biasa..bila ada buat sesuatu mesti la kena bagi kat jiran depan umah aku..makcik aku tue..huhu..nak jugak bagi dia rasa hasil dari air tangan aku neh..bukan senang nak dapat peluang cenggini..kehkehkeh. Feedback yang aku dapat amat memberangsangkan..katanya kek coklat memang la rasa camni, ok ape..eyyceeh

Aku rasa la kan..orang yang kata kek aku tu pahit sebab dia tak pernah makan kek yang diperbuat dari serbuk koko sebab selalunya aku buat kek guna serbuk coklat..hihi sesaje nak ubah angin sekali sekala..tak salah kan..

Disebabkan takde pikcer kek coklat 2 so untuk minum petang aku buat la puding kastad...kebetulan ada lebihan tepung kastad yang aku guna untuk buat puding jagung dulu, dari tepung 2 rosak baik la aku guna wat kenyangkan perut family aku kan..eh jap..kek coklat ke? buat nga serbuk koko so jadik kek koko la kan..haha boley camtu?

Pikcer puding kastad ni pon aku curik2 ambik masa ngah potong2 nak hidang kat family..huhu tak sempat nak snap yang dalam loyang punyer

pic xcantik xpe, asal ori da cukup..hihi

Friday, February 1, 2013

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum..

Malang memang tidak berbau..hoho semalam sedang aku enak berblogging tetiba je lapppy aku jatuh! gedebummm terus mati lappy aku, tak sempat pon nak siapkan entry..adeh

Alkisahnya begini..aku enak je duduk atas kerusi malas sambil surf internet pastu tetiba je datang mood nak berblogging, makin la aku asyik duduk bertenggek kat situ. Bila berjam2 duk statik macam tu je, terasa agak lenguh la jugak pinggang aku neh and then aku pon letak la lappy yang beralas bantal kat hujung kaki lantas melunjurkan kaki, nak betulkan urat la kononya..kuakaka tetiba tanpa disangka bedebumm lappy aku jatuh mencium bumi disebabkan kaki kerusi malas tersebut licin..apalagi mati terus la lappy aku tuh

Malam tadi cuba jugak la repair, tapi keadaan tetap sama tak berubah..masih hitam kelam tanpa menunjukkan tanda2 untuk sihat kembali. Memang sebelum ni lappy aku selalu bermasalah tapi kadang ok kadang k.o tapi kali ni memang k.o terus lah nampaknya..uwaaaaa

Thursday, January 31, 2013

Sesajer nak update

Assalamualaikum...

Aha..pe khabar anda semua? harap2 sihat2 selalu hendaknya oke :) Da agak lama tak membebel kat blog, agak busy maybe..ecehh..sejak akhir2 ni line internet lembap semacam je, nak tngu loading punya la lama last2 kuar 'the webpage bla bla bla..reload n bla bla bla' aish sakitnye hati kita!

Tadi tak terniat pon nak update blog neh..tengah sibuk menggugel resepi tetiba terasa rindu la plak kat blog so terus klik new tab n login emel tapi emel xbleh masuk sebab da tukar pasword dan terlebih malang bila pasword pon gua lupa!uhuk so terpaksa la buat pasword baru..ermmm lepas ni tak taw la kot2 lupa lagi sekali..kuakaka

Okeh berbalik pada resepi yang di gugel tadi..memandangkan da lama tak cuba resepi baru so masa jenguk2 kat dapur tadi ada la nampak nestum, cornflakes n roti tapi tak taw nak buat apa dengan benda2 tu sume..klo nestum n cornflakes confirm2 la resepi berasakan biskut je..tak nak..okeh set, nestum tu nak guna untuk buat popia nestum, susu tepung pon masih ada yang berbaki..conflakes pulak..ermmm any idea guys? 

Klo roti tue buat sandwich je la, niat nak buat puding roti tapi bila fikir2 balik xperlu kot sebab kesian pulak kat abah..klo sandwich abah bleh makan tapi klo puding takot nanti abah xbley makan sebab manis..kesian abah..dahla sepanjang dia sakit ni da 3 kali buat coklat salut kacang lak 2, lebih spesel dari edisi2 terdahulu, abah hanya mampu tengok je..huhu

Homemade Choclate...sedikit comot..huhu



Friday, January 25, 2013

Kunjungan bakal BESAN mak

Assalamualaikum...

Apa citer korang hari nie? aku punya citer best nak share ni..bak kata pepatah inggeris "sharing is caring" hehe ni citer pasal bakal besan mak..alkisahnya seperti yang korang sedia maklum bahawa ayahanda saya kurang sihat sejak akhir2 ni..baru2 ni abah admitted ward almost 1 week,tak heboh pon tapi cepat je orang kampung tahu berita ni.. so berpusu2 la mereka datang melawat abah kat hospital.

Bila abah da kuar wad maka berpusu2 pula la mereka datang lawat kat umah..boleh kata tiap hari umah tak pernah sunyi dari kunjungan jiran tetangga. Malah ada juga kenalan abah yang datang jauh nun dari Terengganu semata2 nak tengok keadaan abah..Alhamdulillah kesihatan abah makin bertambah baik dari hari ke hari.

Tengahari tadi kami menerima kunjungan dari bakal besan mak (INSYA ALLAH)..diorang baru tahu tentang keadaan abah, bukan niat nak rahsiakan hal ni tapi kami sebolehnya tak nak menyusahkan mereka disebabkan jarak antara rumah kami dan rumah mereka agak jauh dan memakan masa berjam2 untuk sampai..agak berbesar hati juga la menerima kunjungan orang jauh ni. Mereka datang dengan 2 buah kereta yang meliputi abang2,kakak2 ipar, anak2 buah & ibu kepada bakal menantu mak ni..erk?haha boleh dikatakan hampir semua family dia la diangkut nya datang bertandang..hihi baik budak ni bak kata pakcik aku.. ^_^

Bersama salah sorang anak buah bakal menantu mak..

Papepon terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang ambil berat tentang kesihatan abah, sudi meluangkan masa melawat abah samada semasa di hospital mahupun kat rumah..mereka yang tak jemu2 datang menjenguk, bertanya khabar...trima kassihh! bak kata salah sorang ahli kumpulan alleycats tue..hihi

Monday, January 21, 2013

Homemade Chocolate

Assalamualaikum..

Ahha korang nak belajar wat coklat tak?hmmm baru2 ni teringin sangat nak makan coklat buatan sendiri, almost setahun tak buat sebab tak tahu mana nak cari kedai yang jual coklat compound ni..

coklat compound yang digunakan
First time buat pada tahun 2011, coklat compound diimport jauh dari Sarawak. Bila buat praktikal pada 2012, berpeluang pulak belajar buat homemade coklat ni dari selebriti chef yang terkenal..chef Zaidah..dan kebetulan ofis dekat dengan kedai bakery yang jual coklat compound. Boleh dikatakan setiap petang, lepas je abes waktu pejabat mesti singgah kedai bakery ni..cuci2 mata pon jadi la..hihi..suka tengok perkakas2 kek. Rumah yang disewa pulak dekat nga pasaraya HERO yang juga ada jual coklat compound tapi rege dia sedikit mahal la.

Bila balik Kelantan susah pulak nak jumpa coklat compound neh!merata aku cari tapi xde..coklat masakan biasa ada la..adeh kempunan den nak makan coklat buatan sdirik. Risik punya risik akhirnya jumpa la kedai yang jual coklat compound ni, macam nak seribu daya tak nak seribu dalih la kan..hihi..kedainya takde la jauh sangat pon, selalu je melewati jalan tu tapi tak terperasan pulak wujudnya kedai kek kat situ

Biasa kalo nak cari barang kek,wajib g bandar KB la cari kat Barang Kita. Ni da jumpa lubuk baru, xpayah la nak g jauh lagi kan..boleh la selalu buat coklat ni, family aku suka...aku laaaagi teruja bila tengok adik2 & sepupu sepapat suka makan coklat yang aku buat ^_^

antara hasil air tangan ku
Adik2 bawa g sekolah pastu siap ada kawan2 diorang tempah lagi..bangga jap..hihi tapi aku tak terima pon tempahan diorang, bagi free je sebab buat bukan untuk diniagakan, saja suka2..edisi terbaru ni buat spesel sikit..coklat digaul dengan badam hancur, bila makan terasa enaknya macam berada di awang awangan gitu..haha


Sunday, January 13, 2013

Abah masuk wad

Assalamualaikum..

Pagi tadi kami sekeluarga dikejutkan dengan berita abah masuk wad..actually abah da lama duk sakit, batuk2 sakit dada..masjid pon da lama x dijejakinya. Abah memang agak susah bila diajak ke klinik, bila da sakit hampir xsedarkan diri pon masih berkeras xmo p klinik!

Kronologi kejadian

8 Jan 2013 : 2 orang adik demam. Malam 2 mak bawak g klinik sebab adik muntah2, masa 2 abah da xsihat tapi bila di ajak ke klinik dia xmo ikut..oke fine!haha

9 Jan 2013: Keadaan abah makin merisaukan, tetiba sakit dada & sesak nafas. Terpaksa papah untuk ke klinik..masa tu pon dia masih berkeras xmo p..hadoii tapi kami lagi berkeras untuk membawanya..settle..balik dari klinik, abah da lembik..masa 2 kami agak terkejut dengan keadaan abah yang terlalu lemah sampai nak jalan pon kena papah..separuh sedar kot

10 Jan 2013: Keadaan masih xbrubah, lepas kejadian pada malam sebelum tue keadaan abah tetap sama..walaupon da makan ubat, batuk abah tetap kuat + semput..sebelom ni abah mane penah ada semput, lelah o asma! abang berbincang nga pakcik yang merupakan pegawai perubatan..malam 2 lagi sekali abah dibawa ke klinik, lepas ambik darah, xray bagai..abah suspek kencing manis! allahu akbar! abah dikehendaki ke klinik lagi sekali pada pagi 13 Jan 2013 untuk mengetahui keputusan xray

13 Jan 2013: Tanpa sempat menjamah apa2 makanan, abah ke klinik..agak lama menunggu sampai masa menginjak ke tengahari. Adik  kol kata abah terpaksa dimasukkan ke hospital sebab komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Kami kat umah agak resah..moga2 abah xde pape
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...