Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 25, 2013

RINDU NAK BLOGGING!!

Allah..rindunya untuk kembali aktif berblogging! Pernah suatu ketika aku hampir2 melupai kegilaan aku dalam dunia blogging ni..memang sudah terlalu lama aku x jenguk teratak usangku ini, sejak bekerjaya memang aku langsung xterfikir akan hobi yang satu ini. Bukan nak kata aku ni terlalu busy sampai tak terjenguk blog neh tapi entah kenapa aku tetiba seakan-akan melupainya hanya untuk sedetik cuma.

Bila da lama x berkarya dengan entry baru, tangan jadi kaku, idea juga jadi beku, xtaw nak cte yang mana satu sebab agenda terlalu banyak hampir mencecah seribu satu...uhuk! nak cerita satu persatu, aku ni bukan ulat buku, nak kena catat setiap apa yang berlaku, bila nak buat entry baru mula la kalut cari buku tapi itu bukan aku!huhu

Bila mood blogging datang, idea pulak xmo bertandang..terkebil2 aku sorang2 cari idea yang entah kemana menghilang..fikiran pon melayang2, mencari ayat yang agak jiwang untuk santapan pembaca yang ku sayang...ngeee~

Monday, February 25, 2013

♥ Fadhilat Surah An-Nas ♥

Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu surah yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’ yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

♥ Fadhilat Surah An-Nas ♥



Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.a. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Saturday, February 16, 2013

CEGAH BARAH PAYUDARA

Surah yang Diamalkan untuk Memusnahkan Sel-Sel Barah PAYUDARA ~

♥ Al Maidah - Ayat 82-91
♥ Al 'Raaf - Ayat 70-81
♥ Ar Rad - Ayat 16-28
♥ Anbiyaa - Ayat 38-50
♥ Asy Syu'ara - Ayat 185-227
♥ Az Zukhruf - Ayat 52-70
♥ Az Zummar - ayat 42-52
♥ Ghafir - ayat 67-77

Amalkan selalu.. Sakit itu datang dari Allah .. Tiada penyakit yang tiada ubatnya .. ~

Friday, February 15, 2013

Jiwang- jiwang


Saya pernah SETIA Tapi diDUAkan..
Saya pernah PERCAYA Tapi diKHIANATi..
Saya pernah menCINTAi Tapi diSAKITi..
Saya pernah meMILIKi Tapi akhirnya keHILANGan..
Saya pernah JUJUR Tapi diTIPU..
Saya pernah berHARAP Tapi harapan itu cuma SIA-SIA..

—> Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ


♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
♥ Namun kita tetap menyayangi dia... Kerna APA? Kerna kita terima dia seadanya...


♥ walau tak ada ORANG sayang kita ==► Tapi ALLAH ada DEKAT di hati kita .. ♥
♥walau tak ada ORANG cinta kita ==► Tapi ALLAH sentiasa KASIHI kita .. ♥
♥walau tak ada ORANG tolong kita==► Tapi ALLAH ada LINDUNGI kita .. ♥
♥walau tak ada ORANG rindu kita==► Tapi ALLAH tetap TUNGGU kita .. ♥
♥walau tak ada ORANG jaga kita==► Tapi ALLAH tetap PERHATIKAN kita .. ♥
♥walau tak ada ORANG dengan kita==► Tapi ALLAH ada TEMANKAN kita .. ♥


Tuesday, February 12, 2013

SANAH HELWAH UMMI!

Assalamualaikum...

Entry kali ni just nak hupdet pasai kejadian petang tadi..sebenarnya agak malas untuk aku menconteng disini memandangkan lappy aku masih  x ok..ngah syok2 menaip tetiba dia wat hal, kuar tulisan biru & restart dengan sendirinya..hadoi penat eden!

Oke itu kisah lain, alkisahnya hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran mak aku yang ke.....hihi rahsia beb! disebabkan kejadian itu makanya aku merajinkan diri untuk membaking kek (kukus je pon!haha). seperti biasa kek coklat menjadi pilihan kami sekeluarga.

Kali ni aku cuba resepi baru, kek coklat jugak tapi guna adunan yang sedikit berbeza dari yang sebelumnya...adunan agak cair walapon hampir 99% aku ikut resepi tue..huhu yang aku kukus dalam loyang tak masak sepenuhnya, cair kat bahagian tengah..myb hasil dari titisan air penutup kukusan!uhuk..nasib baik separuh dari adunan tu aku kukus dalam bekas tertutup, so boleh dikatakan menjadi jugak la.

Yang dalam loyang tu buat makan2 kami satu family je, nak bagi orang sebelah rasa cam tak patut pulak kan sebab lembik semacam jek!haha so bagi yang dalam bekas tertutup 2 je kat diorang, xpelah sikit pon sekurang2nya ingat jugak kitorang kat diorang..hehe


RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, February 6, 2013

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

Assalamualaikum..

Fuh boring seh! harini aku ditinggalkan keseorangan di rumah..mak, abah & abang g berubat abah kat machang..pepagi lagi diorang da kuar..takut orang ramai katanya

Sume keje umah da pon dibereskan..sapu sampah, sapu lantai, kemas umah, jemur kain & masak...done! bila cakap pasal masak neh nak la aku kongsikan menu masakan aku untuk tengahari ni. Tadi xtaw nak masak apa, buka fridge tengok ada ayam 2 ketul..terfikir di minda nak buat apakah dengan ayam2 ini...ekekeke..bila hampir sejam bertukus lumus di dapur maka terhasil la masakan ni....tadaaaaa

ayam masak merah berempah
Ekcelli aku tak taw apa nama masakan yang terhasil ni, so aku bantai je letak nama sedemikian..huhu. Nak masak dia simple je, aku main letak je ikut bahan yang ada kat dapur..ahaks

Bahan2
-isi ayam (dipotong kecik2 & digaul dgn serbuk pasti sedap knoor + sdikit serbuk kunyit)
-tepung jagung
-minyak
-sedikit rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis)
-3 ulas bawang merah*
-4 ulas bawang putih*
-sedikit halia*
-sebiji tomato*
-5 tangkai cili kering*
-air
-garam
-sedikit serbuk perasa
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar kicap
-1 sudu besar sos cili
-sedikit gula

Note: Ayam yang telah digaul hendaklah diperap buat seketika & bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama

Cara2
1. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. (guna minyak yg banyak supaya ayam tenggelam)
2.Bila minyak da betol2 panas, gaulkan ayam dengan tepung jagung & terus goreng. (bila da masak, ketepikan)
3. Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi, panas kan dalam kuali yg lain & tumis rempah 4 sekawan.
4. Masukkan bahan kisar, biar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air, garam & serbuk perasa..gaul sebati.
6. Masukkan sos tiram, kicap & sos cili, gaul mesra & masukkan gula.
7. Bila da nampak garing boleh la tutup api..

Note: Masak dengan api sederhana, garam, gula & yg sewaktu dgnnya 2 letak la secukup rasa & klo xnak kuah terlalu pekat boleh tambah air..terpulang pada citarasa masing2..okeh, selamat mencuba ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...