Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 14, 2016

Apa itu Qailulah?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

*Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?*
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

#cp

Sunday, June 12, 2016

Tip membeli kenderaan

Tip membeli kenderaan untuk guru muda @ anak-anak yang baru mula bekerja:

Gaji basic x 12 = harga kereta yg mampu kita milik.

Rm3300 x 12 = RM39600 = Axia SE sahaja

Ataupon guna formula berikut:

15% × Gaji basic = 15% x Rm3300 = Rm495 ( installment kereta bulanan ) = Myvi standard.

Ibarat, Jika kita bergaji RM5000 sebulan, bayaran bulanan kereta yang ideal adalah RM750.

*ini hanyalah pandangan dari perunding kewangan sahaja. Kenderaan apa yang hendak dimiliki adalah kehendak dan pilihan masing-masing. Nasihat ini diberikan kepada guru muda supaya tidak mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, dan memudahkan urusan pembelian rumah & sebagainya pada masa akan datang.

#cp

Saturday, June 11, 2016

Tips online shopping

1. Tolong baca butiran brg dengan teliti dan jelas. Jangan malas ye adik kakak abg semua.Penat seller tu taip panjang lebar.

2. Jelas dan pasti hendak beli, terus whatsapp atau pm inbox seller. Nyatakan butiran pesanan. Jika ada sebarang kemusykilan, tanya waktu ini sebelum sahkan pesanan.

3. Dapatkan maklumat pembayaran. Bayar mengikut kaedah yang bersesuaian seperti online banking, cash deposit, atm transfer.( atm transfer nanti sy akan buka 1 topik asing). Untuk byrn secara online banking,sebelum buat byrn sila pastikan guideline dari pihak seller di penuhi.

4. Dah bayar. Sila kemukakan bukti bayaran beserta maklumat diri seperti yg di minta.

5. Tunggu seller sahkan bukti byrn. Selepas itu, dapatkan no.tracking dan sila tunggu dengan penuh sabar parcel anda sampai ke destinasinya. :)

Done.

#cp

Pembatal Sihir Percintaan & Perkahwinan

Oleh Ustaz Dato' Shamsuri Shafie:
Sebarkan...

Pembatal Sihir Percintaan & Perkahwinan & Ruqyah Percepat JODOH :

1) Al-Fatihah  ( 1 kali )
2)Ayatul Kursi  ( 1 kali )
3)Surah Al-Baqarah ayat 1-5  ( 1 kali )
4)Surah Al-Baqarah ayat 102 ( 1 kali )
5)Surah Al-A'raf ayat 200-201 ( 1 kali )
6)Surah Al-Ikhlas  ( 1 kali )
7)Surah Al-Falaq  ( 1 kali )
8)Surah An-Nas  ( 1 kali )
9)Selawat 5 kali

Bacakan semua ayat diatas dan tiupkan kat dalam air dan minum serta basahi air penawar itu di kepala dan muka..In shaa Allah dengan izin Allah s.w.t ada perubahan...Amalkan

Sebagai bukti bahawa SIHIR boleh berlaku terhadap para nabi.Ibnu Qutaibah berpendapat bahawa penghapusan bererti membatalkan halangan-halangan Syaitan....

In shaa Allah diri anda akan terselamat dan membatalkan halangan-halangan syaitan untuk membinasakan manusia...

#Cp

Friday, June 10, 2016

Tips Bisnes: Fokus Satu Akaun

PENTING!

Jangan buat dua tiga akaun facebook. Buat je satu akaun facebook. Hanya SATU akaun facebook sahaja walaupun hampa suka berniaga. Sahabat fb sis memang suka berniaga pun kan kan 🙈

Dan apa yang sis perhatikan, ramai di antara peniaga online suka membuka lebih dari satu akaun dan buat nama fb seperti Kedai Kek Batik, Cik Siti Jual Jam, Putih Gebu Debomm dan sebagainya. Takmo buat lagu ni yee. Orang baru je tengok nama fb pelik2, orang tak akan approve tauu. Belum stalk lagi siapa orang nya. Hehe.

Berbalik kepada Personal Branding. Fahamkan semula. 😚

Nota kaki: Kalau da buat dua akaun fb, just fokus pada satu fb sahaja.

COPY & PASTE

Tuesday, June 7, 2016

HUKUM PENGGUNAAN SEMBURAN INHALER OLEH ORG ASMA, ADAKAH MEMBATALKAN PUASA??

463) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
[Ustaz Azhar Idrus @ UAI]

✅#Jika_dihisap_dengan_kuat boleh membatalkan puasa, sebab masuk air ubat💦 ke dalam kerongkong.

✅Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi @ Maahad Darul Faizin]

✅#Dikalangan_Ulama_semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat:

🔆1. MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama' antaranya Sheikh 'Athiyah Shaqr (Ulama Al-Azhar), Sheikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Ahmad al-Kurdi (Lujnah Fatwa Kuwait) dan beberapa ulama yang lain berpandangan semburan💨 itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan inhaler batal puasanya tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran dan wajib ia mengqadho puasanya pada hari yang lain.

- Jika penyakitnya berpanjangan iaitu sentiasa bergantung dengan penggunaan inhaler itu, maka tidak dituntut lagi berpuasa dan hendaklah menggantinya dengan membayar fidyah kepada orang miskin.

🔆2. TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan, penggunaan inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sekadar dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum tetapi semata-mata untuk membuka rongga pernafasannya. Oleh demikan, semburan inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan dan minum🍸, bahkan terkait dengan nyawa seseorang, maka tidaklah membatalkan puasa.

- Antara ulama yang berpandangan ini ialah Sheikh Dr Yusuf alQaradawi, Sheikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin dan beberapa yang lain. Selain itu, dalam perbincangan feqah berkenaan hal-hal pengubatan💊 dan rawatan kali ke9 juga memutuskan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.
وَاللَّهُ أَعلَم....

🌀C&p..
🌀Silakan Share..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Wednesday, May 11, 2016

JANGAN SEDIH JANGAN GIVE UP

♥TIP BISNES♥

Ramai bakal customers akan komen PM dan yang komen PM tak semestinya nak beli produk kita. Mungkin mereka serius nak beli atau sekadar nak tahu harga atau nak survey harga :)

��80%  serius customer pm/whatsapp untuk membuat pembelian��

��20% pm pastu diamm��

So, tak payahlah sedih kalau takde orang komen "pm" atau like status kita yer sayang2 semua...
Tak mahu lah patah hati nangis tonggeng2 ya �� Rezeki takkan salah alamat... Maybe usaha belum kuat atau awak dengan Pemberi rezeki awak tak dekat ��

Faham ke Faham :������

Alhamdulillah kalau faham..
Tak faham hadam sampai paham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...