Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 20, 2008

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-





1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.



2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
 
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.
 
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Hadith ini menerangkan bahawa:-
 
1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.
 
2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
 
3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat
 
4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.




p/s: ade nampak persamaan tak gambar mamat ngan minah tu dengan gambar diatas nie?? hehehe~

Thursday, November 13, 2008

Persandingan

1. Definasi persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja. 



2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera'ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang. 

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. 

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu seperti adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) 

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu. 

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan: 

a). Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. 

b). Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu. 

Hukum Islam terhadap Persandingan: 

1. Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau ruh-ruh jahat, maka ia adalah syirik. Ia bercanggah dengan surah alFatihah: ayat 5, dan Yunus: 107 

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu dari ruh-ruh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas. 

3. Berandam. Perbuatan andaman yang berbentuk `litadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alHadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah Melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn. 

4. Berhias untuk dipamirkan (tabaruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamirkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah," janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliyah dahulu." alAhzab: 33. 

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "janganlah kamu membazir

secara melampau." maksud al_Isra': 26 



6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini berlawanan dengan ruh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 2: 286 

7. Maskahwin dan Hantaran yang Mahal Inilah bukanlah sunnah Rasul saw: "wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, alHakim dan Baihaqi) 

Demi mera'ikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat: 

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (dihadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan

kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat. 



2.Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang

biasa dilihat. 



Rujukan: 

1. Prof Muhammad alGhazali, laisa minal Islam 

2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha 

3. Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam 

4. Ustazah Fatimah Ali, UM, Kajian Persandingan di Malaysia



Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

p/s: Moga Ada Manfaat

Monday, November 3, 2008

Bila Kita Sayang Orang Tu

Bila kita sayang orang tu

Kita terima je apa yg orang tu kata

Tapi bila dia kata kat kita?

Hati kata takpe manusia tak perfect..



Bila kita sayang orang tu

Kita tunggu dia lama pun takpe

Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah,

Hati kata ala adatlah,
ada yang menununggu & ditunggu..



Bila kita sayang orang tu

Kita tak tidor pun takpe,

Layan dia yg tengah bosan,

Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?
Hati kata takpe dia busy kot..



Bila kita sayang orang tu

Kita gadoh dengan dia, kita diam je

Tapi dia heboh 1 dunia

Hati kata takpe, dia tension tu..



Bila kita sayang orang tu

Kita call nak cakap ngan dia

Tapi dia bagi phone kat orang laen

Bila jadi camtu, takpe
Hati kata, takpe, layan je, kawan dia, kawan kita gak..



Bila kita sayang orang tu

Kita bercerita dgn dia, ibarat cerita ngan tunggul lagi baik

Tapi bila dia bercerita ngan kita

Kita dengar, sepatah-sepatah kite ingat
Hati kata takpe sayang la katakan..



Bila kita sayang orang tu

Kita dan dia lapar

Tapi kita bagi sume roti kita kat dia

Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia..



Bila kita sayang orang tu

Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,

Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan

Adil ker macam tu?
Hati kata, ala bukan selalu pun..



Bila kita sayang orang tu

Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit,

Tp bila kita tengah sakit,

Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala takpe, tak kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..



Bila kita sayang orang tu

Kita tak pernah pentingkan diri sendiri

Tapi dia hipokrit tahap gaban

Hati kata takpe, dia memang camtu kene lah terima..



Bila kita sayang orang tu

Kita tak sanggup tengok dia derita

Tapi dia tak pernah hargai diri kita,

Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia??



Bila kita sayang orang tu

Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya

Untuk dia bahagia

Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu??


p/s: untuk renungan bersama

Friday, October 31, 2008

Istikharah, Mimpi & Gerak Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.

Kes 2

Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.

Kes 3

Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.

Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah



عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏

Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


 ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏

Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."

عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏

Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:

إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((

Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)

Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :

(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((

Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.

Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)

Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.

Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.

Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

Saturday, October 25, 2008

Sombongkah Aku?


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...