Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 6, 2009

JOM ISTIGHFAR

Jom istighfar...kenapa? kerana istighfar merupakan penyebab seseorang masuk Syurga. Kita digalakkan untuk selalu beristighfar kerana dengan cara ini dosa2 kita akan terampun bersesuaian dengan maksud istighfar itu sendiri.

Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis menyatakan keutamaan dari bacaan Sayyidul Istighfar. Beliau bersabda “Barang siapa yang membacanya (Sayyidul Istighfar) pada permulaan siang hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada siang itu sebelum masuk waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa yang membacanya pada permulaan malam hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada malam itu sebelum masuk waktu subuh, maka dia termasuk ahli syurga.” (HR. Bukhari)


Abu Hurairah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu lantas bertanya, “Wahai Tuhanku, bagaimanakah aku mendapatkan semua ini ?”Allah menjawab, “Disebabkan bacaan istighfar yang dilakukan oleh anakmu untukmu.”(HR. Ahmad)

Hal ini sesuai dengan hadits Nabi SAW, yang berbunyi “Ketika seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat baginya atau anak soleh yang mendoakannya.”(HR. Muslim)
 

Wednesday, November 11, 2009

Kak Long

Assalamualaikum wbt...

Sape ade kak long sila angkat tangan..hehe
Aku pon ade kak long la..tapi kak long aku bukan sebarang kak long, kak long aku bukan kakak aku tapi kak long aku adalah sepupu aku yang paling3 rapat dengan aku..

Aku kenal kak long sejak aku kecik lagi (normal la kan..da namanya sepupu..hihi). aku tersangat2 rapat dengan kak long, almaklumla aku xde kakak..dengan kak long la tempat aku bermanja!uhuk

Aku dan kak long ni membesar bersama, jarak umur kami pun selang setahun je..semestinya kak long yang lebih tua dari aku..hehe. Aku dan kak long sekolah sama2 sejak taski lagi..masa tu umur aku 5 tahun. Kat taski tu kak long la pelindung aku, maklum la budak2 masa kecik2 dulu kan nakal2 and yang sadis nya aku selalu jadi mangsa kenakalan mereka2. Dengan budak kecik pon aku kena buli taw..aku ingat lagi budak tu nama F*****n, dia muda setahun dari aku..pantang tengok kak long xde di sisi aku mula la dia cubit2 aku...myb sebab aku nie comel kot, sebab 2 la dia geram je tengok kan..haha tapi bla da besar da sekolah bley plak aku berbaik2 dengan dia..bley plak bergelak ketawa bersama..oke stop sal dia..aku nak cerita sal kak long...

Setahun kemudian kak long da abes skolah kat taski dan menyambung pelajaran sekolah rendah di beris lalang. Tinggal dengan nenek sebelah ibunya. Ini bermakna aku ber pisah dengan kak long, tiada lagi pelindung aku di taski tapi masa tu aku da bley bawak diri, da ada ramai kawan..mungkin masa tu aku masih kecik, xtaw apa itu perpisahan so aku xde la sedih sebab berpisah dengan kak long..

Masa terus berlalu, sedar tak sedar aku da darjah 2 dan masa ni kak long pindah masuk sekolah aku..walaweii hepi sangat2..aku da ada kawan..padahal aku ada je adik yang muda setahun dari aku tapi aku tak rapat dengan dia..masa aku selalu bersama kak long..cian adik aku kan, dia ada kakak tapi macam aku ni tak penah wujud plak dalam hidup dia..apa taknya, asyik berkepit dengan kak long 24 jam..asyik kak long kak long kak long..haha

Lepas abes sekolah rendah, kitorang sambung sekolah menegah..pun still sekolah yang sama..Maahad Amir. Masa nie kami teramat rapat sampai orang kata kat mana ada kak long kat situ juga lah ada aku..huhu. kami pergi sekolah naik bas sama2, balik pon sama2 tapi kalau ada extra class tu lain cerita lah..duk kat umah pon selalu luang masa bersama, g kedai naik motor sama2..kongsi cerita suka duka, bergossip pon sama2..haha sweet sangat masa tu..kalau lah masa bley diputar kembali, nak sangat melewati waktu itu..xde kawan lain pun xpew la asal ada kak long..sayang kak long sangat2!muah3

aku & kak long
Kebanyakan kawan yang rapat nga aku akan kenal kak long even aku kat universiti pon ade jugak kawan2 yang kenal kak long sebab aku selalu cerita sal keakraban aku nga kak long walaupun mereka xpernah bersua muka dan lain2 universiti. Tengok..betapa aku tak pernah melupakan kak long..kak long kebanggaan aku.

Tahun 2007 kak long dapat tawaran universiti..dapat USIM! aku gembira sebab impian kak long nak menjejakkan kaki ke menara gading akhirnya tercapai tapi dalam masa yang sama aku jugak sedih sebab bakal berpisah dengan kak long..uwaaaa

Lepas kak long masuk USIM aku sunyi, sunyi sangat2...ke sekolah tanpa kak long, kat umah pun tanpa kak long....aku selalu ternanti2 budak U cuti sebab masa cuti kak long biasa nya balik kampung...

Kak long...pulanglah! hoho~

Sunday, May 31, 2009

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


Nota kaki: Harapanmu harapan ku jua



Monday, May 25, 2009

Sempurnakah Solat Kita?

Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat. (Maksud Al-Hadith)

Solat ialah sesuatu yang amat berharga, yang ALLAH s.w.t. hadiahkan terus kepada RasulNYA tanpa melalui perantara. Orang yang mengenal ALLAH s.w.t. pasti akan memilih solat dari keseronokan lainnya. Muhammad bin Sirin, seorang ahli sufi, berkata:
Jika disuruh pilih antara Syurga dan (solat) dua rakaat, aku pilih (solat) dua rakaat itu kerana di antara kedua rakaat itu terdapat redha ALLAH, sedangkan di Syurga terdapat keredhaanku .
(Kata-kata ulama) Kemuliaan orang mukmin adalah pada solatnya, dan di dalam solat terdapat
segala ibadat yang lainnya. ALLAH s.w.t. berfirman dalam Al-Quran tentang orang-orang yang berbahagia : Iaitu orang-orang yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah, 2 : 3)


Orang bersolat sekadar bersolat itu ramai, tetapi sedikit sahaja tidak lalai, sedangkan solat yang lalai itu tiada bernilai: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, yang mereka itu lalai dari

solatnya. (Surah Al-Maun, 107 : 4 - 5)

Orang yang lalai dalam solatnya, pastilah kosong amalannya kerana Nabi telah bersabda: Setengah orang dan semua yang solat, namun solat itu tidak dituliskan untuknya melainkan hanya sepertiga, seperempat, seperlima atau seperenam. (Maksud Al-Hadith)

Maksudnya, solat itu diganjari hanya sekadar apa yang direnungkannya, padahal solat yang disempurnakan tuntutan-tuntutannya itu menghapuskan dosa seperti yang Nabi SAW sabda: Sesiapa yang solat dua rakaat dengan hati menghadap kepada ALLAH, ALLAH mengampunkan dosanya seperti dihari dia dilahirkan ibunya.(Maksud Al-Hadith)

Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya, enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya.

Pertama: Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith)

Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:

(1) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.

(2) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang

sunat wudhu.
(3) mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat
memeranginya.



Kedua: Wudhu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu). (Maksud Al-Hadith)

Wudhu itu terbahagi kepada tiga :

(1) menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.

(2) menyucikan badan dari dosa.

(3) membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.



Ketiga: Berpakaian. ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31)

Kesempurnaan berpakaian itu :

(1) halal.

(2) suci dari najis.

(3) sesuai
dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.



Keempat: Menjaga waktu. Firman ALLAH s.w.t. : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103)

Tiga bahagian penjagaan waktu:

(1) dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.

(2) mendengar azan.

(3) fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka.



Kelima: Menghadap kiblat. Firman ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144)Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga:

(1) menghadap kiblat dengan muka.

(2) menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.

(3) khusyuk dengan solat yang didirikan.



Keenam: Niat. bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari

Umar r.a.)

Tiga aspek kesempurnaan niat:

(1) mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.

(2) sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.
(3) sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasa



Ketujuh : Takbir. Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith)

Tiga bahagian kesempurnaan takbir:

(1) membaca takbir dengan benar.

(2) mengangkat tangan ke paras telinga.

(3) hati terlintas niat.



Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri). Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238)

Tiga bahagian kesempurnaan berdiri:

(1) Menempatkan pandangan ke tempat ujud.

(2) memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.

(3) tidak enoleh ke kiri atau ke kanan.



Kesembilan: Membaca Al-Fatihah. Firman ALLAH s.w.t. : leh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20)

Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah:

(1) membaca dengan betul tajwid dan artil (dengan lagu).

(2) merenung maknanya.

(3) mengamalkan apa yang ibaca.



Kesepuluh: Rukuk. Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)

Kesempurnaan rukuk ada tiga hal:

1) Meletakkan tangan ke lutut dengan ari-jari direnggangkan.

(2) bertomaninah.

(3) membaca tasbih.



Kesebelas: Sujud. Firman ALLAH s.w.t. : an sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu enar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37)

Tiga bahagian kesempurnaan sujud:

(1) meletakkan tangan sama dengan kedua elinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.

(2) ertomaninah.

(3) membaca tasbih



Kedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir). Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya.

(Maksud Al-Hadith)

Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud:

(1) duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.

(2) membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.
(3) memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.



Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas :

Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 : 2)



Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :

Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baik
dari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)



Wallahu alam bishowab.



**** Risalah ini digarap dari buku Mukasyafah Al-Qulub (Penenang Jiwa)****

Oleh Imam Al-Ghazali.

Segala kesilapan adalah atas kelemahan penyunting

Sunday, May 10, 2009

Ibuku Tercinta

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa" (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

p/s: Selamat Hari Ibu kepada My lovely mom, Norma Binti Ismail..
hargailah ibu anda selagi mereka still hidup di dunia ini, kerana tiada yang kedua yang dapat menggantikan ibu yang melahirkan kita..

Wednesday, April 1, 2009

Ikhtilat..TAHUKAH ANDA?

Ikhtilat bermaksud PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN. Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntut ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.   



Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :  
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :   Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)   Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)   Surah An Nuur : 30-31   2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :   dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)   Surah An Nuur : 31   Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.   Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :   Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)   Al Ahzab: 59   Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.   
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :   i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :   Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)   Al Ahzab : 32   ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :   Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)   An Nuur : 31   Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :   Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)   Surah Al Qashah :25 iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.       
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.   
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.   
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).   

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insya Allah.   




Wallahu A’lam

Tuesday, March 31, 2009

Aku mencari Husnul Khotimah

 Husnul khotimah maksudnya kesudahan yg baik. Ia adalah impian saya dan mungkin menjadi impian  setiap muslim.Saya katakan ‘mungkin’ kerana ramai juga  orang Islam yang saya temui , tidak meletakkan matlamat hidupnya untuk mencapai husnul khotimah. Seperti kita maklum dalam mengharungi hidup ini kita tak lepas dari dugaan, cubaan dan  ujian.  Semasa menghadapi dugaan kita mungkin dalam keadaan tidak bersedia, tidak berilmu dan yang pasti kita berada dalam keadaan ‘tertekan’ iaitu  tekanan perasaan.

Kebiasaannya dalam keadaan sedemikian akal gagal dikawal dengan sempurna, atau kita lemah dalam mengimbangi keadaan menyebabkan  adakalanya tindakan kita di luar dugaan, menyebabkan kita jadi kufur nikmat, dan akhirnya terpalit dosa. Tetapi sebagai muslim kita bertuhankan Allah s.w.t, berpandukan kepada kitab al-qur’an dan  kita  mengambil  Nabi s.a.w. sebagai panduan dan ikutan. Alhamdulillah, syukur kerana dengan adanya keyakinan kepada Allah s.w.t  itulah kita kembali memautkan harapan kepada-Nya . 




Allah s.w.t maha pengasih dan penyayang. Allah menyukai hamba-Nya yang insaf dan segera  bertaubat. Firman Allah s.w.t bermaksud Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [66:8]

Ayuhlah kita buatkan satu azam, mohon kepada Allah s.w.t pada setiap selepas solat dan pada bila-bila masa, agar Allah kurniakan kita husnul khotimah.

Tanda-tanda husnul khotimah 

1. Mengucapkan  kalimat tauhid ketika akan meninggal,Rasulullah bersabda”Barangsiapa akir perkataannya La ilaha illallah, maka ia akan masuk surga.” 

2. Mati syahid dalam menegakkan kalimatullahDalam surat Ali Imran ayat : 169 dijelaskan “Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Allah , diberi rezeki”. 

3. Orang yang sedang Ihram Rasulullah memberitahu ketika melihat salah sorang sahabatnya meninggal kerana jatuh dari untanya takala ia ihram, “Mandikanlah ia, dan kafanilah dengan pakaian ihrmnya, jangan ditutup kepalanya sesungguhnya ia akan bangkit dalam keadaan ‘mulabbiyan (dalam keadaan mengucapkan allahuma labbaik)”.

4. Akhir dari perbuatannya dalam rangka mentaati Allah SWTSebagaimana sabda Rasulullah, “Barang siapa mengucapkan La illaha illallah karena mengharapkan keridhoan Allah dan detik-detik akhir hayatnya dalam yaat seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa kehidupannya karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam taat  seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa bersedekah karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam ketaatan seperti itu, maka ia akan masuk surga.” 

5. Meninggal dalam keadaan mempertahankan ad-Dien, harta, keluarga dan kehormatan Misalnya seorang muslim yang hendak diperkosa oleh seorang yang zalim, ia berusaha mempertahankan kehormatan dirinya hingga ia mati dibunuh oleh orang tersebut, maka insya  Allah matinya dalam keadaan husnul khatimah. 

6. Menginggal dalam kesabaran pada saat ditimpa penyakit.  Apabila seorang muslim atau muslimah diuji oleh Allah dengan diberinya penyakit dan ia sadar sampai menemukan ajalnya, maka ia juga  mendapat husnul khatimah. Selama ia taat pada Allah dan Rasul-Nya, maka meninggalnya Insya Allah dalam keadaan husnul khatimah. 

7. Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kurnia husnul khatimah, sebagaimana do’a yang selalu kita panjatkan pada-Nya. “Ya Allah kami mohon  pada-Mu husnul khotimah,  kami berlindung pada-Mu dari su’ul khotimah dan seburuk-buruknya pembalasan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amal kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami adalah hari pada saat berjumpa dengan-Mu. Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Engkau beri kurnia pada mereka di surga dan di sisi-Mu. Amin Ya Rabbana…

Wallahua’lam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...