Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 1, 2011

Final..Praktikal..KL..Sarawak

Assalamualaikum.....

Emm skang baru bkesempatan tuk update blog nie..da lame xjenguk,klu la blog nie sbuah rumah mst da bersawang2 sebab lama sgt xjenguk=]

Sblm nie bkn xberkesempatan tuk update tp semangat tuk menaip 2 susah nk dapat!huhu..sebetolnye banyak benda yang nk dikongsikan bersama tapi akibat sifat kemalasan yang melanda so tertunda2 la benda nye..hehe

Idea banyak tp xtaw nk mula yg mane 1...

***************

10 April 2011 - 18 April 2011 ---> FINAL EXAM

suasana ketika exam
Time nie boleh dikatakan agak bz wlpn sy bkn kaki stdy..ngeeee~saje buat2 bz tp bley d katakan hari2 on FB..FB nie berhantu agaknye,on jew laptop terus on FB,bila da mula berfacebook faham2 jew la mesti leka tahap gaban kot!

Untuk tidak memudaratkn diri,sy buat kputusan tuk deactive facebook sy tp jap jew..xtahan seyh--> ntah rindu kat ape la lam facebook 2,hari2 yang dilalui rasa xlengkap tanpa facebook!hui teruk betol la :-(

Oke..stop sal facebook!

Dalam kalut2 study (stdy last minute la katakn) macam2 peristiwa lak yang terjadi..inilah yang dikatakan rempah kehidupan.

Tak tahu nk cakap cne, budak bilik kadang2 bising smpai tak selesa nk study :-( ambil kputusan tuk stdy kt bilik stdy tp bilik stdy d tutup siap kunci lg!hai..nie ape kes??time stdy week tutup bilik stdy?xpatot btol la..mmg bengang masa 2 tp sabo jer laaa..

Lagi 1 kes..bilik sunyi sgt sedangkan keempat2 penghuni ada lam bilik!biasa xpnh pn bilik sesunyi ini melainkan tiada penghuni di dalamnya..stdy jew la,lg best klu sunyi cmni..pelajaran mudah nk masuk lam kepala otak.

Rupa2nya kesunyian yang melanda bilik kami bersebab! si A dan si B bergaduh rupanya,siap berutus surat lg..dasat2=[ persoalannye..KENAPA sy TAK TAHU? nampak sangat yang saya tak pernah ambik tahu perihal mereka sampaikan mereka perang dingin pn saya tak tahu..huhu

Hakikatnya bukan begitu pon! kitorang rapat la..hoho

***************
19 April 2011 - 28 April 2011 ----> PRAKTIKAL

Sememangnya setiap tahun student UMK mesti menjalani praktikal selama 10 hari..so saya berpakat dengan kawan tuk buat kt 1 premis perniagaan nie..first day keje oke la walaupun pekerja dia yang sorang 2 sombong giler!cam tak mengalu2kn kedatangan kami..second day ade masalah yang timbul,salah sorng dari kami berempat nk tarik diri!call bos tuk gtaw tentang hal penarikan diri nie..nk taw bos cakap ape?? "suka hati korang la nk bwt ape,kedatangan korang BUKAN diundang pon!" Ya Allah! memang kitorang terkejut la dapat maklum balas cam gitu..bos adalah sorang guru..tak sepatutnya dia cakap cam 2 kn..macam xde etika lak cikgu nie..ko xnk,kitorang pn x hingin la!

Esoknye kitorang xpegi keje pn,bhenti cam 2 jew & mula cari keje lain and dapat la kat butik pengantin..walaupun agak jauh dari asrama,kitorang redha jer..hari2 terpaksa jalan jauh,da la cuaca tersangat panas tapi rasa berbaloi sebab tuan punya butik tersangat baik..pekerja yang 3 orang tu pon sume ok2..baik je layan kitorang.

hepi lak keje kat sini dan dapat kenal nga diorang sume...

***************

29 April 2011 - 30 April 2011 ---> G KUALA LUMPUR

Tepat jam 9 malam 29 april..bertolak g KL nga bas TRANSNASIONAL,biasa naik bas MUTIARA..nak tukar angin sekali sekala...sekali naik bas TRANSNASIONAL huh! rasa cam terancam nyawa,memang bas dipandu nga laju and then break mengejut!pergh! tak tenang sepanjang perjalanan...hati selalu dup dap dup dap tak henti2,dalam hati xhenti berdoa minta selamat sampai ke destinasi..

Lagi 1, seat sy second last,bila da terkebelakang tu faham2 jew la..macam2 ada..nga lipas nya la, serangga kecil2..eeei Ya Allah! sabar jer la..saya sememangnya tak sebulu nga benda alah tu sume,meremang bulu tengkuk bila nengok nye..eei geli + takut!

Alhamdulillah..akhirnya saya selamat sampai di hentian putra lebih kurang jam 5 pagi.berehat kat surau sementara menunggu kedatangan kak long tuk menjemput..penat mmg penat tp nak tdo x berani,takut pape terjadi nanti nanye la saya :-) lebih kurang kul 7.30 pagi baru kak long sampai..dia tersesat!al maklum la, jalan KL nie kn pusing2,tersalah masuk jalan sesat la jawabnya..hehe

On the way balik umah kak long,singgah makan jap kat kedai makan pak cik (abah kak long) makan2,borak2 n terus balik..sampai umah dia,bertegur sapa nga kakak ipar dia dulu sebelum masuk bilik tuk berehat..tidur....petang 2 g ambik adik kat Nilai, Negeri 9 and round2 bandar Nilai,balik umah singgah pasar malam,makan2 n turun mandi kolam..abis mandi kolam,naik, mandi n bersiap tuk tdo..esk hari ade agenda tersendiri..hehe

***************

1 Mei 2011 - 27 Mei 2011 ---> G SARAWAK

Flight ke sarawak kul 3.25 ptg tapi kul 2.30 masih kat umah kak long! hoho apa nak jadi neh..klu nak naik flight kan kena ada kat sana setengah jam awal tapi sebaliknya berlaku pada aku...sume nie gara2 tunggu mak cik hantar nasi..nak jalan jauh kan..kena la isi perut dulu tapi aku just makan sikit je, takde selera la..gabra kot!

Perjalanan ke LCCT memakan masa yang agak lama la jugak, punya la laju kazen aku drive...suami kak long plak tak abes2 duk takut kan aku..macam2 dia cerita sal keadaan dalam kapal terbang..huh

Sampai je kt LCCT, terus kak long tarik aku tuk g check in tapi sesampai je kat kaunter, kaunter da tutup! nasib baik masih ada staff kat situ..terus suami kak long bagitahu dia..cakap2..bagi i/c..and then.."maaf encik, nama xde dalam senarai la"

"haaaaa biar betol?? cuba cik check lagi sekali memang da betul flight nie"..kata suami kak long
"betul encik,xde" jawab si petugas
"cik biar betul cik.." kata suami kak long lagi "ke ayah su booking MAS?" Tanya suami kak long padaku

Aku hanya mengjungkit bahu tanda tak tahu..seminit dua masa terus berlalu....

"kamarudin ke?" tanya si petugas
dengan pantas kak long menjawab "ye2..ayah dia kamarudin"
"oh! ada2..maaf" kata si petugas

Hehe lawak kan..kita dah la nak cepat..boley plak xde nama. Apa tak nya, kat i/c aku memang xde nama ayah pun sebabnya nama aku panjang sangat sampai tak muat nak letak binti! haha..

Bila semua urusan da selesai masuk la aku ke balai berlepas...sorang2 merantau ketempat orang. aku kan memang pandai berdikari sejak kecil lagi..hehe

kt kuching

Tuesday, May 31, 2011

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT SETIAP JUZUK DALAM AL-QURAN


Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...So lepas nie senang la korang nk cari juzuk2 dalam Al-Quran=]

Wednesday, April 20, 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

Tuesday, April 12, 2011

Imtihan


Dalam proses belajar, kita sentiasa akan melalui ujian. Dengan ujian-ujian ini kita dapat mengetahui tahap kefahaman dan ingatan serta kecekapan kita dalam usaha menjawap persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kita juga akan belajar  bagaimana membuat pilihan terbaik dari ilmu yang kita pelajari. Bukankah kita boleh mengaplikasikan proses ini dalam kehidupan seharian?

Hidup Adalah Proses Ujian
Seperti mana dalam ujian peperiksaan, begitulah kehidupan sehari-hari kita. Sentiasa dalam ujian. Panduan dan rujukan kita adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw. Kita sentiasa dalam jalan pilihan, samada ia jalan kebenaran atau kesalahan.
Allah Swt telah mengajar kita melalui teladan paling istimewa yakni Muhammad bin Abdullah, Rasul kita untuk menjalani peperiksaan dan ujian seharian dalam kehidupan. Ia bermula  dari bangun dari tidur, sehingga kita tidur semula. Begitu sehari-hari hingga kita akan menemui Allah swt.
Ujian-ujian ini akan membezakan manusia dengan pelbagai tahap. Anugerahnya hanya ada dua di akhir peperiksaan nanti, neraka ataupun syurga. Sudah tentu yang meletakkan matlamatnya syurga akan berusaha menjadikan kehidupan sehari-hari sebagai kehidupan bakal penghuni syurga. InsyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah. Cintailah Pemilik Syurga.
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." 
(Surah Al-A'raf 7: Ayat ke 96)

Monday, April 11, 2011

AKU BUKAN MUSLIMAH YANG BAIK

بسم الله الرحمن الرحيم
  
 Aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi al-qur'an

aku sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuat ku makin dekat dengan-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah

aku malah asyik menghafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya

aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya

aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya

aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya

aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya

aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan pria



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat

aku senang membicarakan aib dan kejelekan orang lain



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik

aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya

aku lebih asik memperhatikan fisik diri ku saja



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah

aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya

aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya

aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya

aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja



aku bukan muslimah yang baik

ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun

aku malah semakin lalai dengan dunia



aku memang bukan muslimah yang baik



namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-Nya
Ya Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.


semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik di hadapan-Mu... amin yaa Mujiibassaailiin...

Thursday, April 7, 2011

Sanggupkah dikau menjadi suamiku?

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, 
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,  
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, 
aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, 
aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika 
tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika 
aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana 
ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika 
selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika 
setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika 
selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika 
ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika 
setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika 
bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika 
aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika 
akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika 
tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika 
hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika 
aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika 
aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika 
tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika 
keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
Adakah engkau sanggup jika 
masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika 
layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika 
ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika 
segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…
tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…
tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..
pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..
sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..
namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…
aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..
kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..
kerana cukuplah Allah bagiku..
mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..
dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..
Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..
kerana telah ku pilih jalan-Nya..
hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..
dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..
terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..
jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..
tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..
cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..
kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..
jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..
aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..
dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam 
yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...