Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 13, 2011

HoMe MaDe iCe CrEaM

Haa arinie kite blajar wat ice cream ye...senang je kot,bahan2 dia pn simple..kite just perlukan 4 bahan jew

  • 2 1/2 cawan coffeemate creamer (tepung)
  • 250 ml susu segar (ikut suka jenama ape,sume bleh..asal susu segar)
  • 1/2 cawan gula
  • coklat emulco/ hershey's syrup secukup rasa

Cara nak buat..

  1. Satukan coffeemate creamer, susu segar & gula (pukul sebati)
  2. Simpan dlm freezer selama 1 1/2 jam
  3. Keluarkan dan masukkan coklat emulco/hershey's syrup (agak2 smpai rasa coklat)
  4. Pukul lagi dgn kelajuan maksimum selama 10 minit smpai gebu dan pekat
  5. Masukkan semula dlm freezer dan biarkan beku
  6. Pastu bley la dimakan..

coffee mate creamer  
susu segar

                                                                       
 gula 
hershey's syrup
                                                                                                   
coklat emulco


Okeh, selamat mencuba yew kawan2 ='.'=

Friday, October 28, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT!


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.
********************
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Tuesday, October 25, 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!

Asas 5 jari


Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

wallahua'lam=]

Friday, October 21, 2011

JUMAAT~penghulu segala hari~

Ikutlah Sunnah Rasulullah Pada Hari Jumaat




Assalamualaikum WBTAlhamdulillah dah pun hari Jumaat. Dalam manusia2 sekeliling kita sibuk nak clubbing malam ni, Rasulullah anjurkan kepada kita beberapa perkara untuk kita lakukan, yang tak perlu modal pun, tapi ganjarannya maha besar di akhirat kelak.Jangan kat akhirat nanti, bila dah nak diazab Allah, (kita berlindung kepada Allah daripada azabNya) baru kita nak muhasabah. pandai pulak nak muhasabah.“kalaulah aku rajin siket pada setiap hari jumaat….”

1. MANDI
Sabda baginda yang bermaksud,“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi-wangian
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian. Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialahSabda baginda yang bermaksud,“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”(Riwayat Muslim).

6. Berselawat
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.wPada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Sabda baginda yang bermaksud,“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

Monday, October 17, 2011

HIKMAH SUJUD




Diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari, bahwa para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kelak kita dapat melihat Rabb kita"?,

maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: "betul, sebagaimana kalian melihat matahari jika tidak ada awan apakah matahari itu terlihat jelas?, maka para sahabat menjawab: "tentu sangat jelas wahai Rasulullah",

dan Rasul berkata: "bagaimana kalian melihat bulan purnama yang tidak diliputi awan"?, sahabat menjawab: "pasti sangat jelas wahai Rasul", maka Rasulullah berkata: "seperti itulah kalian akan melihat Rabb kalian".

Ketika di mahsyar, di saat manusia dimuntahkan keluar oleh bumi, maka diiringlah orang-orang yang menyembah selain Allah ketika mereka ditanya: "siapakah yang kalian sembah",

maka di saat itu muncullah sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah dan mengikuti sembahannya masing-masing, mereka diiring dan pisahkan dari kelompok yang lainnya.

Tersisalah muslimin muslimat dan mereka diberi kemuliaan oleh Allah, dan Allah singkapkan sedikit tabir cahaya keagunganNya, cahaya kewibawaanNya. Dan ketika ditanyakan kepada mereka: "Mengapa kalian masih disini?", sedangkan yang lain telah pergi,

maka mereka menjawab: "kami belum berjumpa dengan Rabb kami", dan ketika ditnya: "apakah kalian ingin melihat Rabb kalian?", mereka menjawab: "ya, jika Rabb kami mahu menunjukkan keindahanNya kepada kami",

maka Allah mengangkat sedikit tabir keagunganNya dan semua pun bersujud, dan tersisa orang-orang yang tidak mampu bersujud. Mereka yang bersujud akan dipersilakan untuk melintasi jembatan shirat dengan cepat sehingga sampai dan masuk ke dalam surga Allah subhanahu wata’ala karena mereka Ahlus sujud,

namun mereka yang tidak mampu bersujud dari kelompok berdosa, dan munafik yang jarang sekali sujud kepada Allah tetapi mereka muslimin ummat sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak menyembah selain Allah, maka mereka akan diiring ke dalam api neraka untuk menghapus dosa-dosa mereka dan setelah itu mereka akan memasuki surga Allah subhanahu wata’ala.

Seterusnya para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau mengenal ummatmu kelak di dalam api neraka?", maka berkatalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: "Aku mengenal ummatku diantara sekian banyak penduduk neraka itu dengan bekas sujudnya",

Rasulullah bersabda:

"ALLAH MENGHARAMKAN API NERAKA UNTUK MEMAKAN BEKAS SUJUD"

Mereka yang pernah bersujud kepada Allah, bekas sujudnya akan tetap ada dan Allah mengharamkan api neraka untuk membakar anggota sujud, anggota sujud tidak dapat dibakar oleh api neraka, demikian riwayat Shahih Al Bukhari. Semoga dengan mendengar ucapan ini, saya dan saudara dimuliakan di hari kiamat kelak dengan kelompok ahli sujud, amin.

Maka jagalah solat kita, karena itu adalah tanda kesetiaan kita kepada cintanya Allah, itulah jawaban cinta kita kepada Allah. Semakin engkau cinta kepada Allah maka engkau akan semakin asyik dalam solatmu, dan semakin asyik pula Allah menurunkan ketenangan kepadamu...-)

Sunday, October 16, 2011

BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Dah berpuluh tahun hidup dan baca, pernahkah kita memahaminya..

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD.....(^_^) Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?



Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku) 
Warhamnii (sayangi aku) 
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid.. since kita dah tahu maksudnya, lepas nie kita baca dgn penuh penghayatan agar doa yg dimohon dpt dimakbulkan olehNya.... AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...