Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 30, 2012

Latihan Industri Part lll

Assalamualaikum...

Maaf lambat update untuk entry kali ni..untuk pengetahuan korang, aku da hampir 2 bulan sambung praktikal kat syarikat marketing yang terletak di Taman Damai Utama, Puchong. Produk utama syarikat ni adalah kitchen ware. Keje 6 hari seminggu, elaun pulak RM700 sebulan..mana nak cari woo.Kami agak bizi dengan task2 yang dipertanggungjawabkan. Agak hepi keje kat sini sebab ofismate sume baik2 tapi agak penat sebab terlalu banyak task yang perlu disiapkan.

warehouse
Oh lupa pulak nak cakap..syarikat ni 100% milik cina, staf dia pon majoriti chinese. Cara keje orang cina ni memang langsung tak sama nga cara keje orang melayu. Cer korang bayangkan, aku kena siapkan beberapa keje dalam satu masa yang agak singkat! mana nak cari bahan, mana nak discuss, mana nak fikir..express sungguh la chinese ni buat keje..kekadang stress aku bila selalu disua2kan dengan keje yang pelbagai. Task yang diberi pulak memang mencabar..

replace logo kt produk

pasang bunting utk demo
Kami kat sini diselia oleh seorang penyelia & seorang mentor. Kami dilatih untuk bekerja dengan menggunakan otak, maksudnya apa2 task yang diberi mestilah menggunakan buah fikiran sendiri..kat sini kami mesti berfikir & banyak guna akal untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Task yang terdahulu belum siap, da dapat task baru pastu nak kena siapkan cepat! adoi..memang tertekan

my mentor..en bob
bersama penyelia industri & penyelia fakulti
During my internship I was assigned with several job tasks to complete and report the outcome of the task to my supervisor. The first day of my internship at HCR Marketing (M) Sdn Bhd still fresh in my mind as this is the first time I attached to a company after almost for 4 years of studies. For the first time I do not have much ideas about how the company will assign task to me and I have question in my mind that am I in the right place to do my internship after what happened at DayaFasih Sdn Bhd before.

Aha skema giler kot blogging guna bahasa omputeh neh! tapi xpe, aku nak blatih wat report kat sini..mane taw kot2 leh cilok ke nanti..haha..baiklah, teruskan pembacaan anda..

However I convinced myself that there are no arguments after I enroll myself to the company. The first day I introduce myself to my supervisor and all staff at Home Care. During my first day I was given a small welcome message and advisory from my supervisor on how to adopt the new environment. I’m happy to get to know with the new people and I start my day with an easy task. I help other staff to complete key in data.

At here I get a task such key in the data, translation the article, make paper work for event, make proposal to university, make mini museum, recording the cooking demo to make movie maker, send message to customer used mobile communicator, handle cooking class, make company profile about Jaafar Production, packaging product, make blog for Jaafar Production and need to handle it, scan Jaafar Onn recipe book to make eBook, fill out the form of consignment, convert article from pdf to word and others task.
proses merakam utk buat video
proses penyediaan mini muzium
Besides that I also was appointed to be the leader for a month. This is intended to train myself to be able to manage the group and know what to do as a leader. This is a very enriching experience for me because through this appointment, I can learn about responsibility as a leader.

At Home Care I can learn and know about many things that I didn’t know before this. At here also I had the opportunity to learn and gain invaluable experience. I also have the opportunity to interact with different characters and different ranks of society and can learn about the business.




Thursday, March 15, 2012

My 24th birthday

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah hari ni genap umurku 24 tahun. Da tua rupanya aku neh!hehe tapi birthday kali nie agak menyedihkan sebab aku baru jer dibuang keje! erk..xde la, aku baru jer berenti dari tempat latihan industri, klu nak taw lebih lanjut sila baca entri sebelom ni okeh! malas nak cite panjang lebar kat sini.

Plan arinie takde g memana, lepak kat umah je. Esok nak g tengok2 tempat praktikal baru..survey dulu orang kata..hihi. Oh ya sebelum terlupa, aku nak ucapkan TQVM kat member aku niza & nadya coz bagi birthday gift kat aku..suka sangat hadiah tue ^_^ thanks awak!terharu je rasa bila da tua bangka pon masih dapat hadiah..korang jangan jeles okeh..hehe gurau je..

Anyway hadiah korang cantek!saya suka sangat....Jom layan pitcha gift yang aku dapat *-*

inilah isinye..sebuah album gambar ^_^





Frame gambar..cantek! suka sgt


yg ni dr Niza












yg ni dri nadya..

Wednesday, March 14, 2012

Latihan Industri Part II

Assalamualaikum W.B.T

Haaa harinie aku nak sambung sal latihan industri yang aku da pernah cerita dulu tue..ingat lagi x?klu korang baca la..klu korang xbaca confem tak ingat  punya kan kan kan?hehe

Okeh...aku, niza & nadya wat praktikal kat tempat sama. So malam 28 januari 2012 kami bertiga pergi la ke kolumpo menaiki bas..dengan barang yang penuh 1 bas (tipu jer) haha..siap bawak selimut, bantal, toto lagi..maklumla, kan kami kena duk sana selama 4bulan!

Mula2 sampai kami tumpang umah kakak niza dulu, malam tue berangkut la kami dengan barang2 yang xmuat nak bawak dengan tangan tuh ke rumah sewa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kat sini kitorang dapat kawan baru, kawan serumah..sume bujang2 lagi..kak farha, mira & ayu..diorang nie sume baik2..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana temukan kami dengan housemate yang baik, xde yang jenis perangai cucuk2 langit tuh!hehe

*cucuk langit tuh maksudnya suka bersosial hingga ke tengah malam dan sampai awal pagi macam bohsia tue..opss..sory, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang da meninggal dunia ^_^

**********************
1 Feb 2012 bermula la kisah kami berpraktikal, masa hari first nie kitorang berkenal-kenalan la dulu dengan officemate. Dalam ramai2 tue ada la jugak yang jenis kureng ckit..normal la tue kan, kat mana2 pon ada orang macam tue.Maybe tuhan nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita.. betol x?hehe

Kat sini kitorang keje start pukul 9 pagi sampai 5.30 petang dari isnin hingga jumaat tapi untuk minggu kedua, keempat & seterusnya kami keje sampai hari sabtu, tu pun separuh hari jer. Elaun yang dijanjikan ialah RM250 sebulan..ok la tue dari xde langsung kan..hehe

Oh ya lupa plak nak cakap yang syarikat nie merupakan sebuah syarikat consultan, disamping tu jugak dia ada bukak kedai alat tulis & kelas tuisyen. Kat sini aku ditempatkan dibahagian kedai alat tulis sebabnya kat sini tak cukup staff tuk handle so aku ditempatkan disini lah. kedai ni lebih kurang Pustaka Sri Intan kat Kota Bharu tue, macam2 alat tulis ada dijual, buku2 rujukan pon ada. Disamping tu jugak, kedai ni menyediakan khidmat photostat. So, tugas pertama yang perlu kami lakukan ialah kena tahu bagaimana nak guna mesin photostat yang besar gedabak tuh!

Disebabkan aku yang ditugaskan kat bahagian kedai buku so aku la yang kena photostat pape yang customer nak..susah taw guna mesin nie, kita kena tahu fungsi setiap butang yang terdapat kat mesin tuh!huh..jenuh aku menghafal fungsi2 butang tersebut..tapi yang xbley blahnya aku xreti nak photostat ic..haha. klu ada customer nak photostat ic aku mesti panggil pekerja lain tuk handle sampai 1 tahap aku kena tegur dengan bos!hahaha

*sekadar gambar hiasan

Tapi kan praktikal kat sini cam xdapat pape plak sebab ade ke patut budak lepasan U disuruh buat photostat!klu camtu baik aku wat praktikal kat kedai photostat dekat umah aku je kan, tak payah merantau jauh2 semata2 nak belajar photostat!hehe jahatnya mulut aku..sepatotnya aku perlu bersyukur sebab company nie sudi terima aku sebagai practical student kat organisasi diorang...kan3?

Kisah kami disini tak lama pon sebab sebulan kemudian kitorang berenti & cari organisasi lain..sebabnya..ermmm

Awal bulan Mac kami diberi elaun untuk bulan  Feb tapi yang tak bley blahnya elaun kami tak sampai RM200 pon!apa nie?cakap tak serupa bikin! kata elaun RM250 tapi bila dapat tak sampai pon RM200...walaweh ko pehal??

Lepas dapat je elaun tue kami bertiga discuss..nak kata tak puas ati?memang kami tak puas hati!kami decide nak berenti & cari company lain tapi dimana? pening memikirkan masalah yang dihadapi. Ya Allah, masa nie kami benar2 buntu. Kami sedaya upaya cari tempat baru, setiap premis area rumah sewa kami masuki untuk bertanya tentang pengambilan practical student tapi jawapannya hampa!

Seminggu lepas dapat elaun kami bertiga tidak pergi ke pejabat seperti biasa, yelah..bila dapat layanan yang tak memuaskan macam ni mood nak keje pon da takde..kami berbincang dengan penyelia fakulti & pihak fakulti menyuruh kami menghantar surat memohon maaf ke organisasi berkenaan. Dengan berat hati kami turuti jua saranan penyelia, dalam pada itu, pihak fakulti beria2 kol kami untuk mengetahui alamat baru tempat latihan untuk memudahkan penyelia industri datang membuat tinjauan.

Bayangkan masa tue kitorang belum ada tempat untuk sambung latihan industri tapi pihak fakulti berkali2 kol siap ugut lagi, klu tak hantar alamat dalam masa terdekat ni kamu dikira GAGAL! fuh ayat..nak tak  nak kami terpaksa cari tempat baru secepat mungkin & alhamdulillah sebuah syarikat percetakan nak guna budak praktikal sebab syarikat ni baru nak launch. Syarikat nie dekat je nga rumah sewa aku, elaun yang ditawarkan pon agak lumayan la jugak..RM400.

Bila da kol sana kol sini, janji itu janji ini & bla bla bla dengan syarikat nie tetiba dia buat hal la pulak! kita dah la urgent, tapi nasib masih menyebelahi kami apabila syarikat tempat salah sorang student UMK buat latihan nak tambah bilangan budak praktikal, klu bley diorang nak pakai ramai budak praktikal. So kitorang nak cuba nasib kat company nie lah, mana tahu kot2 ada rezeki disitu. Mudah-mudahan..amin ^_^ korang pon doa2kan la kami ye..kecian kitorang!uhuk

Nota kaki : Nantikan sambungannya dalam latihan industri part III..hehe

Wednesday, January 18, 2012

Latihan Industri Part I

Salam..wassup my pren?hehe arinie nk kongsi sal latihan industri yang ak kena jalani selama 4 bulan kot! selaku final year student, ak dikehendaki menjalani latihan industri or setengah orang panggil praktikal. Haaa praktikal ak nie start 1 feb hingga 31 mei 2012..walaweh lame kot!

Dalam pada aku duk cari tempat nk wt praktikal nie ak jgk bz nga tesis..fening kot nk pikir banyak benda dalam satu masa. mana nak cari tempat praktikal, mana nak cari maklumat2 bekaitan tesis, mana nak cari benda2 untuk esaimen, mane nak cari barang2 tuk bisnes n  bermacam2 lagi la...haish!otak aku neh da serabut duk pikiaq sal sume benda tu..kawan2 plak bemacam perangai dan ragam..biasa la ujung2 semester nie sume orang stress, sume orang tension, sume orang bizi n sume orang....macam-macam lah.

Letih kot nak cari tempat praktikal neh..bukan senang orang nak terima kita. Walaupun pihak fakulti ada menyediakan senarai organisasi yang terima student praktikal tapi...susah jugak la weh! masa tu banyak ngat duit aku abes tuk beli sampul surat, stem, print resume n bemacam bagai benda alah lagi lah tp yang xbley blah nye satu haram pun xde balasan..apa la nasib badan. kadang2 kan surat2 yang kita antar tue diorang x baca pon, bila kita kol tuk tanya baru diorang cakap "owh nanti kitorang semak". See...diorang pn xde masa la nak layan student cam kita nie, bukan ada manfaat pun kan...haha

Tunggu punya tunggu jawapan dari organisasi2 bertuah yang ak utus surat tue sampai la seminggu sebelom tarikh tamat tempoh untuk menghantar nama organisasi ke fakulti pon masih xde tanda2 organisasi tersebut nak bagi feedback! cilakak punya company..puih! dalam tempoh seminggu tue apalagi...kelam kabut la kitorang duk kol n antar emel kat company2 yang nak pakai budak praktikal. fuh...naseb baik ada company yang nak terima kitorang..company nie terletak di kolumpo...fuyyoo jauh dowh

Aku pulak rasa berbelah bagi nak g ke x..apa xnye, duk sana sume benda kena pikir..tempat tinggal, makan minum, pengangkutan apa bagai...haa sume tue merupakan kos..k.o.s..kos..kalau da sebut kos tue korang paham2 sdirik la ye. kalau wt kt klantan je sume kos tue ditanggung oleh...hehehe....family ak lah..hahaha

Nak xnak terpaksa la ak merantau kesana untuk tempoh 4 bulan. bukan xnak wt kt kelantan tapi da company kat sini xmo terima aku....aku xbley nak kata apa la...uwaaaa. Nanti pape hal ak inform balik eh..jangan lupa nantikan entry latihan industri part II okeh..wink wink *-*



Tuesday, December 13, 2011

coklat emulco

Hari nie tetiba mood blogging dtg..dtg tnpa diundang lak 2 ='.'= sy mmg minat tgk2 resepi kt blog2 resepi...teruja je nk bwt tp kadang2 ade antara resepi yg guna bahan2 yang saya xkenal & xpnh tahu...susah juga ye nk masak neh!

Excerlly (kesalahan ejaan~jgn tiru ejaan ini~hehe) bila sy baca bahan2 resepi terutamanya tuk buat kek, saya selalu terjumpa bahan nie [COKLAT EMULCO] apekebenda la tue ye??kadang2 resepi senang jer tapi bila mengandungi bahan yang kita xtahu apakah ia mesti hard to do kan.

Ermmm termenung panjang saya bila terkenangkan bahan2 seumpama ini..disebabkan teringin sangat nak tahu apakah makna disebalik 'coklat emulco' nie saya pn search la internet about what the meaning of benda alah nie.
antara contoh coklat emulco

******************************************

Rupa2nya benda alah nie sama je kot dengan serbuk coklat/koko cuma ianya dalam bentuk cecair/pes...ceh..ingatkan apebenda la,da la name susah nk sebut..terbelit lidah gitu..hik2.

Pasni leh r cuba wt resepi2 yang mengandungi benda alah nie..tapi kan,orang kata coklat emulco nie rasanya xsesedap serbuk coklat taw & kalau terlebih letak coklat emulco rasa kek kita akan jadi sedikit pahit..betul ke x wallahua'lam la sebab saya sdiri pn xpenah try lagi guna benda alah nie..hoho

Tapi kan..klu susah sgt nk jumpa coklat emulco @ xmo letak coklat emulco leh la gantikan ngan hershey's syrup.nk senang kan..xmo susah2..

contoh hershey's syrup

Okeh,skang saya da taw ape itu coklat emulco, lepas nie senang la nak wt kek...suka3 ^.^

Sunday, November 13, 2011

HoMe MaDe iCe CrEaM

Haa arinie kite blajar wat ice cream ye...senang je kot,bahan2 dia pn simple..kite just perlukan 4 bahan jew

  • 2 1/2 cawan coffeemate creamer (tepung)
  • 250 ml susu segar (ikut suka jenama ape,sume bleh..asal susu segar)
  • 1/2 cawan gula
  • coklat emulco/ hershey's syrup secukup rasa

Cara nak buat..

  1. Satukan coffeemate creamer, susu segar & gula (pukul sebati)
  2. Simpan dlm freezer selama 1 1/2 jam
  3. Keluarkan dan masukkan coklat emulco/hershey's syrup (agak2 smpai rasa coklat)
  4. Pukul lagi dgn kelajuan maksimum selama 10 minit smpai gebu dan pekat
  5. Masukkan semula dlm freezer dan biarkan beku
  6. Pastu bley la dimakan..

coffee mate creamer  
susu segar

                                                                       
 gula 
hershey's syrup
                                                                                                   
coklat emulco


Okeh, selamat mencuba yew kawan2 ='.'=

Friday, October 28, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT!


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.
********************
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...