Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 25, 2012

Tips sebelum dan selepas dipikat



1) Banyakkan membaca ayat Seribu Dinar
2) Lazimi solat istikharah
3) Rajin-rajinlah membaca surah al-waqiah
4) Amalkan doa2 pilihan- Surah Yusuf ayat 4, Al-Qasas ayat 24, Yunus ayat 81

Wednesday, June 13, 2012

Terapi Diri


✿ܓ - JaDiLaH WaNiTa FaQiHaH SeBiJaK aiSYaH
✿ܓ - JaDiLaH PeReMPuaN SeTaBaH aSiaH
✿ܓ - JaDiLaH SeRiKaNDi SeHeBaT SuMaYYaH
✿ܓ - JaDiLaH iNSaN SeMuLia aKHLaK RaBiaTuL aDaWiYaH
✿ܓ - JaDiLaH iSTeRi SoLeHaH SeTuLuS KaSiH KHaDiJaH
✿ܓ - JaDiLaH aNaK YaNG SeaNGGuN HaTi FaTiMaH

Tiada teman lelaki atau perempuan bukanlah sesuatu yang mengaibkan, malah ia merupakan kemuliaan dan kehormatan. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana masih terpelihara daripada fitnah dan wabak yang dianggap biasa oleh ramai orang masa kini. Justeru, yang masih dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah ini, bersyukur dan bergembiralah. Usah merendah diri dan bermuram durja. Berjalanlah dengan 'bangga' kerana diri masih terpelihara.


► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔
► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔
► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔

••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah,kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Yarabbal Alamin

Monday, May 21, 2012

Gathering wif my BFF

Agak penat..biarlah gambar berbicara

19 MEI 2012
this time we are completed ^_*
mula2 kitorang g  bersuka ria kt aquaria
sebelom masuk aquaria, snap pikcer dulu..
ada 'abg' yg baik hati tlg amek gambar kami..hihi
pastu g selebret besday zila kt KLCC 
aik mane lg sorang?

Keesokan harinya...
20 MEI 2012
g times square..ber 4 je?
 maen bowling 
kami tetap ber 6
last sekali g theme park kt level 5..





Amat hepi setelah menghabiskan masa bersama our geng selama 2 hari..moga dihari lain kami masih boleh bergembira macam ni

Monday, May 14, 2012

Pesan abg long

Pesan abg long ketika kami keluar makan..katanya nak cari kawan biarlah seorang yang apabila kita melihatnya kita akan ingat ALLAH..kalau berkawan dengan seseorang yang buruk akhlaknya takut nanti kita akan terikut-ikut perangainya..nauzubillah hi min zalik=] 

Kata abg long lagi, kawan yang baik boleh membawa kita ke syurga kerana dia sering kali mengingatkan kita kepada pencipta...So, lebih baik tinggalkan kawan yang buruk akhlaknya itu, kita takkan rugi apa-apa.

Terfikir sejenak..

Mengapa perlu meninggalkan kawan yang buruk akhlaknya sedangkan kita dah selesa berkawan dengannya?? Abg long seolah-olah boleh membaca fikiran adiknya ini dengan berkata "kalau kita selesa berkawan dengannya why not kita cuba ubah dia sedikit demi sedikit? kalau kita sayang kawan kita, kita kena la bawa dia kejalan yang benar...sanggup ke kita tengok kawan kesayangan kita di azab di akhirat kelak?"



gurlp!
sanggup ke aku? 
argh! terlalu payah untuk menjawab persoalan ini tapi yang jelas aku tak mungkin sanggup melihat kawan2 ku diseksa tapi aku akui yang aku lemah untuk memberi nasihat kepada mereka. Aku cuma mampu berdoa didalam hati moga2 Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah dan semoga mereka diberi hidayah. 

Iman ku belum cukup kuat kerana hanya mampu menegur di lubuk hati sahaja..Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah, berilah hidayahMu kepada sahabat kesayanganku ini..Amin=]

Monday, April 30, 2012

Latihan Industri Part lll

Assalamualaikum...

Maaf lambat update untuk entry kali ni..untuk pengetahuan korang, aku da hampir 2 bulan sambung praktikal kat syarikat marketing yang terletak di Taman Damai Utama, Puchong. Produk utama syarikat ni adalah kitchen ware. Keje 6 hari seminggu, elaun pulak RM700 sebulan..mana nak cari woo.Kami agak bizi dengan task2 yang dipertanggungjawabkan. Agak hepi keje kat sini sebab ofismate sume baik2 tapi agak penat sebab terlalu banyak task yang perlu disiapkan.

warehouse
Oh lupa pulak nak cakap..syarikat ni 100% milik cina, staf dia pon majoriti chinese. Cara keje orang cina ni memang langsung tak sama nga cara keje orang melayu. Cer korang bayangkan, aku kena siapkan beberapa keje dalam satu masa yang agak singkat! mana nak cari bahan, mana nak discuss, mana nak fikir..express sungguh la chinese ni buat keje..kekadang stress aku bila selalu disua2kan dengan keje yang pelbagai. Task yang diberi pulak memang mencabar..

replace logo kt produk

pasang bunting utk demo
Kami kat sini diselia oleh seorang penyelia & seorang mentor. Kami dilatih untuk bekerja dengan menggunakan otak, maksudnya apa2 task yang diberi mestilah menggunakan buah fikiran sendiri..kat sini kami mesti berfikir & banyak guna akal untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Task yang terdahulu belum siap, da dapat task baru pastu nak kena siapkan cepat! adoi..memang tertekan

my mentor..en bob
bersama penyelia industri & penyelia fakulti
During my internship I was assigned with several job tasks to complete and report the outcome of the task to my supervisor. The first day of my internship at HCR Marketing (M) Sdn Bhd still fresh in my mind as this is the first time I attached to a company after almost for 4 years of studies. For the first time I do not have much ideas about how the company will assign task to me and I have question in my mind that am I in the right place to do my internship after what happened at DayaFasih Sdn Bhd before.

Aha skema giler kot blogging guna bahasa omputeh neh! tapi xpe, aku nak blatih wat report kat sini..mane taw kot2 leh cilok ke nanti..haha..baiklah, teruskan pembacaan anda..

However I convinced myself that there are no arguments after I enroll myself to the company. The first day I introduce myself to my supervisor and all staff at Home Care. During my first day I was given a small welcome message and advisory from my supervisor on how to adopt the new environment. I’m happy to get to know with the new people and I start my day with an easy task. I help other staff to complete key in data.

At here I get a task such key in the data, translation the article, make paper work for event, make proposal to university, make mini museum, recording the cooking demo to make movie maker, send message to customer used mobile communicator, handle cooking class, make company profile about Jaafar Production, packaging product, make blog for Jaafar Production and need to handle it, scan Jaafar Onn recipe book to make eBook, fill out the form of consignment, convert article from pdf to word and others task.
proses merakam utk buat video
proses penyediaan mini muzium
Besides that I also was appointed to be the leader for a month. This is intended to train myself to be able to manage the group and know what to do as a leader. This is a very enriching experience for me because through this appointment, I can learn about responsibility as a leader.

At Home Care I can learn and know about many things that I didn’t know before this. At here also I had the opportunity to learn and gain invaluable experience. I also have the opportunity to interact with different characters and different ranks of society and can learn about the business.




Thursday, March 15, 2012

My 24th birthday

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah hari ni genap umurku 24 tahun. Da tua rupanya aku neh!hehe tapi birthday kali nie agak menyedihkan sebab aku baru jer dibuang keje! erk..xde la, aku baru jer berenti dari tempat latihan industri, klu nak taw lebih lanjut sila baca entri sebelom ni okeh! malas nak cite panjang lebar kat sini.

Plan arinie takde g memana, lepak kat umah je. Esok nak g tengok2 tempat praktikal baru..survey dulu orang kata..hihi. Oh ya sebelum terlupa, aku nak ucapkan TQVM kat member aku niza & nadya coz bagi birthday gift kat aku..suka sangat hadiah tue ^_^ thanks awak!terharu je rasa bila da tua bangka pon masih dapat hadiah..korang jangan jeles okeh..hehe gurau je..

Anyway hadiah korang cantek!saya suka sangat....Jom layan pitcha gift yang aku dapat *-*

inilah isinye..sebuah album gambar ^_^





Frame gambar..cantek! suka sgt


yg ni dr Niza












yg ni dri nadya..

Wednesday, March 14, 2012

Latihan Industri Part II

Assalamualaikum W.B.T

Haaa harinie aku nak sambung sal latihan industri yang aku da pernah cerita dulu tue..ingat lagi x?klu korang baca la..klu korang xbaca confem tak ingat  punya kan kan kan?hehe

Okeh...aku, niza & nadya wat praktikal kat tempat sama. So malam 28 januari 2012 kami bertiga pergi la ke kolumpo menaiki bas..dengan barang yang penuh 1 bas (tipu jer) haha..siap bawak selimut, bantal, toto lagi..maklumla, kan kami kena duk sana selama 4bulan!

Mula2 sampai kami tumpang umah kakak niza dulu, malam tue berangkut la kami dengan barang2 yang xmuat nak bawak dengan tangan tuh ke rumah sewa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kat sini kitorang dapat kawan baru, kawan serumah..sume bujang2 lagi..kak farha, mira & ayu..diorang nie sume baik2..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana temukan kami dengan housemate yang baik, xde yang jenis perangai cucuk2 langit tuh!hehe

*cucuk langit tuh maksudnya suka bersosial hingga ke tengah malam dan sampai awal pagi macam bohsia tue..opss..sory, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang da meninggal dunia ^_^

**********************
1 Feb 2012 bermula la kisah kami berpraktikal, masa hari first nie kitorang berkenal-kenalan la dulu dengan officemate. Dalam ramai2 tue ada la jugak yang jenis kureng ckit..normal la tue kan, kat mana2 pon ada orang macam tue.Maybe tuhan nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita.. betol x?hehe

Kat sini kitorang keje start pukul 9 pagi sampai 5.30 petang dari isnin hingga jumaat tapi untuk minggu kedua, keempat & seterusnya kami keje sampai hari sabtu, tu pun separuh hari jer. Elaun yang dijanjikan ialah RM250 sebulan..ok la tue dari xde langsung kan..hehe

Oh ya lupa plak nak cakap yang syarikat nie merupakan sebuah syarikat consultan, disamping tu jugak dia ada bukak kedai alat tulis & kelas tuisyen. Kat sini aku ditempatkan dibahagian kedai alat tulis sebabnya kat sini tak cukup staff tuk handle so aku ditempatkan disini lah. kedai ni lebih kurang Pustaka Sri Intan kat Kota Bharu tue, macam2 alat tulis ada dijual, buku2 rujukan pon ada. Disamping tu jugak, kedai ni menyediakan khidmat photostat. So, tugas pertama yang perlu kami lakukan ialah kena tahu bagaimana nak guna mesin photostat yang besar gedabak tuh!

Disebabkan aku yang ditugaskan kat bahagian kedai buku so aku la yang kena photostat pape yang customer nak..susah taw guna mesin nie, kita kena tahu fungsi setiap butang yang terdapat kat mesin tuh!huh..jenuh aku menghafal fungsi2 butang tersebut..tapi yang xbley blahnya aku xreti nak photostat ic..haha. klu ada customer nak photostat ic aku mesti panggil pekerja lain tuk handle sampai 1 tahap aku kena tegur dengan bos!hahaha

*sekadar gambar hiasan

Tapi kan praktikal kat sini cam xdapat pape plak sebab ade ke patut budak lepasan U disuruh buat photostat!klu camtu baik aku wat praktikal kat kedai photostat dekat umah aku je kan, tak payah merantau jauh2 semata2 nak belajar photostat!hehe jahatnya mulut aku..sepatotnya aku perlu bersyukur sebab company nie sudi terima aku sebagai practical student kat organisasi diorang...kan3?

Kisah kami disini tak lama pon sebab sebulan kemudian kitorang berenti & cari organisasi lain..sebabnya..ermmm

Awal bulan Mac kami diberi elaun untuk bulan  Feb tapi yang tak bley blahnya elaun kami tak sampai RM200 pon!apa nie?cakap tak serupa bikin! kata elaun RM250 tapi bila dapat tak sampai pon RM200...walaweh ko pehal??

Lepas dapat je elaun tue kami bertiga discuss..nak kata tak puas ati?memang kami tak puas hati!kami decide nak berenti & cari company lain tapi dimana? pening memikirkan masalah yang dihadapi. Ya Allah, masa nie kami benar2 buntu. Kami sedaya upaya cari tempat baru, setiap premis area rumah sewa kami masuki untuk bertanya tentang pengambilan practical student tapi jawapannya hampa!

Seminggu lepas dapat elaun kami bertiga tidak pergi ke pejabat seperti biasa, yelah..bila dapat layanan yang tak memuaskan macam ni mood nak keje pon da takde..kami berbincang dengan penyelia fakulti & pihak fakulti menyuruh kami menghantar surat memohon maaf ke organisasi berkenaan. Dengan berat hati kami turuti jua saranan penyelia, dalam pada itu, pihak fakulti beria2 kol kami untuk mengetahui alamat baru tempat latihan untuk memudahkan penyelia industri datang membuat tinjauan.

Bayangkan masa tue kitorang belum ada tempat untuk sambung latihan industri tapi pihak fakulti berkali2 kol siap ugut lagi, klu tak hantar alamat dalam masa terdekat ni kamu dikira GAGAL! fuh ayat..nak tak  nak kami terpaksa cari tempat baru secepat mungkin & alhamdulillah sebuah syarikat percetakan nak guna budak praktikal sebab syarikat ni baru nak launch. Syarikat nie dekat je nga rumah sewa aku, elaun yang ditawarkan pon agak lumayan la jugak..RM400.

Bila da kol sana kol sini, janji itu janji ini & bla bla bla dengan syarikat nie tetiba dia buat hal la pulak! kita dah la urgent, tapi nasib masih menyebelahi kami apabila syarikat tempat salah sorang student UMK buat latihan nak tambah bilangan budak praktikal, klu bley diorang nak pakai ramai budak praktikal. So kitorang nak cuba nasib kat company nie lah, mana tahu kot2 ada rezeki disitu. Mudah-mudahan..amin ^_^ korang pon doa2kan la kami ye..kecian kitorang!uhuk

Nota kaki : Nantikan sambungannya dalam latihan industri part III..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...