Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 21, 2017

Buang berhala dunia

Semalam terjumpa status ni , masyaAllah makan dalam weii 😭
credit to owner...

Buang Berhala Dunia!
Assalamualaikum wbt
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.
Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer. Kalau ada pun dari ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.
Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.
Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;
“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”
Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macamni,
“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.”
Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.
“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.”
Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.
Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.
Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.
Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).
Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.
Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.
Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

#Copy&paste

Thursday, January 19, 2017

Halal haram bisnes online

Status agak PANJANG. Tapi bacalah, ini soal Halal Haram kita dalam berbisnes secara Online.

PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan Fahami..

Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
.
ℹKawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
.
ℹContohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
.
ℹContohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

====

Moga kita semua terhindar dari semua perkara disebut diatas. Niat bisnes semata kerana Allah SWT. Nak KAYA sebab apa.

Allahuakbar . Point 4,6,10 memang RAMAI yang buat. Moga kita semua INSOFF.

Muhasabah diri.

Dipersilakan SHARE DAN TAG kepada semua rakan bisnes kita. ❤️

#c&p

Thursday, December 22, 2016

TEKNIK AGAR REZEKI TIDAK BOCOR

▬▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬▬
  TEKNIK AGAR REZEKI TIDAK BOCOR
▬▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬▬

✅ Solat
- Jaga Solat 5 Waktu.
Pastikan sentiasa solat awal waktu. Jangan leka dengan kerja.
- Jangan tinggal Solat Dhuha. Sebaiknya buat lebih dpd 2 rakaat tanda kita syukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

✅ Syukur
- Rezeki itu apa saja yang memberi manfaat kepada kita walaupun kecil. Maka bersyukurlah sentiasa.
- Sentiasa berdoa agar Allah berikan hati yang sentiasa bersyukur. Amalkan doa ini :
Allahumma inni, 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatik.
(Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku dalam mengingatiMu, dan bersyukur kepadaMu, dan dalam memperelokkan ibadah kepadaMu)

✅ Selawat & Zikir
- Amalkan selawat 1000 kali sehari. Boleh bahagikan kpd 200x setiap selesai solat 5 waktu.
- Amalkan Istifar 100 kali pagi & petang
- Setiap kali selepas solat jangan tinggal baca :
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x
Innahaa zaa larizkuna maa lahuu minnafad 33x
(Sesungguhnya inilah rezeki/pemberian Kami kepada mu. Pemberian yang tidak habis2)

✅ Sedekah
- Yakini The Power Of Giving
- Sentiasa bersedekah agar rezeki masuk tanpa putus.
- Setiap hari wajibkan bersedekah sebaiknya sebelum terbit matahari. Cara mudah, gunakan online banking. Setkan favourite bg no akaun sedara yang susah/anak yatim/pusat tahfiz/masjid yang memerlukan.

✅ Senyum
- bila kita dilanda masalah, banyakkan senyum. Senyum juga adalah sedekah.
- Nak mudah rezeki masuk, senyum😊

✅Menyambung Sillaturrahim
- Hendaklah menyambung sillaturrahim jika ingin rezeki dipermudahkan (hadith riwayat Muslim)
- Jaga hubungan persaudaraan terutamanya.

Semoga dapat memberi manfaat😊

Sunday, November 27, 2016

KESALAHAN AWAL PENIAGA ONLINE

1) POST GAMBAR DAN TAG KAWAN KAWAN
Cara ni kene jaga jaga. Kerana akan buat org menyampah dengan kita. Takkan tiap kali post gambar perlu tag mereka? Silap silap haribulan mereka unfriend atau blok anda terus. Tak semua suka bila kita buat macam tu.

2) TAK PENUHKAN KUOTA FRIENDS DI FB
Friends baru ade 1000 lebih. Alahai sayang, rugi awak tak penuhkan kuota tu. Awak lebih rela tag kawan kawan awak yg tadi tu. Pergi penuhkan kuota friendlist anda, buka page page online shop yg active. Cth lazada, elrah, bella ammara, mcm mcm lagi la yg famous. Add dari situ. Sebab semua yg likes tu ternyata suka cuci mata

3)SINGKATAN PERKATAAN TERLALU BANYAK
Nak berbisnes, elok taip full. Kalau boleh sebijik sebijik. Jangan la terlalu shortform sampai orang nak baca pun terlalu susah. Nak berniaga atau nak wasap kawan kawan guna bahasa macam tu?

4) KURANGKAN GUNA TERLALU BANYAK EMOJI DALAM 1 POSTING.
Jangan guna terlalu banyak. Ada setengah penjual, 1 ayat 1 emoji. Allah berpinar orang nak baca posting awak nnti. Nadia cadangkan anda letak emoji pada awal posting atau akhir posting.

5)TERLALU KERAP POST GAMBAR PRODUK.
Jangan terlalu kerap post gambar produk. Selang selikan dgn testimoni. Bila orang dah mula tahu kita jual apa, org mesti nak tahu sejauh mana keberkesanan produk yg kita jual. Jadi, buat 1 album khas untuk testimoni produk kita. Setiap hari upload testimoni 2 atau 3 kali. Upload juga setiap aktiviti kita, pergi post barang. Pergi cod. Itu semua utk tmbah kepercayaan customer

6) JANGAN 24 JAM POSTING AYAT
awak jual online, tapi setiap masa awak posting ayat sahaja. Macam mana customer nk tahu apa produk yg awak jual? Pagi wish good morning. Tengah hari cerita pasal produk. Malam awak post pasal customer suka bla bla. Tapi awak tak share rupa produk awak. Macam mana mereka nak kenal? Untuk customer beli mereka harus selalu NAMPAK.

7) NAMA, PROFILE PICTURE, COVER PHOTO
3 benda penting ni nadia pernah bagi tips dulu. Gunakan nama anda sendiri. Jangan guna nama seperi cahaya salju, cik surihati apa benda semua tu. Kenapa nama penting? Orang mula membeli dgn kepercayaan. Nama awak pun macam tu, ingat mereka yakin nak beli?

Guna profile picture gambar sendiri. Ini untuk meyakinkan customer bahawa mereka membeli dgn trusted online seller. Cth guna gambar bunga matahari, customer nak beli dgn bunga matahari?

Cover photo, gunakan gambar yg melambangkan awak berniaga. Letak gambar produk cantik cantik, edit no handphone awak buh kat gambar.

Credit to Ummi Nadia

#BakalJutawanMuda

Wednesday, October 26, 2016

Tips letak harga produk homebased

RESEPI COSTING $$$
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Ramai yg tanya sy cmna nk buat COSTING $$$ dn letak rega produk makanan yang kita buat untuk jualan. Hmm... sy bukan pakar sbb sy pn x berniaga... Tp inilah yg TOK GURU sy ajar...
Dan jom... kali ni sy nk share guideline ringkas cara-cara buat costing plak yee...

Contoh product : ALMOND CRUNCHY

Langkah 1
°°°°°°°°°°°°°

Mola-molaaaaa, senaraikn semua BAHAN yang digunakan untuk buat ALMOND CRUNCHY tu... kenalah tau HARGA setiap bahan yang kita guna. Sbb tu kena simpan RESIT pembelian sbgai rujukan.

250g Tepung Florenta (rm15.90 utk 500g)
250g Kacang Almond (rm12.70)
100g pumpkin seeds (rm4.90)
Sedikit black sesame (rm4.90 utk 100g)

(Resepi dn harga brg2 ni sbgi CONTOH je yee...)

Langkah 2
°°°°°°°°°°°°°

Kira cuma jumlah bahan2 yg kita GUNA shj...
Contoh: tepung florenta tu kita cuma pkai separuh...

Rm15.90 ÷ 2 = rm7.95

Maka dapatlah jawapan RM7.95 sen atau kalau nak senang cerita, genapkan jadi RM8.

Pas tu,
Ni mesti ramai yang garu kepala sebab macamana nk kira rega "sedikit black sesame"...heheeh

Cara dia macam ni....
Selalunya klau barang terlalu sket macam secubit garam, 1/4 sudu teh baking powder atau 1 sudu teh esen vanilla tu, saya pakai LOGIK AKAL agak-agak jer laaa....5 sen... 10 sen... 20 sen...

So untuk barang-barang lain pun sama gak la cara nak kira.
Macam black sesame tu agak2 la pkai dlm 5g... Jadi reganya jatuh rm0.245sen... Adehh byk plak titik perpuluhannya. Kita genapkn la jd 25sen je la yee... heheee

Langkah 3
°°°°°°°°°°°°°

Bila dh dapat semua rega setiap barang tu, kita CAMPUR la semua sekali...

Rm 8               florenta
Rm12.70        kacang almond
Rm 4.90         pumpkin seeds
Rm 0.25         black sesame
-----------------
Rm 25.85
-----------------

Tapi ni baru kos keseluruhan bahan. Kita kena tambah sekurang-kurangnya 30% untuk LAIN2 KOS (contoh elektrik, air, tenaga buruh dan lain-lain)

So, 30% daripada RM25.85 sen ialah RM7.75 (ni kira lain2 kos laaa)

Jadi RM25.85 + RM7.75 = RM33.60 sen

Langkah 4
°°°°°°°°°°°°°

Uppppssss....ni tak habih lagi nih...RM33.60 sen tu tak masuk balang lg...
ALMOND CRUNCHY plak dijual dlm balang... cmna nk kira?

Haa... klau sukatan 250g ni dpt dlm 3 BALANG KECIL...
So...nk dptkn harga kos utk 1 balang...

RM33.60 ÷ 3 = RM11.20 sen

Harga balang plak 80 sen...
so kita totalkn plak dgn rega balang...

RM11.20 sen + 80 sen = RM12 (inilah TOTAL KOS utk 1 balang ALMOND CRUNCHY)

Langkah 5
°°°°°°°°°°°°°

So, bila dah dapat TOTAL KOS, terserahlah kepada budi bicara masing-masing nak letak UNTUNG banyak mana. Pada saya, kalau kita bersifat pemurah dan ada niat nak bersedekah sambil berniaga (hehehhehe....) letaklah RM18.00 jer satu. Kalau harga berpatutan RM20... Tapi klau nak kaya cepat, RM25 satu.....(gelak lagi......hehheheh....)
Tp dlm islam sendiri kita x blh letak harga melebihi sekali ganda dr jumlah kos... RIBA namanya... huhuu

Kesimpulannya...
Manusia ni mcm2... ada yg tk kisah ambil untung sket, tapi byk order... Ada yg kata tk kisah letak rega murah sbb dia homebase... Ada yg kata tk kisah sbb customer dia cuma dr golongan sederhana...
Ada yg rasa, 'kena la letak mahal... penat aku buat ni... modal besar... duit minyak lg, gst lg...' So dia lbh selesa letak rega mahal. Tp sendiri mau ingat laa... custmer tu mesti fikir 21 kali  utk repeat order lg... kannn?
Semua terserah pd BUDI BICARA dn STRATEGI pemasaran masing-masinglah yee....

Seperkara lg...
Walaupun kira-kira kos kita tu rendah... kita kena la juga ambil kira KREATIVITI, KEMAHIRAN, KETELITIAN, ARTISTIK, KEPAYAHAN dn MASA yg kita gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk...
Contohnya spt kek atau cupcake dgn kos yang rendah tp ada hiasan (buttercream atau fondant)... kena la letak tinggi sket reganya. So, kalau ada customer yg tak berapa nak appreciate yg selalu complain kata mahal... saya cadangkan, buatlah design yg sesimple mungkin... Yg complain tu maknanya dia tak faham erti susah payah dn x reti menghargai seni... ^_^ So bg je dorang product yg tak berapa nk seni sgt hehee...

Okeh sis2 dn bro2 smua... terima kasih sbb sudi membaca... ^_^

SEMOGA REZEKI YG KITA JANA ADALAH BERSIH, SUCI DAN BARAKAH...

Wednesday, September 21, 2016

Cara Buka Pintu Rezeki

Nak buka pintu rezeki.??  Kita beri dulu...
Nak beri apa ya. Berilah apa-apa. Beri ikan dan
kucing makan pun dikira sedekah. Beri ilmu, Belanja kawan kawan makan. Beri sedekah kat masjid. Kadang kadang kit rasa sempit rezeki sebab kita sempit nak memberi. 😔

Alhamdulilah dan In Sha Allah, Allah akan  turunkan rezeki yang tak di sangka-sangka. 😊

Percayalah"Apa Yang Kita Beri,Kita akan Dapat.  Samaada Cepat Atau Lambat, kita perlu sabar dengan tempohnya. 😉

#PowerOfSedekah

Tuesday, September 20, 2016

Perbetulkan niat

Cust : Sis meh no acc bank...saya otw pergi bank ni😃

Peniaga online : okay sis Jap ye😃. Ni detail acc bank saya xxxxxxxxxxxxxxxxx.
Peniaga online : "syukur ada rezeki harini" bisik hati kecil peniaga online.

.....beberape jam kemudian.......

Cust : Sorry sis tak jadi lah..

Peniaga online : owh...okay okay...takpe bukan rezeki saya 😃..

Peniaga online : "Sedih lah.Hari ni tiada sale
langsung. Ramai je yg pm. Whatssap pun ada jugak. Tp seorang pun tak berjaya 'bank in' .Dah promote, dah iklan, dah share, dah buat apa saja tapi takde sale pun😥."

Pernah tak alami situasi camni ? Tak kisah lah yg dah lama macam saya atau pun yang newbies pernah alami.

Saya pernah 3 bulan takde sale😂.rasa sedih ya amat.Jadi saya nak share satu tips yg di share kan kepada saya moga moga bermanfaat kepada rakan rakan semua.

Tips nya ialah NIAT ! Yup...NIAT😃

Cuba lepas ni setiap Kali nak post iklan atau share iklan rakan rakan semua pasang niat yg baik baik..

Contoh :
'Tuhan, permudahkan urusan niaga aku. Semoga orang yg pandang iklan ni membelinya dan produk ini dapat memberi manfaat buat pembeli'.

Haa nampak simple je kan. Impak dia maksima😃..

Jadi jgn sedih sangat jika takde sale. Mungkin Tuhan nak jentik kita supaya kita muhasabah diri kita balik. Sbb mgkin ada time kita terlalu fokus berbisnes sehingga bisnes kita dgn DIA kita tak jaga😃. Betul tak?

Jgn lupa untuk terus berdoa dan minta daripada DIA...

Semoga posting saya ni menjadi peringatan buat diri saya sendiri dan bermanfaat buat rakan2 semua😃..

Saya berdoa semoga Allah deraskan lagi rezeki kita semua

Amin..

#copypaste

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...