Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 27, 2016

PETUNJUK ISTIKHARAH


Bila Kita tengok Perempuan/lelaki, Yang kita mention namanya dalam istikharah.

Hati terasa 'LAPANG'. Maka itu tanda JODOH yang baik.

Tapi bila kita sebut nama dia
Tengok gambar dia, Jadi sempit dada, Serabut fikiran, tak tenang, rasa ada something wrong, Maka itu petunjuk bukan jodoh yg baik.

Ingat.

Istikharah tak semestinya dapat 'petunjuk' dari mimpi, kadang dari pemilihan mak ayah pun boleh jadi asbab petunjuk dari Allah, yang mana keluarga hanyalah perantaraan.

Dan jika mimpi pun takda, mak ayah pun tak bagi jawapan. Pilihlah mengikut apa yang ada dalam hati. Again, apa yang ada dalam hati. Cop ! Lubuk hati yang paling dalam.

Saja nak ingatkan.

'Kasihan'

Dan

'Cinta'

Perasaan yang berbeza.

Jika kerana kasihan, jangan hairan terlalu ramai kita 'kasihankan' selepas dia.

Mendirikan 'masjid' bukan hal enteng untuk dimain-mainkan yaa kak bang dik ?

Tapi 'mendirikan masjid'
Merupakan 'penyatuan dua hati' yang sedia untuk tempuh laluan yang 'mencederakan kaki' bagi mereka yang tersilap langkah.

Moga berbahagia !
Penulisan dari : @kak_hassanah

Friday, April 1, 2016

Nota bisnes : CASH FLOW

Susah kan nak jaga cash flow? Lagi-lagi bila campur semua benda guna akaun yang sama.

Modal + keuntungan pun guna juga. Kemudian, rasa meniaga tak ada untung? Kemudian, give up dan malas lagi nak usaha. ��

1. Asingkan modal dan keuntungan.

2. Letak dalam 2 sampul.
���� Duit modal.
���� Duit untung.

Duit modal ❌ boleh usik sebab dengan modal ni lah kita nak guna untuk rolling beli barang semula.

Duit untung ❌ boleh usik sekiranya kita nak :
���� besarkan perniagaan.
���� tambah lebih produk daripada sebelum ni.

Duit untung ✔ digunakan sekiranya
���� hanya maintain berniaga seperti sebelum ni.

Biasa sahaja bila berniaga kita tak ambil GAJI pada tahun pertama. Sebab kita baru nak menapak.

Biasa sahaja bila berniaga kita dapat separuh GAJI pada tahun kedua. Sebab kita baru nak berkembang.

Biasa sahaja kita baru boleh ambil GAJI pada tahun ketiga, biasanya tahun ketiga sudah stabil.

��

Amaran!

JANGAN...
⛔ berhutang untuk meniaga.
⛔ sewa kedai untuk biz pertama
⛔ sombong.. Sila rajin buat network!!

��:)

#IslahHeartShoppe

Monday, March 28, 2016

resepi kek karamel pelangi

lapisan puding karamel
3sb gula(goreng tanpa air hingga gula cair n bertukar ke color perang, tp jgn sampai hangit, nanti pahit.. tuang ke dlm loyang n ketepikan sekejap)
3 biji kuning telur
2 biji telur A
3/4 tin susu cair
4sb gula castor
1/2sk esen vanila
cara; satukan semua bahan n pukul dgn wisk hingga gula hancur.. jgn pukul kuat hingga berbuih, nanti tekstur puding x cantik.. tapis n tuang ke dlm loyang.. bakar secara waterbath d dlm oven, selama 20 min, suhu 180..

utk kek(adunan 1)
6 biji putih telur(3 biji putih telur yg d asingkan utk puding td + 3 biji putih telur yg baru)
1/2 cawan gula castor
cara; pukul putih telur n gula dgn kelajuan tinggi hingga jd meringue(bertanduk), ketepikan.

adunan 2
3 biji kuning telur(3 biji yg diasingkan dr putih telur utk buat meringue td)
1/2 cawan gula castor
80ml air
50ml minyak
1sk esen vanila
3/4 cawan tepung gandum
cara; pukul kuning telur n gula hingga bertukar color jd kuning pucat, kmudian masukkan minyak, air, esen vanila.. pukul lg.. akhir sekali masukkan tepung gandum.. pukul sekejap, matikan mixer..

satukan adunan 1 & adunan 2, gaul secara kaup balik.. jgn byk sgt kacau, nanti ruang udara yg trperangkap dlm meringue berkuran, hasilnys kek kurang naik n x gebu.. kmudian bhgikan kpd bbrp color, sy bhgikan kpd 4 color, sudukan adunan secara selang seli setiap color, buat hingga habis..
bakar juga dlm teknik waterbath selama 50-55 min, suhu 180..
seleoas dah masak, jgn terus terbalikkan, keluarkan dr oven dlm 5-10 min sblum diterbalik..

resepi ni utk loyang saiz 8", klau yg buat besar lg, lebihkan adunan..

**teknik waterbath; loyang kek dilapik dgn sebiji lg loyang besar berisi air..

Saturday, March 26, 2016

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

BERTAUBAT DAN MENGULANGI DOSA

Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang dia bertaubat daripadanya. Hingga akhirnya insan berasa lelah untuk bertaubat, kerana merasakan taubatnya itu sia-sia.

Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri kita.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6976]

Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata:

وَأَنَّهُ لَوْ تَكَرَّرَ الذَّنْبُ مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَلْفَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ ، وَتَابَ فِي كُلِّ مَرَّةٍ ، قُبِلَتْ تَوْبَتُهُ ، وَسَقَطَتْ ذُنُوبُهُ ، .

Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak seratus kali, atau seribu kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.

وَلَوْ تَابَ عَنِ الْجَمِيعِ تَوْبَةً وَاحِدَةً بَعْدَ جَمِيعِهَا صَحَّتْ تَوْبَتُهُ

Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.

قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ لِلَّذِي تَكَرَّرَ ذَنْبُهُ : ( اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ ) مَعْنَاهُ : مَا دُمْتَ تُذْنِبُ ثُمَّ تَتُوبُ غَفَرْتُ لَكَ

Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa: (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau) bermaksud: Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, aku akan mengampuni engkau.

Tetapi timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam Riadussolihin dalam bab taubat, 3 syarat untuk taubat diterima iaitu:

Pertama: Meninggalkan maksiat itu

Kedua: Menyesal kerana melakukan maksiat itu

Ketiga: Berazam untuk tidak mengulanginya.

Perlu kita bezakan manusia yang berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus ke dalam maksiat, dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.

Manusia yang pertama Insya-Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini:

يَدُلُّ هَذَا الْحَدِيثُ عَلَى عَظِيمِ فَائِدَةِ الِاسْتِغْفَارِ وَعَلَى عَظِيمِ فَضْلِ اللَّهِ وَسَعَةِ رَحْمَتِهِ وَحِلْمِهِ وَكَرَمِهِ ؛ لَكِنَّ هَذَا الِاسْتِغْفَارُ هُوَ الَّذِي ثَبَتَ مَعْنَاهُ فِي الْقَلْبِ مُقَارِنًا لِلِّسَانِ لِيَنْحَلَّ بِهِ عَقْدُ الْإِصْرَارِ وَيَحْصُلَ مَعَهُ النَّدَمُ فَهُوَ تَرْجَمَةٌ لِلتَّوْبَةِ

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.

Kata beliau lagi:

وَمَعْنَاهُ الَّذِي يَتَكَرَّرُ مِنْهُ الذَّنْبُ وَالتَّوْبَةُ فَكُلَّمَا وَقَعَ فِي الذَّنْبِ عَادَ إِلَى التَّوْبَةِ لَا مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ بِلِسَانِهِ وَقَلْبُهُ مُصِرٌّ عَلَى تِلْكَ الْمَعْصِيَةِ

Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.

Masih belum terlambat. Bertaubatlah! Allah tahu usaha taubat kita! Allah tahu isi hati kita! Allah tahu tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

--> 'Like' tulisan dan klik 'share' jika anda rasakan ia bermanfaat kepada kita semua.

--> Mohd Masri Mohd Ramli adalah page yang akan digunakan untuk berkongsi ilmu sekadar yang penulis tahu insya-Allah. Sila 'like' dan sebarkan page ini jika anda rasa ia bermanfaat.

CARA NIAT WUDHUK YG BETUL, BAGI ORG (LELAKI, PEREMPUAN & LAIN²) YG SENTIASA KELUAR SESUATU MELALUI 2 JLN, TANPA KAWALAN.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... ��
                                                                                                                              
(Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, "Kuliah Ilmu", Mantan Imam @ Masjid الرحمن, Mahang & Masjid Al-Jamiul Makmur, Kulim Kedah & Ustaz Hassan Abdul Latif, 9 Jamadilakhir 1437H, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang)                                                                                  
                                    
✅Bagi org yg sentiasa keluar sesuatu melalui qubul & duburnya tanpa kawalan, maka... niat mengambil Wudhuknya��, dia x blh niat mcm org biasa.                                                                                                                                    
- "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana الله تعالى(Org Biasa)"                                                                                                             
                            
✅Dia X BOLEH niat sebegitu, kerana dia mmg sentiasa dlm keadaan berhadas.                                                                                                        
                     
✅Jadi, org2 ini:                                                                                                                                   
- Org yg keluar darah istihadah.   
- Org yg x blh kawal angin�� dari keluar.           
- Org yg sentiasa keluar air kecil @ apa2 saja yg keluar melalui 2 jalan iaitu qubul & dubur.                      
(Kecualilah, perkara2 yg berkehendak kpd mandi wajib)                                                                                         
            
✅Sebelum ambil wudhuk,
pastikan:

��"WAKTU SOLAT".                                                                                                                                      - Pastikan waktu solat, telah pun masuk.                                                                                                               
                          
��"BERSIHKAN KEDUA2 JALAN DAHULU".                                                                                                                                                    - Pergi buang hadas besar, hadas kecil dan sebagainya... dan bersihkannya.                                                                                                 
                             
��"PAKAILAH PAD, PAMPERS, CAWAT @ APA2 PUN...".                                                                                                                 - Tujuannya adalah... apabila sdg solat, dan ia keluar... Maka, x membatalkan solat itu.                    
- Boleh jadi Imam juga, org sebegini.                                                                                                          
                                    
��"KEMUDIAN, AMBILLAH WUDHUK".                                                                                                                                                 - Maka, niatnya hendaklah sebegini:
"Shj aku mengharuskan kerja yg berkehendak kpd wudhuk kerana الله تعالى"                                                                                      
                                    
��"JANGAN BERLENGAH²".                                                                                                                            - Selepas ambil wudhuk, solat terus. Jgn berhenti, pegi makan @ sebagainya. Kena terus solat, lepas ambil wudhuk itu.                                                                                          
                                               
✅Wudhuk org yg sebegini, perkara wajib hya blh dilakukan 1 shj. Setelah dilakukan 1 perkara wajib itu, wudhuknya tadi dikira BATAL TERUS, utk melakukan perkara wajib yg lain. Dan utk perkara sunat, X dikira batal.... walau buat byk mana sekalipun dgn berbekalkan wudhuk yg mula² tadi.                                                                                                                     
��Contohnya:                                                                                                                                          - "Dia ambil wudhuk.. dan lakukan solat zohor, kemudian terus solat sunat zohor & lakukan perkara² sunat yg lain... Klu ��mulakan dgn solat sunat dulu pun BOLEH. Dan bila time solat fardhu asar, dia wajib ambil wudhuk yg baru. Sebab, wudhuknya tadi telahpun batal utk perkara wajib... Dgn hya kerana dia melakukan 1 perkara wajib tadi, iaitu (Solat Fardhu Zohor)."                                                                                                                                                                        
                  
✅Bila nak ambil wudhuk semula, hendaklah bersihkan dahulu 2 jln itu dan pakailah pad @ apa2 yg baru. Sbb mungkin benda itu, telahpun dikotori najis��.                                                                                                          
                            
✅Tapi klu buat sesuatu perkara yg membatalkan wudhuk, dan ia boleh dikawal... Maka, batallah wudhuk ituu... mahupun bagi perkara wajib ataupun sunat.
وَاللَّهُ أَعلَم....

��Silakan Share..
��Moga Bermanfaat..
�� آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Syukran LIKE Page:
https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-359737684171205/?pnref=story

Amalan Elak Pukau & Sihir

224) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... ��
��18 Jamadilakhir 1437H
  
✅Sebelum tidur malam��, hendaklah membaca 3 Qul... Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Annas.

✅Kemudian tiup ditapak tgn dan sapukan keseluruhan tubuh badan kita setakat mana yg boleh sampai. Buat mcm itu, sbyk 3 kali.

✅Dan jangan lupa, baca ayat kursi sekali sampai habis��.                   

�� AYAT KURSI:
- بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

    
✅InsyaAllah...                      
Kita tidur, akan dipelihara oleh الله سبحانه وتعلى dan xkan terkena pukau/sihir��.
وَاللَّهُ أَعلَم....

(Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang, Mutiara Fm)

��Silakan Share..
��Moga Bermanfaat..
�� آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Syukran LIKE Page:
https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-359737684171205/?pnref=story

Sumber Pic: Google & Edit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...