Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 26, 2016

Amalan Elak Pukau & Sihir

224) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... ��
��18 Jamadilakhir 1437H
  
✅Sebelum tidur malam��, hendaklah membaca 3 Qul... Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Annas.

✅Kemudian tiup ditapak tgn dan sapukan keseluruhan tubuh badan kita setakat mana yg boleh sampai. Buat mcm itu, sbyk 3 kali.

✅Dan jangan lupa, baca ayat kursi sekali sampai habis��.                   

�� AYAT KURSI:
- بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

    
✅InsyaAllah...                      
Kita tidur, akan dipelihara oleh الله سبحانه وتعلى dan xkan terkena pukau/sihir��.
وَاللَّهُ أَعلَم....

(Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang, Mutiara Fm)

��Silakan Share..
��Moga Bermanfaat..
�� آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Syukran LIKE Page:
https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-359737684171205/?pnref=story

Sumber Pic: Google & Edit.

Monday, March 21, 2016

TIPS CLOSE SALE MELALUI PM

--------------------------
SITUASI PEMBELI
--------------------------
Malam sabtu sambil bosan tunggu air di cerek mendidih, saya scroll FB.
Ternampak tudung lawa kat group-apa-ntah.
.
Saya scroll ruang komen, takde sebut tentang harga.
Jadi, tak tahu harga. Penjual minta whatsapp atau komen di gambar.
Saya malas whatsapp.
Jadi saya komen. "Saya nak no kod: 17. Harga berapa?"
.
Scroll lagi: nampak tudung kanak-kanak.
Saya PM juga.
Scroll lagi, nampak tudung lagi. Saya komen lagi.
=======================================================

Ahad 10 pagi, ada 3 orang PM saya:
.
1. Salam sis RM37 include pos. Ini no akaun ………...
2. RM25 for 1 year to 6 year. Rm30 for 7 year to 12 year. Add rm6 pos.
3. Shawl instant RM45. Nak kaler yg mana?
.
Baiklah.
Sila fahami situasi saya ini:
.
1. Saya tak ingat dah apa benda dan bagaimanakah gambar yang saya komen semalam
2. Aku jadi blurr apa benda yang korang PM aku ni?
3. Sebenarnya seller tu semua tak cuba untuk close aku pun. Aku yang feel nak beli terus hilang feel.
.
.
----------------------------------------------
TIPS CLOSE SALE MELALUI PM
----------------------------------------------

1. BERKENALAN DULU. JANGAN GOPOH!!!!
Saya tahu anda sibuk. Ada 200 komen minta anda PM. Jadi tak sempat nak berkenalan.
Tapi,
Tahu tak? kalau anda reply 200 pm tu tapi 20 orang je beli sebab yang 180 orang lagi jadi blurr dengan pm anda, itu adalah merugikan!

Sebenarnya,
Lebih baik reply 100 PM je tapi PASTIKAN reply dengan berkesan,
Insha Allah 75 orang akan beli...
.
.
2. BERIKAN PILIHAN.
Pelanggan selalunya tak tahu pun apa yang dia nak.
Lihat diri kita.
Kita selalu pergi kedai makan tapi tak tau nak order apa kan?
Pastu waiter akan suggest:
kat sini nasi ayam paling HOT kak. Best menu kami nasi ayam. Terusssss la kita order nasi ayam. Kan?
.
Begitu juga dengan melayan di PM.
Mereka tak tahu pun apa yang kita jual.
Contoh situasi saya tadi: Saya mahu tudung. Itu saja.
Jadi sila rasuk pelanggan anda dengan pelbagai pilihan yang anda boleh tawarkan.
.
Tak rugi pun kalau berikan gambar-gambar dan list produk di PM.
Bukan kena bayar pun.
Kita kan pakai smart fon kan?
Penuhkan HP anda dengan gambar barang.
Jika video lebih baik!
Pelanggan membeli barang dengan harapan.
Harapan supaya barang itu best dan sesuai dengan mereka.
Jika anda tak dapat memberikan harapan sebaliknya terus berikan harga dan no akaun bank,
KIRIM SALAM saja pada Iklan-Iklan Anda!

3. JANGAN MENDESAK!
INGAT INI:
Kita mencari pelanggan. Kita bukan cari pembeli.
Cipta keselesaan antara prospek dengan kita. Bina connection.
Proses menukar prospek kepada pelanggan mengambil masa.
Anda tak perlu terburu-buru dan jangan sekali-kali berkira.
.
Melayan pelanggan tu tak kena duit pun kan? Kenapa nak berkira?
Saya tau ada yang komen:
“Penat la layan berjam-jam last-last dia beli kedai lain”

Hah yang ni memang nak kena rotan dengan Admin!
Lupa ke?
Rezeki tu Tuhan dah tetapkan.
Kalau rezeki kau, dia pasti beli dengan kau.
Kalau bukan rezeki kau, biarlah pergi kat orang lain.
.
Setiap orang yang berusaha pasti ada hasilnya. Cuma cepat ataupun lambat saja.
Yang penting, kita dah ada ada connection dengan dia kan?

Sekian saja coretan... Hanya anda saja mampu mengubah diri anda. ��

- C & P -

Saturday, March 19, 2016

Tips Packing Untuk Menunaikan Umrah bagi Muslimah.

Ramai sahabat muslimah yang tanya admin, berapa helai jubah nak di bawa bila berziarah ke Haramain untuk menunaikan umrah. ��

Admin nak kongsi persiapan ringkas untuk bakal tetamu Allah sekalian.

1⃣ Tudung labuh READY SOLAT warna hitam 2 helai.
2⃣ 3 helai jubah berwarna gelap.
3⃣ 3 pasang sarung kaki.
4⃣ 3 pasang sarung tangan (handsocks).
5⃣ 1 telekung (kalau tak nak bawa boleh lebihkan tudung labuh).
6⃣ Pelembab kulit, olive oil.
7⃣ Ubatan (ubat demam, batuk, selesema). Nak jimat ruang boleh bawa habbatussauda.
8⃣ Ketip kuku.
9⃣ Gunting kecil.
1⃣0⃣ Pakaian dalam.
1⃣1⃣ Tuala kecil.
1⃣2⃣ Tuala wanita / Panty liner.
1⃣3⃣ 3 helai seluar panjang.
1⃣4⃣ 3 helai t-shirt.
1⃣5⃣ Kelengkapan untuk kebersihan diri.

Udara di Madinah dan Mekah bersifat kering, cuaca sejuk atau panas tidak melekit meskipun berpeluh.

Untuk jimat ruang, jubah tidak perlu bawa banyak. Sehelai dipakai, sehelai dibasuh dan sehelai sedia dipakai (standby).

Bila keluar, untuk ke masjid atau aktiviti ziarah luar pakai tshirt dan seluar panjang di bahagian dalam jubah supaya hanya tshirt sahaja dibasuh sekiranya berbau. Jubah masih boleh digunakan sekiranya suci dari najis. ☺

Seluar panjang memudahkan pergerakan terutama tawaf dan saei, aktiviti turun dan naik bas. Paling penting, meminimakan terbuka aurat sekiranya jubah terangkat semasa menaiki atau menuruni bas. ��

Tidak perlu bawa pakaian banyak dari tanah air supaya beg bagasi tidak beranak pinak sebelum pulang ke tanah air kerana semua bakal tetamu Allah pasti akan membawa pulang ole-ole dari tanah suci. ����

#BlackSeedSpray RM20/botol.
#OliveOilSpray RM15/botol.
Postage RM6 (sm) RM9 (ss)

Silakan untuk share dan tag rakan-rakan anda yang bakal menunaikan umrah. ��

#IslahHeartShoppe
#BekalTetamuAllah

Friday, March 18, 2016

Cover our aurah

Untuk kaum hawa yg dikasihi.. ����

Bila nk kuar rumah tu, cuba buat checklist dulu.��

Pakai pakaian yg labuh, pakaian yg menutup aurat.

��Ramai yg tahu, tapi buat² tak tahu..kaki tu pun aurat. Tolong pakai stokin.��

��Handsock jgn lupa pakai, takut terselak lengan nanti. Terdedah aurat kita.��

��Nk berhias, nak jangok buleh, tapi biar berpada-pada, jgn berlebihan, jgn sampai jadi fitnah pada diri kita. Jgn tabarruj.
Jaga aurat,
Jaga maruah,
Jaga akhlak.
Semoga diri kita sentiasa terpelihara dlm rahmat Allah.~

Selamat mencuba. ����

Tuesday, March 15, 2016

Happy Birthday To Me!

Alhamdulillah, alhamdulillah wa syukurillah! Tiada kata seindah bicara yang mampu diungkapkan..genap 28 tahun hidup diatas muka bumi, terima kasih ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan sisa hidup dengan penuh nikmat..semoga dengan bertambahnya umur makin mendekatkan diri pada pencipta langit dan bumi & amalan juga kian bertambah seiring peningkatan umur. Terima kasih kepada kawan² yang wish,sambut & mendoakan kebaikan buat diri ini. Moga diri ini terus kuat melangkah bagi menghadapi dugaan & cabaran hidup. Semoga impian untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini tercapai.. Ameen.. Mohon doa baik² dari kalian.

Sunday, March 13, 2016

WANITA YANG BERCOUPLE UMPAMA AIR MUSTA'MAL

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone.(couple)
Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.

Syeikh : Kamu suka dia?
Fulan: Ya syeikh.
Syeikh : Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?
Fulan: Ya Syeikh. Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya.
Syeikh : bila kamu akan menikahinya?
Fulan : Lepas belajar syeikh. Dalam 3 tahun lagi.
Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia?
Kamu bukan nak menikah sekarang?
Kamu rosakkan dia sekarang dan 3tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?
Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh
benda yang jijik dan sebagainya. Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata- kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina.Berchat itu juga menyebabkan berlakunya zina hati. Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km mahupun beribu km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau TAK ingin nikahi diganti dengan azab NERAKA yang panasnya 70x  ganda api dunia?

#NOTE :
Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita.Ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH !!! Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk. Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.

Friday, March 11, 2016

Laksa penang vs mee kari

Weekend balik kampung sebab lesen ssm tertinggal, bila kat kampung adik yang mengandung 3bulan mengidam nak makan laksa penang, dia request suh aku buatkan sebab dia masih alahan dengan bau-bauan. Mak pulak request nak makan mee kari. Kalau ikutkan dua2 menu ni feberet aku tapi ada kisah disebalik laksa penang tu sampai da xjadi feberet anymore.

Alkisahnya ada satu tahun tu (masa ni aku sangat addict nga laksa penang) teringin sangat nak makan laksa penang. So pagi sabtu g la beli kat pasar tani,makan dengan seleranya.pedas pun tetap bedal dengan penuh nikmat.malam tu terjadilaha peristiwa cirit birit bawa sampai ke pagi keesokan harinya. Badan da memang letih lemah tak bermaya, g klinik doktor kata badan kekurangan air..dapat la mc 2hari.

Sejak peristiwa tu aku dengan sendirinya da xminat laksa penang. Makan2 jugak tapi xde la sampai xingat dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...