Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 19, 2016

Tips Packing Untuk Menunaikan Umrah bagi Muslimah.

Ramai sahabat muslimah yang tanya admin, berapa helai jubah nak di bawa bila berziarah ke Haramain untuk menunaikan umrah. ��

Admin nak kongsi persiapan ringkas untuk bakal tetamu Allah sekalian.

1⃣ Tudung labuh READY SOLAT warna hitam 2 helai.
2⃣ 3 helai jubah berwarna gelap.
3⃣ 3 pasang sarung kaki.
4⃣ 3 pasang sarung tangan (handsocks).
5⃣ 1 telekung (kalau tak nak bawa boleh lebihkan tudung labuh).
6⃣ Pelembab kulit, olive oil.
7⃣ Ubatan (ubat demam, batuk, selesema). Nak jimat ruang boleh bawa habbatussauda.
8⃣ Ketip kuku.
9⃣ Gunting kecil.
1⃣0⃣ Pakaian dalam.
1⃣1⃣ Tuala kecil.
1⃣2⃣ Tuala wanita / Panty liner.
1⃣3⃣ 3 helai seluar panjang.
1⃣4⃣ 3 helai t-shirt.
1⃣5⃣ Kelengkapan untuk kebersihan diri.

Udara di Madinah dan Mekah bersifat kering, cuaca sejuk atau panas tidak melekit meskipun berpeluh.

Untuk jimat ruang, jubah tidak perlu bawa banyak. Sehelai dipakai, sehelai dibasuh dan sehelai sedia dipakai (standby).

Bila keluar, untuk ke masjid atau aktiviti ziarah luar pakai tshirt dan seluar panjang di bahagian dalam jubah supaya hanya tshirt sahaja dibasuh sekiranya berbau. Jubah masih boleh digunakan sekiranya suci dari najis. ☺

Seluar panjang memudahkan pergerakan terutama tawaf dan saei, aktiviti turun dan naik bas. Paling penting, meminimakan terbuka aurat sekiranya jubah terangkat semasa menaiki atau menuruni bas. ��

Tidak perlu bawa pakaian banyak dari tanah air supaya beg bagasi tidak beranak pinak sebelum pulang ke tanah air kerana semua bakal tetamu Allah pasti akan membawa pulang ole-ole dari tanah suci. ����

#BlackSeedSpray RM20/botol.
#OliveOilSpray RM15/botol.
Postage RM6 (sm) RM9 (ss)

Silakan untuk share dan tag rakan-rakan anda yang bakal menunaikan umrah. ��

#IslahHeartShoppe
#BekalTetamuAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...