Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 8, 2016

TATACARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Assalamu'alaikum semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut.

Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti  solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

.
.
.
.
Sumber:
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/ilmu-falak/927-gerhana-matahari
http://falakonline.net/semesta/2016/02/fenomena-gerhana-matahari-separa-9-mac-2016-dari-malaysia/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...