Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 21, 2016

TIPS CLOSE SALE MELALUI PM

--------------------------
SITUASI PEMBELI
--------------------------
Malam sabtu sambil bosan tunggu air di cerek mendidih, saya scroll FB.
Ternampak tudung lawa kat group-apa-ntah.
.
Saya scroll ruang komen, takde sebut tentang harga.
Jadi, tak tahu harga. Penjual minta whatsapp atau komen di gambar.
Saya malas whatsapp.
Jadi saya komen. "Saya nak no kod: 17. Harga berapa?"
.
Scroll lagi: nampak tudung kanak-kanak.
Saya PM juga.
Scroll lagi, nampak tudung lagi. Saya komen lagi.
=======================================================

Ahad 10 pagi, ada 3 orang PM saya:
.
1. Salam sis RM37 include pos. Ini no akaun ………...
2. RM25 for 1 year to 6 year. Rm30 for 7 year to 12 year. Add rm6 pos.
3. Shawl instant RM45. Nak kaler yg mana?
.
Baiklah.
Sila fahami situasi saya ini:
.
1. Saya tak ingat dah apa benda dan bagaimanakah gambar yang saya komen semalam
2. Aku jadi blurr apa benda yang korang PM aku ni?
3. Sebenarnya seller tu semua tak cuba untuk close aku pun. Aku yang feel nak beli terus hilang feel.
.
.
----------------------------------------------
TIPS CLOSE SALE MELALUI PM
----------------------------------------------

1. BERKENALAN DULU. JANGAN GOPOH!!!!
Saya tahu anda sibuk. Ada 200 komen minta anda PM. Jadi tak sempat nak berkenalan.
Tapi,
Tahu tak? kalau anda reply 200 pm tu tapi 20 orang je beli sebab yang 180 orang lagi jadi blurr dengan pm anda, itu adalah merugikan!

Sebenarnya,
Lebih baik reply 100 PM je tapi PASTIKAN reply dengan berkesan,
Insha Allah 75 orang akan beli...
.
.
2. BERIKAN PILIHAN.
Pelanggan selalunya tak tahu pun apa yang dia nak.
Lihat diri kita.
Kita selalu pergi kedai makan tapi tak tau nak order apa kan?
Pastu waiter akan suggest:
kat sini nasi ayam paling HOT kak. Best menu kami nasi ayam. Terusssss la kita order nasi ayam. Kan?
.
Begitu juga dengan melayan di PM.
Mereka tak tahu pun apa yang kita jual.
Contoh situasi saya tadi: Saya mahu tudung. Itu saja.
Jadi sila rasuk pelanggan anda dengan pelbagai pilihan yang anda boleh tawarkan.
.
Tak rugi pun kalau berikan gambar-gambar dan list produk di PM.
Bukan kena bayar pun.
Kita kan pakai smart fon kan?
Penuhkan HP anda dengan gambar barang.
Jika video lebih baik!
Pelanggan membeli barang dengan harapan.
Harapan supaya barang itu best dan sesuai dengan mereka.
Jika anda tak dapat memberikan harapan sebaliknya terus berikan harga dan no akaun bank,
KIRIM SALAM saja pada Iklan-Iklan Anda!

3. JANGAN MENDESAK!
INGAT INI:
Kita mencari pelanggan. Kita bukan cari pembeli.
Cipta keselesaan antara prospek dengan kita. Bina connection.
Proses menukar prospek kepada pelanggan mengambil masa.
Anda tak perlu terburu-buru dan jangan sekali-kali berkira.
.
Melayan pelanggan tu tak kena duit pun kan? Kenapa nak berkira?
Saya tau ada yang komen:
“Penat la layan berjam-jam last-last dia beli kedai lain”

Hah yang ni memang nak kena rotan dengan Admin!
Lupa ke?
Rezeki tu Tuhan dah tetapkan.
Kalau rezeki kau, dia pasti beli dengan kau.
Kalau bukan rezeki kau, biarlah pergi kat orang lain.
.
Setiap orang yang berusaha pasti ada hasilnya. Cuma cepat ataupun lambat saja.
Yang penting, kita dah ada ada connection dengan dia kan?

Sekian saja coretan... Hanya anda saja mampu mengubah diri anda. ��

- C & P -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...