Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 27, 2008

Sifat Wanita Yang Diminati Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Dunia. Inilah salah satu persediaan untuk insan yang bernama wanita untuk menjadi seseorang yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.


"Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, andainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwahah"

p/s: Indahnya wanita bukanlah pada kecantikan, harta ataupun darjatnya, tetapi pada akhlak serta budi pekerti yang mulia ;)

Wednesday, September 24, 2008

Andainya Perempuan Tahu...

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool ;p

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimana pun rupanya atau pandangan luarannya.


p/s: Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Tuesday, September 16, 2008

Hukum Bersalam Antara Lelaki dan Perempuan

Pendahuluan


Para sahabat, para ulama’ salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki  dan perempuan ajnabiah (bukan mahram). Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada  perbezaan dalam nas hadis serta al-athar (الأثر). Situasi ini akan dibahaskan dengan terperinci pada tiga bahagian :

• Perbahasan pertama mengenai pandangan ulama’ mengenai hukum bersalaman antara lelaki  dengan perempuan,  beserta dalil daripada sunnah, dan sedikit kesimpulan mengenai masalah ini.
• Perbahasan kedua mengenai keraguan yang terdapat dalam  hukum keharusan berjabat tangan dengan perempuan serta jawapan kepadanya.
• Perbahasan ketiga mengenai pandangan ulama’ mengenai hukum berjabat tangan  dengan perempuan tua.
Bahagian Pertama : Pandangan Ulama’ Mengenai Hukum Bersalaman Antara Lelaki  Dengan Perempuan 

Kebanyakan ulama’ membahaskan hukum berjabat tangan dengan perempuan dengan menyamakan dengan hukum pandangan antara  lelaki dan  perempuan melalui kaedah qias yang lebih utama (الأولى). Di sini dibawakan beberapa pendapat para ulama’ dalam masalah ini:

1. Disebutkan di dalam kitab بدائع الصنائع yang menyatakan bahawa hukum menyentuh dua anggota ini (dua tapak tangan ), tidak dibolehkan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana, diharuskan melihat perempuan kerana dharurat (keperluan) tetapi ia tidak ada pada sentuhan perempuan. Ini disebabkan perbuatan menyentuh  perempuan  boleh menaikkan nafsu dan meransang syahwat dengan kadar yang  lebih kuat  berbanding dengan hanya melihatnya.

2. Dalam kitab رد المختار ada menyebutkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan  dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu  sekiranya aman daripada syahwat. Begitu juga dibolehkan  bagi lelaki yang sudah tua menyentuh perempuan sekiranya kedua-dua pihak yakin terhindar dari gangguan syahwat.

3. Di dalam kitab الشرح الصغير Syeikh Ad-Dardir telah menyebut bahawa tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.

4. Telah disebutkan dalam kebanyakan kitab mazhab As-Syafie bahawa haram bersalaman antara lelaki dan perempuan. Antaranya :

• Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين  bahawa melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan.
• Imam Ramli menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian.
• Imam As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih  menaikkan nafsu dan syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.

Doktor Wahbah Az-Zuhaili menyatakan di dalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته   hukum melihat seseorang perempuan adalah haram,  maka menyentuhnya pun diharamkan kerana ianya merangsangkan syahwat dan lebih memberahikan. Ia berdasarkan dalil dan hujah bahawasanya sekiranya air mani keluar dari  seseorang kerana menyentuh perempuan maka ia membatalkan  puasa, tetapi sekiranya keluar air mani dari seseorang hanya kerana melihat perempuan, puasanya tidak terbatal ”.


Doktor Yusuf Al-Qardawi menyebut dalam kitab فتاوى معاصرة, haram seseorang lelaki  bersalaman dengan perempuan sekiranya nafsu dan syahwat daripada salah satu pihak yang terangsang, ataupun dikhuatiri mendatangkan fitnah mengikut sangkaannya. Begitu juga berpindah hukum daripada harus kepada haram sekiranya seseorang itu menyentuh mahramnya dengan nafsu dan syahwat. Tetapi dibolehkan bersalaman dengan perempuan ketika aman dari fitnah.

Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni  menyebut di dalam kitab   روائع البيان في تفسير آيات الأحكام bahawa tidak dibenarkan lelaki bersalaman dengan perempuan kerana Nabi S.A.W. tidak melakukannya ketika berbai`ah (mengangkat sumpah) dengan wanita, maka bagaimana kita boleh mengatakan selain daripada Nabi dibolehkan bersalaman dengan perempuan sedangkan mereka tidak aman daripada fitnah dan ransangan syahwat serta tidak aman dari  hasutan syaitan yang bergerak di dalam pembuluh darah mereka.

Syeikh Al-Bana telah menyebut dalam kitab الفتح الرباني bahawa haram berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dan menyentuh kulitnya tanpa ada pelapik.

Dalil Pengharaman Daripada Sunnah

1) Hadith :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ ) قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ تَابَعَهُ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَمْرَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari. 

Ulasan : Imam Ibnu Hajar menyebut di dalam kitab Fathul Bari bahawa “perkataan (قد بايعتك كلاما) bermaksud  bai`ah tersebut hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa berjabat tangan”. Bahkan Imam Nawawi menyebut dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim bahawa berbai`ah dengan perempuan adalah dengan tidak menggunakan tapak tangan, dan Nabi Muhammad S.A.W. tidak menyentuh kulit perempuan ajnabiah tanpa ada dharurat. Hadith ini juga  menunjukkan bahawa Nabi tidak  menyentuh tangan wanita ajnabiah yang sama ada ketika bai`ah mahupun selain daripadanya.

Maka difahami disini bahawa Nabi tidak berbuat demikian (bersalaman) walaupun baginda adalah maksum (terpelihara) daripada segala keraguan, dan mereka yang selain daripada baginda lebih utama mengelakkan daripada bersalaman dengan perempuan/lelaki yang bukan mahram. Tetapi telah   jelas sebelum ini bahawa tidak boleh berjabat tangan dengan perempuan kerana pengaharamannya. Maka diharamkan menyentuh perempuan ajnabi walaupun bukan pada auratnya iaitu muka dan tapak tangannya.

2) Hadith : 

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ قَالَ سَمِعَ ابْنُ الْمُنْكَدِرِ أُمَيْمَةَ بِنْتَ رُقَيْقَةَ تَقُولُ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نِسْوَةٍ فَلَقَّنَنَا فِيمَا اسْتَطَعْتُنَّ وَأَطَقْتُنَّ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَرْحَمُ مِنَّا مِنْ أَنْفُسِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ بَايِعْنَا قَالَ إِنِّي لَا أُصَافِحُ النِّسَاءَ إِنَّمَا قَوْلِي لِامْرَأَةٍ قَوْلِي لِمِائَةِ امْرَأَةٍ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah berkata; Ibnu Munkadir mendengar Umaimah binti Ruqaiqah berkata, "Aku membaiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan beberapa wanita, lalu beliau mentalqin kami pada apa yang kami bisa dan mampu. Aku berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih menyayangi kita daripada diri kita. Aku pun berkata, "Wahai Rasulullah, baatlah kami!" Beliau bersabda: 'Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita, hanyasanya perkataanku untuk seorang wanita sebagaimana perkataanku untuk seratus wanita." – Hadith ke-25765 riwayat Imam Ahmad.

3) Hadith :
 
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ قَالَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَتْ الْمُؤْمِنَاتُ إِذَا هَاجَرْنَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُمْتَحَنَّ بِقَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ) يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ (إِلَى آخِرِ الْآيَةِ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلَامِ قَالَتْ عَائِشَةُ وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلَّا بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ قَدْ بَايَعْتُكُنَّ كَلَامًا

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Abu At Thahir Ahmad bin 'Amru bin Sarh telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus bin Yazid dia berkata; Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku 'Urwah bin Az Zubair bahwa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bertanya, "Apabila para wanita yang beriman hijrah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, mereka selalu diuji sebagaimana dalam firman Allah 'azza wajalla: '(Hai nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan 'janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina …) ' (Qs. Mumtahanah: 12). 'Aisyah berkata, "Siapa yang memegang teguh janji-janji tersebut dengan setia, berarti mereka lulus dari ujian, dan apabila mereka telah mengingrarkan janji tersebut dengan ucapan mereka di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada mereka: "Pergilah, sesungguhnya kalian telah berbai'at kepadaku." Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, beliau membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan beliau tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila beliau membai'at mereka, beliau hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." – Hadith ke-3470 riwayat Imam Muslim.

4) Hadith : 

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما : إن رسول الله  صلى الله عليه وسلم كان لا يصافح النساء في البيعة

Maksudnya : Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a. : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tidak berjabat dengan wanita di dalam bai’ah. 

Ulasan : Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Ahzab :


21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Maka wajib bagi kita sebagai umat baginda perlu mencontohi Nabi S.A.W. kerana baginda merupakan ikutan yang baik seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas.

5) Hadith : 

عن معقل بن يسار - رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم – قال : لأن يطعن في رأ س أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : Daripada Ma’qal bin Yasar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Jika jarum besi dicucuk di kepala salah seorang di kalangan kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). 

Ulasan : Hadith ini menunjukkan perumpamaan perbuatan yang boleh membinasakan diri adalah lebih baik daripada tangan seseorang lelaki menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

6) Hadith : 

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا أَبُو هِشَامٍ الْمَخْزُومِيُّ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami Abu Hisyam Al Makhzumi telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abu Shalih dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang tidak mustahil dan pasti akan dijalaninya. Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah, dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti atau ditolak oleh kemaluan." – Hadith ke-4802 riwayat Imam Muslim.

Kesimpulan : Hasil daripada  perbahasan diatas maka dapat difahami bahawa tidak boleh seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah, bahkan anggota badan mereka. Ini berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini daripada perbuatan baginda S.A.W.

Sesungguhnya syara’ menyatakan pandangan wajib ditundukkan kerana khuatir akan berlakunya fitnah. Maka tidak syak lagi bahawa bersentuhan antara anggota badan lelaki dan perempuan adalah lebih kuat kesannya kepada bangkitnya syahwat tambahan pula ia merupakan faktor yang membawa kepada fitnah berbanding dengan pandangan.

Ditambah pula dengan nilai ketaqwaan kepada Allah yang semakin berkurangan pada zaman ini, dan berkurangnya mereka yang wara`, maka menjauhkan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya adalah dituntut. Perbuatan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan adalah merupakan sebahagian daripada fitnah tersebut, dan segala jalan yang membawa kepada perkara haram perlulah disekat dan dihalang.

Bahagian Kedua : Keraguan Pada Hukum Keharusan Berjabat Tangan Dengan Perempuan Serta Jawapan

1. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata : 

لما قدم الرسول الله(ص) في المدينة جمع النساء الأنصار في البيت ثم أرسل إلينا عمر بن الخطاب , فقام على الباب فسلم فرددنا عليه السلام فقال : أنا رسول رسول الله إليكن ألا تشركن بالله شيئا, فقلنا : نعم, فمد يداه من خارج البيت فمددنا أيدينا من داخل البيت ثم قال : (اللهم اشهد). - رواه ابن خزيمة, وابن حبان, والبزار, والطبري

Maksudnya : Ketika Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, baginda menghimpunkan perempuan-perempuan Ansar di dalam sebuah rumah, kemudian baginda mengutuskan Sayyidina Umar  Al-Khattab kepada kami. Saidina Umar berdiri dihadapan pintu serta memberi salam, dan kami menjawab salamnya, dan beliau berkata : Aku ini adalah utusan dari Rasulullah kepada kamu semua, hendaklah kamu jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka kami berkata : Ya. Beliau kemudiannya menghulurkan tangannya dari luar rumah dan kami pun menghulurkan tangan kami dari dalam rumah serta berkata : Ya allah, saksikanlah. - Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Bazar, dan Imam At-Thabari.

Jawapan : Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari : Sesungguhnya menghulurkan tangan dari sebalik tabir merupakan satu  isyarat kepada berlakunya bai`ah walaupun tidak berlaku berjabat tangan. Barangkali juga,  mereka menghulur tangan ketika bai`ah tanpa menyentuh satu sama lain (berjabat tangan).

2. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata : 

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَ عَلَيْنَا) أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا (وَنَهَانَا عَنْ النِّيَاحَةِ فَقَبَضَتْ امْرَأَةٌ يَدَهَا فَقَالَتْ أَسْعَدَتْنِي فُلَانَةُ أُرِيدُ أَنْ أَجْزِيَهَا فَمَا قَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْطَلَقَتْ وَرَجَعَتْ فَبَايَعَهَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar Telah menceritakan kepada kami Abdul Warits Telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Hafshah binti Sirin dari Ummu 'Athiyyah radliallahu 'anha ia berkata; Kami berbai'at kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau pun membacakan ayat kepada kami: "Dan janganlah mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun." Kemudian beliau juga melarang kami untuk melakukan Niyahah (meratap saat tertimpa musibah). Lalu seorang wanita menggenggam tangannya dan berkata, "Sesungguhnya si Fulanah telah membahagiakanku, dan aku ingin segera membalasnya." Namun, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berkata apa pun pada wanita itu. Wanita itu pergi, kemudian kembali lagi, dan beliau pun membai'atnya. – Hadith ke-4513 riwayat Imam Bukhari.

Lafaz Hadis ( فقبضت امرأة يدها ) menunjukkan bahawa nabi berbaiah dengan mereka menggunakan tangan yakni nabi berjabat tangan dengan mereka.

Jawapan : Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqolani menyatakan di dalam kitabnya Fathul Bari - yang dimaksudkan dengan (فقبضت امرأة يده) ialah

• Pernyataan ini merupakan majaz (menggunakan maksud selain daripada maksud asal) bahawa mereka lewat menerima (قبول) baiah daripada baginda.
• atau bai`ah tersebut (berjabat tangan) berlaku dengan keadaan tangan berlapik.

3. Sesunguhnya perkataan Nabi S.A.W. yang berbunyi ( إني لا أصافح النساء ) yang bermaksud “Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan” dikhususkan dalam keadaan berbai`ah sahaja, tidak boleh diambil hukum larangan berjabat tangan tersebut secara mutlak.

Jawapan : Ulama’ Usul Fiqh menyatakan ketetapan dalam kaedah mereka iaitu “Sesuatu hukum tidak boleh diibaratkan kerana sebab yang khusus selagi lafaz tersebut umum”. Maka, hukum haram berjabat tangan adalah mutlak dalam semua keadaan berdasarkan lafaz yang digunakan umum.

4. Berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dibolehkan kerana ia dianggap sebagai dharurat disebabkan tersebarnya situasi masyarakat berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya.

Jawapan : Tersebarnya situasi berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya tidak dianggap sebagai dharurat kerana ia tidak boleh mengubah hukum yang jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah melainkan hukum tersebut pada asalnya terbina daripada situasi zaman maka ia akan berubah mengikut peredaran masa dan keperluan.

Bahagian Ketiga : Hukum Berjabat Tangan  Dengan Perempuan Tua

Pada bahagian ini, hukum berjabat tangan dengan perempuan tua menurut pandangan para ulama’ adalah seperti berikut :

• Jumhur ulamak : Mazhab Syafie, Maliki  dan selainnya mengatakan tidak harus berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah samada muda mahupun tua. Disebutkan di dalam kitab الشرح الصغير bahawa Syeikh Ad-Dardir menyatakan tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.
• Mazhab Hanafi dan Hanbali  membolehkan berjabat tangan dengan perempuan tua yang tidak bersyahwat. Tetapi sekiranya tidak aman daripada syahwat dan fitnah, ia tidak dibolehkan.

Disebutkan di dalam kitab رد المختار   bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana  kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu sekiranya aman dari syahwat. Disebutkan juga dalam kitab حاشية ابن عابدين  bahawa perempuan yang sudah tua tidak mengapa berjabat tangan dengannya dan dibolehkan menyentuh tangannya selagi aman dari syahwat.
Dalam kitab المبسوط   ada menyatakan sekiranya perempuan tua itu tidak bersyahwat, tidak mengapa bersalaman dan menyentuh tangannya. Manakala di dalam kitab مجمع الأنهار  : sekiranya aman dari fitnah, maka harus menyentuh perempuan jika perempuan tersebut tua dan tidak bersyahwat serta dibolehkan juga seorang lelaki yang tua menyentuh perempuan sekiranya  kedua-duanya aman daripada fitnah.

Kesimpulan : Berdasarkan keadaan semasa yang berlaku, pendapat yang selamat dipakai ialah pandangan kebanyakan para ulama’ iaitu haram menyentuh antara kulit lelaki dan wanita walaupun salah seorang daripada keduanya telah lanjut usia dan tidak mempunyai syahwat (keinginan). Hal ini berdasarkan kepada sandaran dalil dan perbahasan yang telah dinyatakan oleh para ulama’ dalam masalah ini. 

Friday, September 12, 2008

9 Siti yang patut dijadikan tauladan

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 


2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 


3) Siti A'ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 


4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).



5) Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.



6) Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.



7) Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.



8) Siti Muti'ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 


9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

p/s: Lepas ni sesape yang bernama Siti, jagelah perangai korang elok2 eyh, jangan wat malu kaum~ hehe..

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) maka gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun-daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” 
(H.R. Tabrani)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...