Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 31, 2009

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


Nota kaki: Harapanmu harapan ku jua



Monday, May 25, 2009

Sempurnakah Solat Kita?

Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat. (Maksud Al-Hadith)

Solat ialah sesuatu yang amat berharga, yang ALLAH s.w.t. hadiahkan terus kepada RasulNYA tanpa melalui perantara. Orang yang mengenal ALLAH s.w.t. pasti akan memilih solat dari keseronokan lainnya. Muhammad bin Sirin, seorang ahli sufi, berkata:
Jika disuruh pilih antara Syurga dan (solat) dua rakaat, aku pilih (solat) dua rakaat itu kerana di antara kedua rakaat itu terdapat redha ALLAH, sedangkan di Syurga terdapat keredhaanku .
(Kata-kata ulama) Kemuliaan orang mukmin adalah pada solatnya, dan di dalam solat terdapat
segala ibadat yang lainnya. ALLAH s.w.t. berfirman dalam Al-Quran tentang orang-orang yang berbahagia : Iaitu orang-orang yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah, 2 : 3)


Orang bersolat sekadar bersolat itu ramai, tetapi sedikit sahaja tidak lalai, sedangkan solat yang lalai itu tiada bernilai: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, yang mereka itu lalai dari

solatnya. (Surah Al-Maun, 107 : 4 - 5)

Orang yang lalai dalam solatnya, pastilah kosong amalannya kerana Nabi telah bersabda: Setengah orang dan semua yang solat, namun solat itu tidak dituliskan untuknya melainkan hanya sepertiga, seperempat, seperlima atau seperenam. (Maksud Al-Hadith)

Maksudnya, solat itu diganjari hanya sekadar apa yang direnungkannya, padahal solat yang disempurnakan tuntutan-tuntutannya itu menghapuskan dosa seperti yang Nabi SAW sabda: Sesiapa yang solat dua rakaat dengan hati menghadap kepada ALLAH, ALLAH mengampunkan dosanya seperti dihari dia dilahirkan ibunya.(Maksud Al-Hadith)

Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya, enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya.

Pertama: Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith)

Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:

(1) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.

(2) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang

sunat wudhu.
(3) mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat
memeranginya.



Kedua: Wudhu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu). (Maksud Al-Hadith)

Wudhu itu terbahagi kepada tiga :

(1) menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.

(2) menyucikan badan dari dosa.

(3) membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.



Ketiga: Berpakaian. ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31)

Kesempurnaan berpakaian itu :

(1) halal.

(2) suci dari najis.

(3) sesuai
dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.



Keempat: Menjaga waktu. Firman ALLAH s.w.t. : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103)

Tiga bahagian penjagaan waktu:

(1) dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.

(2) mendengar azan.

(3) fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka.



Kelima: Menghadap kiblat. Firman ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144)Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga:

(1) menghadap kiblat dengan muka.

(2) menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.

(3) khusyuk dengan solat yang didirikan.



Keenam: Niat. bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari

Umar r.a.)

Tiga aspek kesempurnaan niat:

(1) mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.

(2) sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.
(3) sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasa



Ketujuh : Takbir. Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith)

Tiga bahagian kesempurnaan takbir:

(1) membaca takbir dengan benar.

(2) mengangkat tangan ke paras telinga.

(3) hati terlintas niat.



Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri). Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238)

Tiga bahagian kesempurnaan berdiri:

(1) Menempatkan pandangan ke tempat ujud.

(2) memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.

(3) tidak enoleh ke kiri atau ke kanan.



Kesembilan: Membaca Al-Fatihah. Firman ALLAH s.w.t. : leh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20)

Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah:

(1) membaca dengan betul tajwid dan artil (dengan lagu).

(2) merenung maknanya.

(3) mengamalkan apa yang ibaca.



Kesepuluh: Rukuk. Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)

Kesempurnaan rukuk ada tiga hal:

1) Meletakkan tangan ke lutut dengan ari-jari direnggangkan.

(2) bertomaninah.

(3) membaca tasbih.



Kesebelas: Sujud. Firman ALLAH s.w.t. : an sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu enar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37)

Tiga bahagian kesempurnaan sujud:

(1) meletakkan tangan sama dengan kedua elinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.

(2) ertomaninah.

(3) membaca tasbih



Kedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir). Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya.

(Maksud Al-Hadith)

Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud:

(1) duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.

(2) membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.
(3) memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.



Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas :

Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 : 2)



Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :

Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baik
dari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)



Wallahu alam bishowab.



**** Risalah ini digarap dari buku Mukasyafah Al-Qulub (Penenang Jiwa)****

Oleh Imam Al-Ghazali.

Segala kesilapan adalah atas kelemahan penyunting

Sunday, May 10, 2009

Ibuku Tercinta

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau mak sudah tiada....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa" (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

p/s: Selamat Hari Ibu kepada My lovely mom, Norma Binti Ismail..
hargailah ibu anda selagi mereka still hidup di dunia ini, kerana tiada yang kedua yang dapat menggantikan ibu yang melahirkan kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...