Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 26, 2012

Aku bosan

Aha..welcome back! terlalu lama meninggalkan blog nih sampai jari jemari asyik duk menari2 di atas keyboard sambil kepala pusing2 memikirkan idea yang memang susah nak kuar bilamana aku mengadap lappy!uhuk..langsung xde idea untuk menjadi bahan coretan aku buat masa sekarang neh

By the way aku rasa memang aku tak boleh berpaling tadah dari teratak ni untuk masa terdekat ni sebab aku memang betol2 kebosanan. Sekarang aku ada kat PJ, da seminggu pon aku menumpang di rumah makcik aku nih. Aku datang sini sebab ada intebiu kat area2 sini..so aku ambik kesempatan untuk bermalas malasan di rumah orang neh!aha oke tak?

Niat dihati nak g jejalan ke Bangi tapi niat 2 selalu tertangguh. Entah la, bila pagi menjelma je mesti rasa cam malas nak kuar lagi2 baju pon belum kemas apa bagai pon belum kemas so agak malas untuk bergerak ke sana..haha baru ko tahu sape aku..malas memanjang!muahaha

Tapi aku dok kat sini pon asyik berkurung dalam bilik jek sebab pekerja makcik aku ade duk sekali dalam umah ni. Al kisahnya mereka dihalau oleh tuan rumah sewa sebab owner umah sewa 2 xnak bagi orang sewa dah umah dia so yang jadi mangsa nye ialah pekerja makcik aku la, klo makcik aku xtumpangkan dorg alamat merempat la dorang..kesian la plak kan tapi malam2 aku duk sorg2 je kat umah sebab sume orang kuar keje sebab 2 la tahap kebosanan aku terlalu melampau sehingga tetiba aku teringat kat blog neh..haha klo x memang harem nak jadi blogger balik!wakaka

keadaan bilik yang dihuni oleh pekerja2 makcik aku

Monday, November 19, 2012

UPSR

Assalamualaikum....

Hari ni result UPSR kuar kan? Jangan korang terkezut pulak! bukan aku yang ambik UPSR tahun ni tapi adik aku la..hihi..Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi dengan kecemerlangan adikku. Dia berjaya dapat 5A. Alhamdulillah..gembira tak terkata mak aku, aku tumpang gembira.

slip exam adik aku
Moga kecemerlangan sentiasa mengiringi dirimu dik!

Sunday, November 11, 2012

Rombongan ke Terengganu

Assalamualaikum...

Oooh kepenatan melanda..just arrive, come back from Ganu kiter. Haa watpe kat Ganu eh? Oke ni nak cite nie..

Harinie hari ahad bertarikh 11.11.12 (cantek tarikh!), merupakan tarikh perkahwinan pakcik aku..kawen nga orang Ganu, itu la pasal kitorang berkonvoi ke Terengganu pagi tadi. Rombongan kami agak ramai, meliputi lebih kurang 8 hingga 10 buah kereta. Ramai tuu, family je pon..memang family aku besar so memang patut r ramai kan..hihi

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi, sampai kat tempat kejadian dalam pukul 1 tengahari. Berkumpul kat umah makcik sebelum ke rumah pengantin perempuan, solat, sarapan + lunch & bersiap2 untuk ke rumah pengantin sebab majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 2 petang. Oleh kerana rombongan kami agak ramai, nak tunggu sorang2 bersiap bukannya sekejap..agak mengambil masa juga walaupun jarak antara rumah makcik dengan lokasi kenduri takde la jauh sangat.

antara rombongan kami
Lebih kurang pukul 3 petang, rombongan kami sampai..kelihatan pihak pengantin perempuan dah resah gelisah menunggu pengantin lelaki tak sampai2..haha. So majlis berjalan lancar seperti kebiasaan majlis akad nikah yang lain. Selesai akad nikah, kami berarak menuju ke rumah pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang dan juga untuk menjamu selera bagi mengisi perut2 kami yang sudah agak kosong kandungannya..ngeh3

dayang2 yang membawa dulang hantaran
Majlis pembatalan air sembahyang menyaksikan pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan..bukan 1 bentuk cincin seperti kebiasaan tapi 2 bentuk cincin pengantin perempuan dapat..hrmmm untongla kan..aku pon nak!haha

menyarung cincin perkahwinan
eh? ada lagi 1 cincin?wawawa

Selesai je majlis kami terus bertolak pulang ke Kelantan. Sampai umah tadi lebih kurang pukul 8 malam...arghh penat seh jalan jauh (Teganu je pon!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...