Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 6, 2009

JOM ISTIGHFAR

Jom istighfar...kenapa? kerana istighfar merupakan penyebab seseorang masuk Syurga. Kita digalakkan untuk selalu beristighfar kerana dengan cara ini dosa2 kita akan terampun bersesuaian dengan maksud istighfar itu sendiri.

Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis menyatakan keutamaan dari bacaan Sayyidul Istighfar. Beliau bersabda “Barang siapa yang membacanya (Sayyidul Istighfar) pada permulaan siang hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada siang itu sebelum masuk waktu petang, maka dia termasuk ahli syurga. Barangsiapa yang membacanya pada permulaan malam hari dengan penuh keyakinan dan dia meninggal pada malam itu sebelum masuk waktu subuh, maka dia termasuk ahli syurga.” (HR. Bukhari)


Abu Hurairah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu lantas bertanya, “Wahai Tuhanku, bagaimanakah aku mendapatkan semua ini ?”Allah menjawab, “Disebabkan bacaan istighfar yang dilakukan oleh anakmu untukmu.”(HR. Ahmad)

Hal ini sesuai dengan hadits Nabi SAW, yang berbunyi “Ketika seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat baginya atau anak soleh yang mendoakannya.”(HR. Muslim)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...