Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 15, 2012

My 24th birthday

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah hari ni genap umurku 24 tahun. Da tua rupanya aku neh!hehe tapi birthday kali nie agak menyedihkan sebab aku baru jer dibuang keje! erk..xde la, aku baru jer berenti dari tempat latihan industri, klu nak taw lebih lanjut sila baca entri sebelom ni okeh! malas nak cite panjang lebar kat sini.

Plan arinie takde g memana, lepak kat umah je. Esok nak g tengok2 tempat praktikal baru..survey dulu orang kata..hihi. Oh ya sebelum terlupa, aku nak ucapkan TQVM kat member aku niza & nadya coz bagi birthday gift kat aku..suka sangat hadiah tue ^_^ thanks awak!terharu je rasa bila da tua bangka pon masih dapat hadiah..korang jangan jeles okeh..hehe gurau je..

Anyway hadiah korang cantek!saya suka sangat....Jom layan pitcha gift yang aku dapat *-*

inilah isinye..sebuah album gambar ^_^





Frame gambar..cantek! suka sgt


yg ni dr Niza












yg ni dri nadya..

Wednesday, March 14, 2012

Latihan Industri Part II

Assalamualaikum W.B.T

Haaa harinie aku nak sambung sal latihan industri yang aku da pernah cerita dulu tue..ingat lagi x?klu korang baca la..klu korang xbaca confem tak ingat  punya kan kan kan?hehe

Okeh...aku, niza & nadya wat praktikal kat tempat sama. So malam 28 januari 2012 kami bertiga pergi la ke kolumpo menaiki bas..dengan barang yang penuh 1 bas (tipu jer) haha..siap bawak selimut, bantal, toto lagi..maklumla, kan kami kena duk sana selama 4bulan!

Mula2 sampai kami tumpang umah kakak niza dulu, malam tue berangkut la kami dengan barang2 yang xmuat nak bawak dengan tangan tuh ke rumah sewa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kat sini kitorang dapat kawan baru, kawan serumah..sume bujang2 lagi..kak farha, mira & ayu..diorang nie sume baik2..Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana temukan kami dengan housemate yang baik, xde yang jenis perangai cucuk2 langit tuh!hehe

*cucuk langit tuh maksudnya suka bersosial hingga ke tengah malam dan sampai awal pagi macam bohsia tue..opss..sory, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang da meninggal dunia ^_^

**********************
1 Feb 2012 bermula la kisah kami berpraktikal, masa hari first nie kitorang berkenal-kenalan la dulu dengan officemate. Dalam ramai2 tue ada la jugak yang jenis kureng ckit..normal la tue kan, kat mana2 pon ada orang macam tue.Maybe tuhan nak uji sejauh mana tahap kesabaran kita.. betol x?hehe

Kat sini kitorang keje start pukul 9 pagi sampai 5.30 petang dari isnin hingga jumaat tapi untuk minggu kedua, keempat & seterusnya kami keje sampai hari sabtu, tu pun separuh hari jer. Elaun yang dijanjikan ialah RM250 sebulan..ok la tue dari xde langsung kan..hehe

Oh ya lupa plak nak cakap yang syarikat nie merupakan sebuah syarikat consultan, disamping tu jugak dia ada bukak kedai alat tulis & kelas tuisyen. Kat sini aku ditempatkan dibahagian kedai alat tulis sebabnya kat sini tak cukup staff tuk handle so aku ditempatkan disini lah. kedai ni lebih kurang Pustaka Sri Intan kat Kota Bharu tue, macam2 alat tulis ada dijual, buku2 rujukan pon ada. Disamping tu jugak, kedai ni menyediakan khidmat photostat. So, tugas pertama yang perlu kami lakukan ialah kena tahu bagaimana nak guna mesin photostat yang besar gedabak tuh!

Disebabkan aku yang ditugaskan kat bahagian kedai buku so aku la yang kena photostat pape yang customer nak..susah taw guna mesin nie, kita kena tahu fungsi setiap butang yang terdapat kat mesin tuh!huh..jenuh aku menghafal fungsi2 butang tersebut..tapi yang xbley blahnya aku xreti nak photostat ic..haha. klu ada customer nak photostat ic aku mesti panggil pekerja lain tuk handle sampai 1 tahap aku kena tegur dengan bos!hahaha

*sekadar gambar hiasan

Tapi kan praktikal kat sini cam xdapat pape plak sebab ade ke patut budak lepasan U disuruh buat photostat!klu camtu baik aku wat praktikal kat kedai photostat dekat umah aku je kan, tak payah merantau jauh2 semata2 nak belajar photostat!hehe jahatnya mulut aku..sepatotnya aku perlu bersyukur sebab company nie sudi terima aku sebagai practical student kat organisasi diorang...kan3?

Kisah kami disini tak lama pon sebab sebulan kemudian kitorang berenti & cari organisasi lain..sebabnya..ermmm

Awal bulan Mac kami diberi elaun untuk bulan  Feb tapi yang tak bley blahnya elaun kami tak sampai RM200 pon!apa nie?cakap tak serupa bikin! kata elaun RM250 tapi bila dapat tak sampai pon RM200...walaweh ko pehal??

Lepas dapat je elaun tue kami bertiga discuss..nak kata tak puas ati?memang kami tak puas hati!kami decide nak berenti & cari company lain tapi dimana? pening memikirkan masalah yang dihadapi. Ya Allah, masa nie kami benar2 buntu. Kami sedaya upaya cari tempat baru, setiap premis area rumah sewa kami masuki untuk bertanya tentang pengambilan practical student tapi jawapannya hampa!

Seminggu lepas dapat elaun kami bertiga tidak pergi ke pejabat seperti biasa, yelah..bila dapat layanan yang tak memuaskan macam ni mood nak keje pon da takde..kami berbincang dengan penyelia fakulti & pihak fakulti menyuruh kami menghantar surat memohon maaf ke organisasi berkenaan. Dengan berat hati kami turuti jua saranan penyelia, dalam pada itu, pihak fakulti beria2 kol kami untuk mengetahui alamat baru tempat latihan untuk memudahkan penyelia industri datang membuat tinjauan.

Bayangkan masa tue kitorang belum ada tempat untuk sambung latihan industri tapi pihak fakulti berkali2 kol siap ugut lagi, klu tak hantar alamat dalam masa terdekat ni kamu dikira GAGAL! fuh ayat..nak tak  nak kami terpaksa cari tempat baru secepat mungkin & alhamdulillah sebuah syarikat percetakan nak guna budak praktikal sebab syarikat ni baru nak launch. Syarikat nie dekat je nga rumah sewa aku, elaun yang ditawarkan pon agak lumayan la jugak..RM400.

Bila da kol sana kol sini, janji itu janji ini & bla bla bla dengan syarikat nie tetiba dia buat hal la pulak! kita dah la urgent, tapi nasib masih menyebelahi kami apabila syarikat tempat salah sorang student UMK buat latihan nak tambah bilangan budak praktikal, klu bley diorang nak pakai ramai budak praktikal. So kitorang nak cuba nasib kat company nie lah, mana tahu kot2 ada rezeki disitu. Mudah-mudahan..amin ^_^ korang pon doa2kan la kami ye..kecian kitorang!uhuk

Nota kaki : Nantikan sambungannya dalam latihan industri part III..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...