Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 17, 2012

Now I’m graduated!


Salam..hi uols, ni aku nak story kat korang neh..aku da konvo!hihi hek elleh konvo pon nak kena heboh 1 negara kew?uii mesti..1negara 1malaysia!keh3

Oke la xnak melalut lagi. Entry kali ni mengenai majlis konvokesyen aku yang berlangsung pada 15 september lepas. Yeah! Sekarang aku dah bergelar graduan...tanggal 15 sep 2012 aku da selamat berkonvo..hoho.Masa 2 pepagi lagi aku da besiap nak g kat tempat konvo tapi ada yang tak best sebab terpaksa menunggu lama..punya la awal aku bangun pagi tu sebab dia kata kul 7 da kena ada kat sana..tergesa2 family aku bersiap..bila sampai sana teus g daftar, pakai jubah konvo & berbaris mengikut nombor tapi punya la lama kitorang menunggu sebelum leh masuk dewan konvo tuh! 

Masuk je dewan kena tunggu para2 vip la plak! Aduhai punya la lama tunggu diorang nie..majlis yang dirancang bermula pukul 9 pagi tapi pukul 12 tengahari masih belum start..apahal la..kesian kat para ibu bapa yang sedang menunggu sejak dari pagi..entah2 ada dikalangan ibu bapa yang belum makan..kesian kan..aku sendiri pon tak sempat makan pagi tue sebab tergesa2 nak g ketempat konvokesyen.

Hmmm tunggu punya tunggu, majlis yang dianggarkan selesai pada pukul 12 tghr tue rupanya menginjak ke pukul 2 ptg tapi masih xselesai2 lagi..aku da gelisah memikirkan mak bapak aku yang semestinya turut gelisah..da la masa 2 aku tak sempat nak bersarapan pon hatta seteguk air..macam puasa separuh hari la pulak..abah aku pulak memang xboley duk lama2 cam 2..aduii diorang ni la kan tahu nak menyusahkan kami jek, da cakap abes kul 12 tu buat la abes masa 2, ni tak..buat orang tertunggu2 berejam2..aish! panas betol aku!

Disebabkan terlalu lama menunggu, ada para jemputan yang tertido..kami para graduan pon semua kelihatan mengantuk! Tak kurang juga ada yang tidur..sabar je la..dalam pukul 12.15 tengahari baru majlis bermula dan lebih kurang pukul 2.45 petang majlis berakhir tapi disebabkan masa tu kami tak solat lagi so apa2 pon tak sempat nak buat..Abes je majlis kami terus blah, tak sempat nak bergambar, tak sempat hantar jubah, tak sempat nak jumpa kengkawan buat kali terakhir maybe sebab lepas nie tak tau bila plak bleh bersua muka sebab lepas nie masing2 da sibik dengan kerjaya masing2 tambahan pula kebanyakan dari mereka orang luar dari kelantan...huhu sedihnya..

Xsempat  bergambar pon nga kengkawan sebab kesuntukan masa..makan x lagi, solat pon x lagi..memang xpuas hati betol la nga sistem pengurusan umk neh!geram tak terkata waktu 2, rasa cam nak marah2 sume orang..xsempat jumpa geng..da la 2 je masa yang ada untuk kitorang jumpa kerna lepas ni mesti masing2 da balik kampung halaman masing2 susah la nk jumpa lagi kan..memang sedih sangat waktu 2 tapi apa nak buat..sume 2 da tertulis kot

X pe la..pape pon layan jek gambar yang xseberapa neh!


sebelum masuk dewan..sedang kemaskini jubah yang serabai
suasana dalam dewan
aku terselit diantara mereka..huhu
da selamat berkonvokesyen

Thursday, September 13, 2012

Outing wif my BFF

Assalamualaikum

Aha petang tadi seharian kot kami berlima outing bersama, da lama tak jumpa kan so dikesempatan yang ada ni kami ambik peluang untuk keluar happy together gather la konon ehek..sepatutnya kami berenam tapi memandangkan yang lagi sorang xdapat cuti awal so dia xbley la join kami untuk kali ni.

Kami sewa kereta & pusing2 around KB sambil2 nak cari umah tumpangan untuk family mereka tinggal bersempena dengan majlis konvokesyen kami yang akan menjelang tak lama lagi..mula2 kami p isi perut dulu kat RFC..selama hampir 4 tahun kami belajar kat UMK sekali pon kami xpernah nye nak g makan RFC neh, biasa makan KFC jek! aha bajet kaya la konon tapi RFC pon rege dia lebih kurang sama je nga KFC ni, lagi sedap KFC rasanya.. opppsssss!


Pas abes makan kami masuk pulak shopping (window shoping jek!) kat pasaraya mydin...hehe saje cuci2 mata sambil2 nak carik kasut untuk majlis konvo nanti tapi xde pulak yang berkenan dihati. Pastu kitorang g pulak pusing2 area situ sambil check line..erk?haha rahsia kami berlima

~kami~
 Pastu pulak kitorang g kat bakal tempat majlis konvo 2 nanti sebabnya aku masih tak kenal area situ, takut tersesat je nanti, round2 area situ, snap2 pikcer barang sekeping dua & on the way balik hostel, singgah pulak kat pasaraya Pantai Timur..masa ni khatty belanja kami eskrem kon..thanks dear!

tangan2 kami memegang eskrem masing2

Wednesday, September 12, 2012

Kek coklat basah


Assalamualaikum...hai awak2..hehe hari nie besday adik aku yang darjah 6, da janji dengan dia nak wat kek coklat tapi semalam penat + malas so tak terbuat la kek untuk dia.. hari nie nak tak nak terpaksa buat jugak, nanti muncung tak habis la budak tue..da la tengah tension nga UPSR...huhu tak pe lah, buat sekadar termampu sudaa

Niat di hati nak buat kek coklat basah tapi bila nak sedia bahan2 rupanya banyak benda yang tak cukup! Alamak camne? Bahan yang ada cuma serbuk coklat tak sampai 1 cawan, tepung gandum, susu pekat tak sampai pon ½ cawan, minyak pon kurang, gula, telur, soda bikarbonat & baking powder. Antara bahan yang xde ialah susu cair..haish macam mane nak buat nie? bahan da la tak cukup, yang ada pon tak kena nga sukatan...ahh lantak la, mood nak buat kek tengah berkobar2 nie..hantam saja la..haha

So aku buat la jugak guna kreativiti sendiri

Antara bahan2nya:
·         ¾ cawan serbuk coklat (resepi asal 1 cawan, nak guna serbuk koko pon xde masalah)
·         ¾ cawan gula (resepi asal 1 cawan)
·         +- ½ cawan susu pekat + sedikit air panas (resepi asal 1 cawan susu cair + ½ cawan susu pekat tanpa tambah air panas)
·         ¾ cawan minyak  masak (resepi asal 1 cawan)
·         2 cawan tepung gandum* (resepi asal 1 ¾ cawan)
·         1 sudu teh soda bikarbonat*
·         1 sudu teh baking powder*
·         3 biji telur (pukul hingga kembang tapi aku pukul tak sempat kembang pon sebab nak kejar masa..huhu)

Bahan yang bertanda * hendaklah diayak bersama

CARA2
1) Masukkan serbuk coklat, gula, susu & minyak masak-kacau hingga sebati dan gula hancur
2) kemudian masukkan bahan2 yang telah diayak sedikit demi sedikit-kacau lagi
3) masukkan telur-kacau lagi hingga betul2 sebati
4) kukus selama 30-45 minit @ sehingga masak

Aku kacau benda nie tak lama pon..lenguh tangan dow, main campak2 je sume bahan pastu kukus tapi yang pelik nya tak sampai 30 minit pon kek da masak! Aku pon konpius..maybe sebab dia tak basah kot..hehe nie la hasilnya..

Alhamdulillah..menjadi jugak akhirnya ^_^


Tuesday, September 4, 2012

Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

# Aha lagu Alyah nie cam berkait la pulak nga hidup aku 0_0
   Tambah2 part ni..Kau telah jauh, jauh dariku Tiada ruang di hati buatmu..
   Papepon Yang patah tumbuh Yang hilang berganti!hehe

Note: Si dia yg da lama menyepi 
          tetiba muncul kembali
          tapi sory...
          I da ada pengganti!

Saturday, September 1, 2012

MUSLIMAH KER?


Assalamualaikum W.B.T


Muslimah...apa yang dimaksudkan dengan muslimah? Adakah seorang perempuan yang lengkap berpakaian beserta tudung tak kira menutup aurat @ tak, layak dipanggil muslimah? Kalau itu tanggapan anda, anda salah..anda silap!


Sekarang ni ramai orang yang berbicara tentang muslimah. Itu memang trend kot sebab kat pasar2 sekarang ni memang banyak dijual pakaian muslimah tapi adakah pakaian tersebut mengikut syariat yang ditetapkan syarak? tidak sama sekali kan..kalau kita lihat bentuk pakaian muslimah seperti tshirt..nama je tshirt muslimah tapi dia punya cutting langsung tak menunjukkan ciri2 ke arah itu.. tapi tak semua macam tue kan


Seringkali kita dengar si perempuan bertudung dipanggil muslimah tapi bagi saya ia tidak layak dilabel begitu hanya kerana ia menutup rambut yang mana rambut merupakan anggota yang wajib ditutup. Bagaimana pula dengan dada? adakah dada tidak perlu ditutup? ramai wanita zaman sekarang memakai tudung tapi kenapa dada masih terdedah? wanita sebeginikah yang dipanggil muslimah?


Oh nampaknya anda terkeliru..mari saya terangkan ciri2 wanita yang layak dipanggil muslimah supaya anda tidak tertipu oleh perhiasan dunia yang satu ini. Seorang muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Ketahuilah seorang yang bergelar muslimah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Kalau setakat pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai baju pon ketat tak payah berangan nak jadi muslimah la wei. Kat fb, boleh dikatakan setiap perempuan buat status pasal muslimah solehah, muslimah sejati, share pautan yang berkaitan perempuan solehah pastu cakap "moga2 aku tergolong dalam golongan ini", sorry to say la..anda takkan tergolong dalam golongan tersebut kalau anda masih ditakuk lama, tak ada usaha untuk berubah kearah kebaikan. Memang kata2 itu doa tapi kalau tak berusaha untuk berubah ianya takkan terhasil dengan sendirinya kan.

Kadang2 saya sedih bila tengok wanita islam tapi berpakaian macam orang bukan islam. Mengaku diri tu islam tapi tak pernah nak amalkan cara hidup islam. So islam ke macam tu? kalau ikut pandangan manusia memang la islam sebab keturunan semua islam tapi pandangan tuhan macamana? anda perlu ingat, apa2 pon pandangan tuhan lebih utama.

Bila kita tutup aurat, kita akan dapat pahala tau..tak nak ke pahala free nie? bukan susah nak dapat pon, just tutup aurat da dapat pahala. Tengokla betapa senangnya kita nak kumpul pahala kan? Tak rugi pon kalau kita berpakaian menutup aurat, bak kata pepatah "aurat dijaga maruah terpelihara" lagipun yang tertutup itu kan indah ^_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...