Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 24, 2011

Puasa Syawal "Top-up" Ibadah Ramadan

Menumbuhkan kekuatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwat


Setelah berpuasa selama sebulan pada Ramadan dan merayakan Aidilfitri, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu. Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan. Pada hari raya pertama dilarang berpuasa.



Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.”

(Riwayat Muslim)


Nabi SAW yang bermaksud: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”

(Riwayat ad-Darimi)


Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu.


Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.


Sebagai contoh kita hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat dan tertinggal sembahyang Subuh atau tidak berpuasa Ramadan tetapi menunaikan puasa sunat Syawal. Selain itu, banyak melakukan sedekah dan ibadah sunat tetapi tidak bersilaturahim sesama manusia kerana bersilaturahim itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dulu.


Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara. Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.”
(Riwayat Al Bukhari)


Ibadah puasa mengandung beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya.


Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu.


Dengan berpuasa termasuk puasa sunat dapat merawat pelbagai penyakit rohani seperti mengingati Allah SWT, mengerjakan solat, bertaubat, takut kepada Allah SWT, mujahadah, musahabah diri, sabar, qanaah, warak, zuhud, tawaduk, istiqamah, takwa dan menjauhkan makanan dan minuman haram.

Wednesday, September 21, 2011

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” 




Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”



Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”



Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”



(keseluruhan maksud hadis ini dipetik dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Saturday, September 3, 2011

Sarawak again

Assalamualaikum W.B.T

Wawawa nie kali kedua aku g sarawak dalam tempoh masa yang tak sampai sebulan. Fuh..da rezeki xkan la aku nak tolak kan..hik2. Bayaran semua ditanggung beres!hehe tue yang syok bebenor tuh!

Kali ni aku g sarawak dalam tempoh masa yang agak lama (13jun2011-25ogos2011), lebih kurang 2 bulan kot duk sana. Puasa pon kat sana..hoho~ tapi puasa kat sarawak xsama dengan semenanjung taw, pertama sekali mestila tentang masa..kat sana kul 4 pagi lebih da kena bangun sahur..almaklum la, subuhnya awal bangat..hehe. Sahur awal berbuka pun awal la kan..kul 6 ptg lebih2 da bley berbuka. Klu kat semenanjung kul 6 tue masih terang tapi lain halnya kat sarawak nie..memang macam da malam la. Lagi 1 kuih muih kat sini tak sesedap kat semenanjung la.. susah nak cari makanan halal..

Untuk kedatangan kali kedua nie sempat la aku g jejalan sekitar bandar Kuching, sempat la bergambar kenang-kenangan. G jejalan nga kak ija & nisa..sambil2 beli buah tangan tuk family & kengkawan.Pastu berkesempatan g Kampung Budaya Sarawak & berkelah kat Gunung Santubong.

nie la Gunung Santubong..mcm muka org jew bentuk dia kan..
G Kampung Budaya ikut rombongan sekolah kawan makcik aku so bayaran pon murah la sikit klu berbanding g sdirik!hehe..kat sini ada bermacam2 jenis umah..semua aku g and naik tengok keadaan dia camne. Ada yang xde dinding, macam bangsal..ada yang tangga dia tinggi sangat sampai semput aku dibuatnya..huhu

salah satu rumah yang terdapat di Kampung Budaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...