Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 29, 2016

Tips Bisnes

Tips ni hanya sesuai untuk kawan-kawan yang newbie, yang baru nak cuba online bisnes. Saya nak share sikit basic tips yang saya belajar untuk dikenali di fb atau PERSONAL BRANDING.

Rasanya ramai jugak dalam friendslist saya ni jual produk online tapi tak nampak macam menjual pun. Orang tak perasan dia jual apa.

Sebab apa?

Sebab tak amalkan 3 benda yang paling basic ni.

1. Guna nama penuh
- Nama penuh sendiri lagi cantik dan nampak profesional. Tak perlu lah letak nama glemer atau nama manja anda tu. Kalau nak letak nama produk, boleh letak di bahagian bio.

2. Profile photo
- Guna gambar muka sendiri, bukan gambar binatang/tumbuhan/kenderaan atau gambar pergi picnic dengan family. Letak gambar ala ala photoshoot sikit pun boleh dah. Kalau jual produk pakaian seperti tudung/jubah boleh pakai untuk tujuan 'display' produk anda. Gambar produk juga boleh letak di bahagian bio.

3. Pastikan FB setting PUBLIC
- Macam mana nak berkembang bisnes kalau post kita semua 'friends only' je 😉

Harap kawan-kawan yang newbie boleh buat 3 tips ni dulu untuk lebih dikenali di FB.

Sila share jika bermanfaat 😊

Apa itu COD?

Ramai yang salah faham dan buat2 faham.

COD bermaksud " Cash On Delivery". Maknanya PENJUAL akan berjumpa dengan PEMBELI dan barang akan diberi kan secara by hand. Tapi konsep COD disini bermaksud " SELF PICKUP".

PENJUAL yang akan tentukan lokasi dan masa untuk jumpa. Bukan PEMBELI.

Kalau PEMBELI yang tentukan tempat contohnya mintak PENJUAL datang ke rumah. PENJUAL ada hak untuk mintak charge kos transport pada PEMBELI.

Sebab apa? Sebab korang nak pergi beli ikan kat pasar pun, korang pergi pasar. Bukan pasar pergi kat korang.

Selalu dah dengar cerita customer mintak hantar barang sampai ke rumah, tapi bila dah hantarkan siap mintak discount lagi. Minyak kereta tu bukan murah. Tenaga lagi.

Kesian dengan PENJUAL

Take noted wahai customer.

#copypaste

Tuesday, June 28, 2016

Tips untuk peniaga

Sedih lah. Harini tiada sale langsung. Ramai je yg pm. Wasap pun ada jugak. Tp seorang pun tak berjaya 'bank in'

Tak tahu mana silap saya. Saya dah buat yg terbaik. Dah promote, dah iklan, dah share, dah buat apa saja tp nasib tidak menyebelahi saya. Saya buntu

...........

Sebenarnya, jgn kata awak je. Saya pun pernah alami benda yg sama. Pernah juga suatu ketika tiada sale langsung dari pg sampai ke malam. Gelisah semacam. Hati nk marah je bila tak da sale masuk.

Setiap peniaga baru atau lama pasti ada rasa begini. Ini lah pengalaman ini lah cabaran. Sampai dah buntu apa lagi harus dibuat.

Di sini saya cuba bantu. Betulkan niat anda semula. Tips ini saya dapat dari perkongsian sahabat saya Eida Hidayati Hassanan. Katanya :

> SEBELUM MENJUAL <
Niat : sebelum pos iklan kita niat dalam diri kita dengan niat 'Ya Allah, permudahkan urusan niaga aku.. semoga org yg pandang iklan ni membelinya dan produk ini dapat memberi manfaat buat pembeli'
'Ya Allah, aku perlukan duit utk perbelanjaan harianku. Permudahkan rezeki ku Ya Allah'.

Nampak? Sebenarnya banyak ja tips. Niat tu biar yg baik-baik dan seikhlas boleh. Merayu lah. Merintih lah. Tp jgn lah begitu mengharap. Berniaga ni memg 100% kebergantungan kepada Pencipta. Kita bukan bekerja mcm org lain yg hujung bulan tengah bulan dapat gaji.

Bersabar lah. Mungkin Allah nk kita rehat sekejap. Mungkin Allah nk kita lihat mana salah kita. Adakah kita terlalu fokus berniaga sehingga lupakan Dia? Adakah kita terlalu fokus sehinggakan terlupa tanggungjawab kita? Bersangka baik ok.

Sebab tu adanya muhasabah diri. Banyakkan berdoa, minta banyak2 pada Dia. Allah kan Maha Kaya.

Dah jgn sedih-sedih. Semoga esok Allah Swt deraskan lagi rezeki dan nikmatNya buat kepada kita semua.

Amin Allahumma Amin =)
.
Sharelah semoga ia menjadi pembakar semangat dan dapat muhasabah diri kita..

COPY & PASTE

Thursday, June 23, 2016

Tips2 cuci rumah sempena nk raya !

1. Nk kilatkan lantai rumah sekilat2nya!
Pencuci lantai mix dgn cuka n air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa...

2. Nak bg habuk x senang lekat kt perabot??
Lap perabot2 pakai softer pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softer dgn 10 cawan air...air putihh yer...bkn air sirappp....agagagaga!

3. Nk bg umah bau harumm melekat2...mix softener dgn cuka then sprayy laa umah u olss mcm pewangi jenama2 terkenal tu...p spray kt langsir2...n sofa2 jenis fabrik...bau wangi akan tahan lamaaaaaaa...

Okayyyy jom buattt sekaranggg....!!

Jom save dan share supayaa nnt kita leh buattt...

=================================
Kopipes dari FB Kelab Deko deko

Jom cuci sinki sebelum raya!

Tuang 1 cawan cuka ke dalam sinki dan biarkan selama 30 minit.
.
Kemudian tuang air panas.
.
Ya, cuka adalah pembersih, mengandungi asid asetik yang bertindak sebagai pelarut organik yang sangat baik bagi menghapuskan pengumpulan sisa makanan yang tersumbat.
.
Jika anda tidak suka bau cuka, anda boleh tuang ais kiub dan satu hirisan lemon.

Confim, sinki  dan dapur anda akan bau wangi! 😊
Kredit : Mingguan Wanita

3 Tips dapatkan sales setiap hari.

Bismillah...

1. Kerapkan iklan di waktu2 puncak fb
    🌸Tips Promosi Online🌸

Waktu Post Status Paling Sesuai:-

✅Waktu Pagi : 6.15am - 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

✅Masuk Keja : 8.00am - 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

✅Lunch Hour : 12.30pm - 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

✅Selepas Lunch : 2.30pm - 3.00pm (layan jap sebelum sambung kerja)

✅Sebelum Balik : 5.30pm - 6.15pm (tunggu nak checkout)

✅Lepas Isyak : 9.00pm - 12am, kadang2 terlajak 1am - 2am.

❗WAKTU PALING HOT❗
🕙10 pagi
🕛12 tengah hari
🕒3 petang
🕔5 petang
🕘9 malam
🕙10 malam

Tips dari PAKAR MARKETING ONLINE❗❗❗

2. Follow up semua customer yg belum buat payment.

3. Broadcast semua customer lama utk beritahu tentang produk baru atau sales. Database sgt penting utk simpan.

Setiap ari buat benda sama. Iklan, follow up, boost database.

Ya utk bermula sebaiknya sediakan 1 excel utk masukkan database customer yang sangat berguna utk kemudian hari. Patuhi setiap jam masa iklan di atas

Selamat Mencuba.

C/Paste dr insan yg sentiasa murah rezeki...☺️

Wednesday, June 22, 2016

Cara mudah check tracking number

Copy paste info

Kalau nak check no tracking custmer boleh terus direct check thru telegram . mudah n cepat . xperlu nak buka website poslaju dah . g kat telegram taip kat search🔍  @pandaibot . nanti kat situ korang semua boleh check status poslaju , waktu solat , search gambar n sebagainya . mybe dah ada yg share sebelum ni . tapi nak share jugalah kot kot ada sahabat yang belum tahu ☺ Moga bermanfaat .

Monday, June 20, 2016

Disiplin dalam bisnes

just nak share
mcm ne nak displin duit dlm berniaga
mcm ne dian leh capai 10k saving wlpn bisnes kecik2 time umur 19tahun
mcm ne dian leh saving hampir setgh juta umur 22tahun

tkde niat nak riak.. ramai suka pm dian benda ni
penat nk jwb inbox 1-1 hehehe

>> letak 1 target dan tanam kan sifat sayang duit dan suka tgk duit <<

contoh

1 batch modal dian 1000 .untung bersih 600

1hb ambek stok 1000.. 7hb habis terjual semua rm600 untung bersih masuk bank niaga

total dlm acc bank ada 1600

jadi .. 600
bawak keluar duit tu asing kan..

baki ada 1000 lagi dalam bank
8hb restok. duit modal yg 1000 tu pusing balik

contoh 1 bulan repeat 4kali
so untung 600 x 4kali
= untung bersih rm2400

MODAL
jgn sesekali guna wlpn terdesak sgt
1 kali guna duit modal..akan buat bisnes stuck
ramai suka guna duit modal beli pampers anak la..beli itu la beli ini la

org kata << awk kaya boleh la.. kami org susah .
NO ! DIAN MULA DENGAN SGT SUSAH ..
mmang dari jual bedak pixy
dian sgt displin duit modal

masa umur 18tahun smpai skang modal utk restok ratusan ribu.. kena displin
---------------------------

dengan untung ni lak dian buat system gaji....

untung sebulan rm2400 ..
jd gaji anggaran 1k untuk diri sdiri
1400 saving

aku suka saving ..
suka sgt , jadi selalo nya saving lbeh byk dari gaji
tp depend kpd korang gk..
kalau agak boros..
ambek la gaji byk skit..
saving kurang skit

MODAL ! jgn usik kecuali

tbe2 sale mingkat permintaan byk jd...
jd ambek duit saving utk tmbh modal

dari rm1000 mungkin kpd rm1500

..wlpn sale dian 1 bulan 6angka
tp gaji dian 1 bulan beberapa je
yg tu la shoping
yg tu byr duit kereta
tak termasuk duit mak abah
mak abah lain

masa aku beli iphone..
dua bulan gaji bru beli..
masa tu gaji dian 3k ..
sale bulanan 5angka
selebihnya saving

kalau tbe2 mak ckap .. naaa nak beli ni ni laa.
pakai duit gaji..bukan duit saving or modal
selagi mampu guna duit gaji..

salah 1 kejayaan saving , kereta ,tanah , depo rumah
malas tulis lbeh2

akummang suka saving
tp displin kena tggi
aku pon kdg terbebas
tp de gk org fikir

" alaaa bisnes sendri tk kan hidup pon bercatu ? "

bg aku bukan catu tp ada target..
aku target nk saving 1juta sblom 1dis 2014
so aku displin kan diri utk capai
kdg2 aku reward diri aku

contoh holiday, perfume,shoping mekap
bukan tiap2 hari shoping,tiap2 hari holiday
nak shoping hari2 blh..
tp limit 5k..sbb gaji aku byk tu jee
dulu laa taun 2014 hehehe

kena pndai uruskan duit
tak hairan ramai dah bisnes 3-4tahun
tapi takde saving
sbb pengurusan duit gagal

good nite ! jgn tak bangun soq naa
gmbr takde kena mengena 😋😋

#hisap2teruscantik
#c&p

Wednesday, June 15, 2016

2 TEKNIK PEMASARAN MUDAH!

#1 TEKNIK PEMASARAN HASHTAG (#)

Jom Baca Macam Mana Fungsi # Dapat Bantu Pelanggan Atau Bakal Pelanggan Mencari Info Produk Kita Dengan Lebih Mudah

Gunakan Fungsi Hashtag # Yang Bersesuaian Dengan Produk Anda Agar Mudah Pelanggan² Untuk Mencari Produk Kita Pada Masa Akan Datang. Contohnya #SihatCantikBahagia

Pastikan Nama Hashtag Itu Tidak Terlalu Panjang Atau Terlalu Singkat. Gunakan 5 Hingga 10 Hashtag Bagi Setiap Kali Post

Contohnya (Cuba Klik)
#hatikutergoda
#beautyjameela
#JamuSengatAsmara
#BotoxCompactPoweder
#SabunCollagen
#SerunHarumMawar
#BidadariGoldFoundation

Setiap Kali Pengguna FB Klik Disitu Atau Menaip Di Search, FB Akan Secara Automatik Senaraikan Post² Kita Yg Sebelum Ni.

***

#2 TEKNIK PEMASARAN TAGGING (Mentioning Name)

Cuba Gunakan Fungsi Tagging ‘@tagnama’ Setiap Kali Kita Post Soalan, Peraduan Atau Berinteraksi Dengan Pelanggan Kita. Minta Pelanggan Dan Bakal Pelanggan Kita Tag Nama Rakan² Mereka Untuk Melawat Ke Akaun Kita. Secara Tak Langsung La Dapat Meningkatkan Pelawat Dan Follower Kita.

Setiap Kali Post Atau Komen Tagkan Pelanggan Kita Supaya Lebih Ramai Audience Yg Terima Notifikasi Dgn Komen Itu.

Hati² Jika Tag Pada Kwn² FB Semasa Post Di FB Kerana Ada Yg Tak Suka Cara Tu. Sebaliknya Tag Mereka Untuk Memberi Respon Pada Komen Atau Pertanyaan Mereka.

Taipkan Dulu @ Dan Diikuti Nama Akaun FB -Contohnya @Fadly

Contoh Lain
Niki Firdaus Founder BeautyJameela
Salwani Saul Hamid
Nina Idrina Ab Rashid
Maizathul Sazila Binti Othman
Nor Laile
Mohd Nordin
Syam Hassan
BeautyJameela HQ

***
Komen NAK Untuk Nak Lagi Teknik Yang Mudah

***
JOM SHARE KAT KAWAN² AGAR DAPAT MANFAAT BERSAMA

Sharing Is Caring

Tuesday, June 14, 2016

Apa itu Qailulah?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

*Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?*
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

#cp

Sunday, June 12, 2016

Tip membeli kenderaan

Tip membeli kenderaan untuk guru muda @ anak-anak yang baru mula bekerja:

Gaji basic x 12 = harga kereta yg mampu kita milik.

Rm3300 x 12 = RM39600 = Axia SE sahaja

Ataupon guna formula berikut:

15% × Gaji basic = 15% x Rm3300 = Rm495 ( installment kereta bulanan ) = Myvi standard.

Ibarat, Jika kita bergaji RM5000 sebulan, bayaran bulanan kereta yang ideal adalah RM750.

*ini hanyalah pandangan dari perunding kewangan sahaja. Kenderaan apa yang hendak dimiliki adalah kehendak dan pilihan masing-masing. Nasihat ini diberikan kepada guru muda supaya tidak mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, dan memudahkan urusan pembelian rumah & sebagainya pada masa akan datang.

#cp

Saturday, June 11, 2016

Tips online shopping

1. Tolong baca butiran brg dengan teliti dan jelas. Jangan malas ye adik kakak abg semua.Penat seller tu taip panjang lebar.

2. Jelas dan pasti hendak beli, terus whatsapp atau pm inbox seller. Nyatakan butiran pesanan. Jika ada sebarang kemusykilan, tanya waktu ini sebelum sahkan pesanan.

3. Dapatkan maklumat pembayaran. Bayar mengikut kaedah yang bersesuaian seperti online banking, cash deposit, atm transfer.( atm transfer nanti sy akan buka 1 topik asing). Untuk byrn secara online banking,sebelum buat byrn sila pastikan guideline dari pihak seller di penuhi.

4. Dah bayar. Sila kemukakan bukti bayaran beserta maklumat diri seperti yg di minta.

5. Tunggu seller sahkan bukti byrn. Selepas itu, dapatkan no.tracking dan sila tunggu dengan penuh sabar parcel anda sampai ke destinasinya. :)

Done.

#cp

Pembatal Sihir Percintaan & Perkahwinan

Oleh Ustaz Dato' Shamsuri Shafie:
Sebarkan...

Pembatal Sihir Percintaan & Perkahwinan & Ruqyah Percepat JODOH :

1) Al-Fatihah  ( 1 kali )
2)Ayatul Kursi  ( 1 kali )
3)Surah Al-Baqarah ayat 1-5  ( 1 kali )
4)Surah Al-Baqarah ayat 102 ( 1 kali )
5)Surah Al-A'raf ayat 200-201 ( 1 kali )
6)Surah Al-Ikhlas  ( 1 kali )
7)Surah Al-Falaq  ( 1 kali )
8)Surah An-Nas  ( 1 kali )
9)Selawat 5 kali

Bacakan semua ayat diatas dan tiupkan kat dalam air dan minum serta basahi air penawar itu di kepala dan muka..In shaa Allah dengan izin Allah s.w.t ada perubahan...Amalkan

Sebagai bukti bahawa SIHIR boleh berlaku terhadap para nabi.Ibnu Qutaibah berpendapat bahawa penghapusan bererti membatalkan halangan-halangan Syaitan....

In shaa Allah diri anda akan terselamat dan membatalkan halangan-halangan syaitan untuk membinasakan manusia...

#Cp

Friday, June 10, 2016

Tips Bisnes: Fokus Satu Akaun

PENTING!

Jangan buat dua tiga akaun facebook. Buat je satu akaun facebook. Hanya SATU akaun facebook sahaja walaupun hampa suka berniaga. Sahabat fb sis memang suka berniaga pun kan kan 🙈

Dan apa yang sis perhatikan, ramai di antara peniaga online suka membuka lebih dari satu akaun dan buat nama fb seperti Kedai Kek Batik, Cik Siti Jual Jam, Putih Gebu Debomm dan sebagainya. Takmo buat lagu ni yee. Orang baru je tengok nama fb pelik2, orang tak akan approve tauu. Belum stalk lagi siapa orang nya. Hehe.

Berbalik kepada Personal Branding. Fahamkan semula. 😚

Nota kaki: Kalau da buat dua akaun fb, just fokus pada satu fb sahaja.

COPY & PASTE

Tuesday, June 7, 2016

HUKUM PENGGUNAAN SEMBURAN INHALER OLEH ORG ASMA, ADAKAH MEMBATALKAN PUASA??

463) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
[Ustaz Azhar Idrus @ UAI]

✅#Jika_dihisap_dengan_kuat boleh membatalkan puasa, sebab masuk air ubat💦 ke dalam kerongkong.

✅Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi @ Maahad Darul Faizin]

✅#Dikalangan_Ulama_semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat:

🔆1. MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama' antaranya Sheikh 'Athiyah Shaqr (Ulama Al-Azhar), Sheikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Ahmad al-Kurdi (Lujnah Fatwa Kuwait) dan beberapa ulama yang lain berpandangan semburan💨 itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan inhaler batal puasanya tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran dan wajib ia mengqadho puasanya pada hari yang lain.

- Jika penyakitnya berpanjangan iaitu sentiasa bergantung dengan penggunaan inhaler itu, maka tidak dituntut lagi berpuasa dan hendaklah menggantinya dengan membayar fidyah kepada orang miskin.

🔆2. TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan, penggunaan inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sekadar dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum tetapi semata-mata untuk membuka rongga pernafasannya. Oleh demikan, semburan inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan dan minum🍸, bahkan terkait dengan nyawa seseorang, maka tidaklah membatalkan puasa.

- Antara ulama yang berpandangan ini ialah Sheikh Dr Yusuf alQaradawi, Sheikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin dan beberapa yang lain. Selain itu, dalam perbincangan feqah berkenaan hal-hal pengubatan💊 dan rawatan kali ke9 juga memutuskan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.
وَاللَّهُ أَعلَم....

🌀C&p..
🌀Silakan Share..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...