Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 7, 2016

HUKUM PENGGUNAAN SEMBURAN INHALER OLEH ORG ASMA, ADAKAH MEMBATALKAN PUASA??

463) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
[Ustaz Azhar Idrus @ UAI]

✅#Jika_dihisap_dengan_kuat boleh membatalkan puasa, sebab masuk air ubat💦 ke dalam kerongkong.

✅Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
وَاللَّهُ أَعلَم....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi @ Maahad Darul Faizin]

✅#Dikalangan_Ulama_semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat:

🔆1. MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama' antaranya Sheikh 'Athiyah Shaqr (Ulama Al-Azhar), Sheikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Ahmad al-Kurdi (Lujnah Fatwa Kuwait) dan beberapa ulama yang lain berpandangan semburan💨 itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan inhaler batal puasanya tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran dan wajib ia mengqadho puasanya pada hari yang lain.

- Jika penyakitnya berpanjangan iaitu sentiasa bergantung dengan penggunaan inhaler itu, maka tidak dituntut lagi berpuasa dan hendaklah menggantinya dengan membayar fidyah kepada orang miskin.

🔆2. TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
- Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan, penggunaan inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sekadar dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum tetapi semata-mata untuk membuka rongga pernafasannya. Oleh demikan, semburan inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan dan minum🍸, bahkan terkait dengan nyawa seseorang, maka tidaklah membatalkan puasa.

- Antara ulama yang berpandangan ini ialah Sheikh Dr Yusuf alQaradawi, Sheikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin dan beberapa yang lain. Selain itu, dalam perbincangan feqah berkenaan hal-hal pengubatan💊 dan rawatan kali ke9 juga memutuskan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.
وَاللَّهُ أَعلَم....

🌀C&p..
🌀Silakan Share..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...