Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 29, 2016

Tips Bisnes

Tips ni hanya sesuai untuk kawan-kawan yang newbie, yang baru nak cuba online bisnes. Saya nak share sikit basic tips yang saya belajar untuk dikenali di fb atau PERSONAL BRANDING.

Rasanya ramai jugak dalam friendslist saya ni jual produk online tapi tak nampak macam menjual pun. Orang tak perasan dia jual apa.

Sebab apa?

Sebab tak amalkan 3 benda yang paling basic ni.

1. Guna nama penuh
- Nama penuh sendiri lagi cantik dan nampak profesional. Tak perlu lah letak nama glemer atau nama manja anda tu. Kalau nak letak nama produk, boleh letak di bahagian bio.

2. Profile photo
- Guna gambar muka sendiri, bukan gambar binatang/tumbuhan/kenderaan atau gambar pergi picnic dengan family. Letak gambar ala ala photoshoot sikit pun boleh dah. Kalau jual produk pakaian seperti tudung/jubah boleh pakai untuk tujuan 'display' produk anda. Gambar produk juga boleh letak di bahagian bio.

3. Pastikan FB setting PUBLIC
- Macam mana nak berkembang bisnes kalau post kita semua 'friends only' je 😉

Harap kawan-kawan yang newbie boleh buat 3 tips ni dulu untuk lebih dikenali di FB.

Sila share jika bermanfaat 😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...