Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 25, 2016

Fahami bahasa perniagaan online

Bahasa Kasar Sikit Supaya Mudah Hadam....Kepada kwn2 pniaga or pembeli online. Ni nk bgtau lg skali bg paham. Apa yg susah sgt nk hadam. Ni antara term yg biasa diguna pakai.

1. C.O.D (Cash on delivery) - peniaga hantar sndiri pada pembeli di tempat pembeli dan pembeli bayar masa dpt barang. Bukannya penjual tetapkn tempat. McD buat delivery x ada pun suh customer datang jmpa mana2. Ni x, ckp cod tp buyer plak kehulu kehilir cari n tgu seller. Abah kau bjambul.

2. SELF-COLLECT - pembeli datang menghadap penjual, bayar dan ambl barang sdiri. Ikut saje mana2 tempat penjual tetapkan kalau penjual tak ada kedai tetap. Pembeli pula dah datang jumpa seller jgn nk wat muka taik minta kurangkn harga. Sblm jmpa seller deal kaw2 harga yang diinginkan. Kalau betul² nak barang tu, beli. Support seller biar terus kaya. da kaya nt dia bg la harga murah JILAKER. Seller pun 1 hal, kalau buyer dah sanggup datang maknanya dia serius. Kalo nk buat amal, bagi la less sikit kat buyer walau sekali pun dia tak meminta. Untung2 dia bawak rezeki kat kau hari2 ke depan.

3. POS - peniaga akan hantar barang melalui pos dan pembeli perlu ikut cara pembayaran yang telah di tetapkn oleh penjual. Pembeli jangan nak buat syarat bayar separuh dapat barang baru bayar balance. Lagi 1, pembeli jangan nk acah2 kau je nk jimat. Duit pos buyer la tanggung melainkn seller kata dia tanggung. Kau ingat duit minyak seller pergi pejabat pos@courier tu duit jatuh dari langit ke ape?

4. PM, WS, CL, SMS - siapa tak faham istilah ni memang bangang abadi + sewel. Kalau seller dah kata WS sahaja dilayan, kau WS je la. Jgn acah2 bodoh tak faham bahasa. Yang tak reti akan terus komen 'PM'. Konon banyak duit. Bila seller dah pm senyap plak. Paling tak pun reply la ok ke tak mampu ke. Jangan biar tergantung.

5. NETT @ NEGO - Nett maksudnya harga tetap. Nego@negotiate maksudnya boleh runding. Kalau seller dah kata harga nett. Jangan la jadi macam ayam minta padi. Duk minta2 kurang lagi. Seller pun ada sales target la ubi. Kalau seller plak kau dah letak harga lepas tu tulis nego, biar la padan degan benda nk nego. Ni tak. Letak barang 400 nego 399. Makcik kau berjanggut. Baik tak payah letak nego.

Jadi, besarlah harapan aku agar smua orang faham term2 yg biasa di gunakn. Jangan jadi buta kayu. Aku nak terangkn pun dah kira bagus. Majulah bisnes anak bangsa. Seller untung, buyer ada senyum. Sama2 naek!

Copypaste....

Sunday, July 17, 2016

Tips murah rezeki

Tips murah rezeki
-solat di awal waktu
-jangan tinggal solat tahajjud
-jangan tinggal solat dhuha
-baca surah al-waqiah setiap hari
-baca quran sekurang-kurangnya 1 juzuk 1 hari

Cuba lakukan secara istiqamah,in shaa allah and akan dapat merasai nikmatnya

Tuesday, July 5, 2016

Selamat hari raya!

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
.....人
.. ( ◎ )_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║

Selamat hari raya aidilfitri dari saya & keluarga buat semua rakan..maaf zahir & batin

Sunday, July 3, 2016

Tips balik raya

Pesanan untuk mereka yang pulang ke kampung... buat persiapan awal... dulu-dulu, balik siap bawak besi buaian😂😂. *Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 16 panduan berikut* :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kekadang takda aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, siyang ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan gajet, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok telefon. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' or sirap f&n pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!😂😂😂

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

16. Jika ade terbawak balik tupperware dari kampung, pulangkanlah jangan buat ghete senndri😛.    

*Sila tambah lagi kalau rasa ada yang tertinggal !!!*

Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum...

#copypaste

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...