Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

TIP MENJAWAB SOALAN

Assalamualaikum...haa sempena musim exam nie saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua sahabat2 samaada yang berada disamping saya mahupun sahabat maya saya. Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Disini saya ada beberapa tip untuk dikongsi bersama...Jom sama2 kita prktikkannya.

***************

1. Bila diarahkan untuk menjawab, anda mulalah membaca soalan dengan mendahulukan bacaan
بسم الله الرحمن الرحيم serta doa penerang hati.

Doa penerang hati

اللهم افتح علينا حكمتكك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

“ya Allah! Bukakanlah hikmahmu dan turunkanlah rahmat daripada khazanah mu itu kepada kami, ya Tuhan, yang maha pengasih lagi penyayang.”

2. Bacalah soalan dengan cermat sambil meneliti arahan-arahan yang terdapat dimuka hadapan kertas soalan.

3. Bacalah semua soalan sepintas lalu kerana membaca soalan itu sebahagian daripada peperiksaan.

4. Pastikan berapa jumlah soalan yang mesti anda jawab.

5. Sambil membaca soalan itu, tandakan soalan-soalan yang anda pilih untuk dijawab terlebih dahulu.

6. Dahulukan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin dapat menjawabnya.

7. Buat catatan (jika perlu) butir-butir yang teringat di kepala anda supaya tidak terlupa.

Doa bila terlupa

سبحان من لا ينام ولا يسهو اللهم ذكرني ما نسيت

“maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa- ya Allah! Peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

8. Kalau ada soalan ceraian, pastikan anda menjawab semua soalan ceraian itu.

9. Jangan terlalu membuang masa pada satu-satu soalan, nanti masa tidak mencukupi, jawablah apa yang ditanya sahaja dalam masa yang ditetapkan.

10. Gunakan bahasa yang tepat dan mudah.

11. Tulisan mesti terang, kemas, bersih dan mudah dibaca oleh pemeriksa. Jawapan yang tidak kemas boleh menjejaskan perolehan markah yang sepatutnya.

12. Ejaan mestilah betul mengikut ejaan baru.

13. Jauhkan sama sekali sikap suka meniru samaada dari jawapan kawan atau dari bahan-bahan jawapan lain. Sikap seperti ini menipu diri anda sendiri.

DOA-DOA LAIN UNTUK MENAMBAH ILMU

Doa minta tambah ilmu

اللهم انفعني بما علمتني وعلمني ما ينفعني وارزقني علما ينفعني وزدني علما

Ya Tuhan ku! Jadikanlah aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau berikan kepadaku, dan berikanlah aku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkanlah aku pengetahuan ilmu.

Doa minta dapat petunjuk

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك أنت الوهاب

Ya Tuhan kami, janganlah engkau menyesatkan hati kami sesudah engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmatmu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Doa mudah faham/ hafal

اللهم ارزقنا يارب فهم النبيين وحفظ المرسلين والهام الملائكة المقربين في عافية يا ارحم الراحمين

Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir dengan mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihi.

Doa ketika menemui kesukaran

اللهم الطف في تيسير كل عسير فان تيسير كل عسير عليك يسير وأسئلك اليسر والمعافاة في الدنيا والأخرة

Ya Allah mesrakanlah denganku pada memudahkan setiap yang sukar. Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu bagimu adalah mudah. Aku mohon padamu kemudahan dan limpah kebaikan di dunia dan di akhirat.

p/s: semoga kita semua dapat menjawab dengan tenang..Insya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...