Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 14, 2009

SOLAT DHUHA UNTUK JIWA MURAH REZEKI

Assalamualaikum..Hari nie saya suka untuk berkongsi satu keratan akhbar berkaitan solat dhuha. Buat pengetahuan pengunjung teratak TiNTa WaRdaH, keratan ini adalah pemberian dari bonda yang tercinta kepada saya beberapa bulan yang lalu untuk menyedarkan anaknya ini tentang kelebihan solat dhuha ini. Betapa dalamnya kasih seorang ibu sehingga sanggup memotong tazkirah dari akhbar dan diberikan kepada anaknya ini. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Begitulah sikap ibu ku yang satu ini, jika ada apa2 pengajaran yang ditemui ibu hasil dari pembacaan akan segera disampaikan kepada anak2nya. Sesungguhnya saya bangga memiliki seorang ibu yang amat menitiberatkan perkembangan ilmu & pengetahuan anak2nya. Alhamdulillah=]

**************************
Sebagai umat islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.


Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” – kira-kira 30 minit setelah terbit matahari – kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap ditangan-Nya. Justeru umat islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim di perintah untuk selalu bersyukur.

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” ( Surah Ibrahim Ayat 7 )


p/s: terima kasih mak..

Wednesday, February 11, 2009

CINTA Hakiki

Cinta pada dunia, dunia akan pergi
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Cintailah Allah kerana Dia yang kekal abadi..



Hari ini kita begitu astik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila Majnun, Romeo and Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikatnya tidak pernah terlintas disanubari. Buang emak buang saudara, kerana kasih diturutkan.

Cinta kita pada manusia melebihi segalanya. Kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah, tetapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Setiap kali kita sering melafazkan cinta sesama manusia sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa. Sekadar sembahyang 5 waktu sehari semalam yang kadang kala kita abaikan, adakah itu bukti cinta kita kepada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Kalau kita mencari cinta pada manusia
Belum tentu kita temui cinta sejati
Kalau kita mencari cinta pada Ilahi
Dia pasti menerima cinta kita
Dan itulah cinta yang hakiki

p/s: cintailah Allah sebelum kita mencintai makhluknya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...