Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 11, 2012

Rombongan ke Terengganu

Assalamualaikum...

Oooh kepenatan melanda..just arrive, come back from Ganu kiter. Haa watpe kat Ganu eh? Oke ni nak cite nie..

Harinie hari ahad bertarikh 11.11.12 (cantek tarikh!), merupakan tarikh perkahwinan pakcik aku..kawen nga orang Ganu, itu la pasal kitorang berkonvoi ke Terengganu pagi tadi. Rombongan kami agak ramai, meliputi lebih kurang 8 hingga 10 buah kereta. Ramai tuu, family je pon..memang family aku besar so memang patut r ramai kan..hihi

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi, sampai kat tempat kejadian dalam pukul 1 tengahari. Berkumpul kat umah makcik sebelum ke rumah pengantin perempuan, solat, sarapan + lunch & bersiap2 untuk ke rumah pengantin sebab majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 2 petang. Oleh kerana rombongan kami agak ramai, nak tunggu sorang2 bersiap bukannya sekejap..agak mengambil masa juga walaupun jarak antara rumah makcik dengan lokasi kenduri takde la jauh sangat.

antara rombongan kami
Lebih kurang pukul 3 petang, rombongan kami sampai..kelihatan pihak pengantin perempuan dah resah gelisah menunggu pengantin lelaki tak sampai2..haha. So majlis berjalan lancar seperti kebiasaan majlis akad nikah yang lain. Selesai akad nikah, kami berarak menuju ke rumah pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang dan juga untuk menjamu selera bagi mengisi perut2 kami yang sudah agak kosong kandungannya..ngeh3

dayang2 yang membawa dulang hantaran
Majlis pembatalan air sembahyang menyaksikan pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan..bukan 1 bentuk cincin seperti kebiasaan tapi 2 bentuk cincin pengantin perempuan dapat..hrmmm untongla kan..aku pon nak!haha

menyarung cincin perkahwinan
eh? ada lagi 1 cincin?wawawa

Selesai je majlis kami terus bertolak pulang ke Kelantan. Sampai umah tadi lebih kurang pukul 8 malam...arghh penat seh jalan jauh (Teganu je pon!)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...