Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 14, 2012

Pesan abg long

Pesan abg long ketika kami keluar makan..katanya nak cari kawan biarlah seorang yang apabila kita melihatnya kita akan ingat ALLAH..kalau berkawan dengan seseorang yang buruk akhlaknya takut nanti kita akan terikut-ikut perangainya..nauzubillah hi min zalik=] 

Kata abg long lagi, kawan yang baik boleh membawa kita ke syurga kerana dia sering kali mengingatkan kita kepada pencipta...So, lebih baik tinggalkan kawan yang buruk akhlaknya itu, kita takkan rugi apa-apa.

Terfikir sejenak..

Mengapa perlu meninggalkan kawan yang buruk akhlaknya sedangkan kita dah selesa berkawan dengannya?? Abg long seolah-olah boleh membaca fikiran adiknya ini dengan berkata "kalau kita selesa berkawan dengannya why not kita cuba ubah dia sedikit demi sedikit? kalau kita sayang kawan kita, kita kena la bawa dia kejalan yang benar...sanggup ke kita tengok kawan kesayangan kita di azab di akhirat kelak?"



gurlp!
sanggup ke aku? 
argh! terlalu payah untuk menjawab persoalan ini tapi yang jelas aku tak mungkin sanggup melihat kawan2 ku diseksa tapi aku akui yang aku lemah untuk memberi nasihat kepada mereka. Aku cuma mampu berdoa didalam hati moga2 Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah dan semoga mereka diberi hidayah. 

Iman ku belum cukup kuat kerana hanya mampu menegur di lubuk hati sahaja..Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah, berilah hidayahMu kepada sahabat kesayanganku ini..Amin=]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...