Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 25, 2008

Wanita, Tudung & Islam

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31) 



Sebuah tajuk yang menarik untuk dibincangkan, dan actually dah banyak kali pun kita umat Islam satu dunia membincangkan mengenai isu neyh. Sampai dah naek boring kalau dengar kan. Tapi itula kita yang bergelar manusia, perlu saling ingat mengingati pada setiap detik, masa dan ketika. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk sekali lagi mengupas isu neyh adalah sebab masa kelas agama aku bersama-sama dengan Ustaz Anuar (budak Uniten Muadzam knal la, huu~), dia ada menceritakan tentang ex-student dia dulu, setiap kali kelas memang dia seorang la yang tak pakai tudung, sebab kalau kelas agama pompuan semua wajib pakai tudung, kalau tak kene bambu la dengan ustaz, hekhek.. Tapi buat kes budak neyh dia bajet berani la. Bukan maksud aku untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai perkongsian ilmu dan pendapat jugak. So, pada suatu hari budak tu bangun dan bercakap something like this, 


"Ustaz, tak semestinya yang tak bertudung neyh jahat, kite tengok yang bertudung pun same jer perangai, malah ade yang lagi teruk kowt perangai daripada kami yang tak bertudung" 

Jadi itulah kisah ex-student ustaz yang kitorang dengar, dan dari situ ustaz memberi peluang kepada aku untuk memberikan pandangan dan pendapat atas peristiwa yang terjadi tu, so aku cakap la, tapi tak sampai main point ustaz dah suro stop sebab takut aku bolot mikrofon tu, hekhek... Jadi inilah pendapat apa yang aku dapat kongsikan bersama dengan anda semua. 

Bagi aku semua orang adalah baik, tak kiralah mereka yang bertudung ataupun tidak bertudung, kerana kita secara fitrahnya dilahirkan dengan hati yang suci lagi murni. Cuma didikan ibu bapa dan juga pengaruh kita terhadap rakan sebaya yang menjadikan diri kita ini terjebak dengan segala macam perkara yang berunsur kemungkaran. Baiklah kepada wanitayang tidak bertudung, maybe kita boleh katakan bahawa kita ini adalah baik secara zahirnya, tetapi apabila kita mengaitkan kembali dengan hukum islam, sudah secara terang-terangan Allah telah nyatakan bahawa rambut itu adalah aurat bagi setiap wanita! Diulangi sekali lagi,setiap wanita!! Tiada pengecualian okayh walaupun kita sudah anggap diri kita ini baik untuk masyarakat. 

Memang la kita lihat sekarang wanita bertudung pun berperangai macam tah pape, tapi bukanlah semua tak ok. Sungguhpun wanita itu bertudung, tetapi perangai baik buruk itu adalah berdasarkan diri mereka sendiri, jika dia hendak jadi baik, baiklah dia. Jika dia hendak jadi jahat, maka jahatlah dia walaupun sudah bertudung. Apa yang aku boleh katakan kepada wanita ialah apabila bertudung, ikhlaslah dalam pemakaian, jangan disebabkan seseorang ataupun sebab datang kelas agama sahaja baru hendak melabuhkan selendang di kepala. 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."


Apa yang kita hendakkan dalam memakai tudung bukan hanya sekadar cara pemakaianataupun hanya untuk menutup aurat, tetapi apa yang dicari adalah kesempurnaan dalam diri seseorang itu agar dapat menjadi seorang muslimah yang sejati. Dari situ secara tidak lansung dapatlah kita melihat kesempurnaan akhlak dalam diri si pemakai tudung. Aku tahu memang tidak senang untuk melakukan perubahan, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi masyarakat sekitar, tetapi itulah yang kita namakan dugaan dan cabaran dalam hidup. 

So, itulah sedikit sebanyak pandangan yang dapat aku kongsikan bersama korang, mungkin korang pun ade pendapat masing-masing sama ada nak mempertahankan mereka yang bertudung dan tidak bertudung? Apa-apa kita mesti ingat satu perkara wahai semua umat Islam, bahawa tempat pengakhiran kita adalah dua sahaja, sama ada syurga ataupun neraka. Jadi, mana satu pilihan anda?? fikir-fikirkanlah ;) 

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." (al-Bukhari) 



p/s: Alangkah indah jika wanita seluruh dunia ini bertudung ;) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...