Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 12, 2011

Imtihan


Dalam proses belajar, kita sentiasa akan melalui ujian. Dengan ujian-ujian ini kita dapat mengetahui tahap kefahaman dan ingatan serta kecekapan kita dalam usaha menjawap persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kita juga akan belajar  bagaimana membuat pilihan terbaik dari ilmu yang kita pelajari. Bukankah kita boleh mengaplikasikan proses ini dalam kehidupan seharian?

Hidup Adalah Proses Ujian
Seperti mana dalam ujian peperiksaan, begitulah kehidupan sehari-hari kita. Sentiasa dalam ujian. Panduan dan rujukan kita adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw. Kita sentiasa dalam jalan pilihan, samada ia jalan kebenaran atau kesalahan.
Allah Swt telah mengajar kita melalui teladan paling istimewa yakni Muhammad bin Abdullah, Rasul kita untuk menjalani peperiksaan dan ujian seharian dalam kehidupan. Ia bermula  dari bangun dari tidur, sehingga kita tidur semula. Begitu sehari-hari hingga kita akan menemui Allah swt.
Ujian-ujian ini akan membezakan manusia dengan pelbagai tahap. Anugerahnya hanya ada dua di akhir peperiksaan nanti, neraka ataupun syurga. Sudah tentu yang meletakkan matlamatnya syurga akan berusaha menjadikan kehidupan sehari-hari sebagai kehidupan bakal penghuni syurga. InsyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah. Cintailah Pemilik Syurga.
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." 
(Surah Al-A'raf 7: Ayat ke 96)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...