Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 25, 2013

Kunjungan bakal BESAN mak

Assalamualaikum...

Apa citer korang hari nie? aku punya citer best nak share ni..bak kata pepatah inggeris "sharing is caring" hehe ni citer pasal bakal besan mak..alkisahnya seperti yang korang sedia maklum bahawa ayahanda saya kurang sihat sejak akhir2 ni..baru2 ni abah admitted ward almost 1 week,tak heboh pon tapi cepat je orang kampung tahu berita ni.. so berpusu2 la mereka datang melawat abah kat hospital.

Bila abah da kuar wad maka berpusu2 pula la mereka datang lawat kat umah..boleh kata tiap hari umah tak pernah sunyi dari kunjungan jiran tetangga. Malah ada juga kenalan abah yang datang jauh nun dari Terengganu semata2 nak tengok keadaan abah..Alhamdulillah kesihatan abah makin bertambah baik dari hari ke hari.

Tengahari tadi kami menerima kunjungan dari bakal besan mak (INSYA ALLAH)..diorang baru tahu tentang keadaan abah, bukan niat nak rahsiakan hal ni tapi kami sebolehnya tak nak menyusahkan mereka disebabkan jarak antara rumah kami dan rumah mereka agak jauh dan memakan masa berjam2 untuk sampai..agak berbesar hati juga la menerima kunjungan orang jauh ni. Mereka datang dengan 2 buah kereta yang meliputi abang2,kakak2 ipar, anak2 buah & ibu kepada bakal menantu mak ni..erk?haha boleh dikatakan hampir semua family dia la diangkut nya datang bertandang..hihi baik budak ni bak kata pakcik aku.. ^_^

Bersama salah sorang anak buah bakal menantu mak..

Papepon terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang ambil berat tentang kesihatan abah, sudi meluangkan masa melawat abah samada semasa di hospital mahupun kat rumah..mereka yang tak jemu2 datang menjenguk, bertanya khabar...trima kassihh! bak kata salah sorang ahli kumpulan alleycats tue..hihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...