Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 8, 2013

Kisah Saya!

Assalamualaikum....

Buat apa 2? oh curik2 ngendap blog saya ye..hehe.. so guys entri kali ni saya nak bukak satu cerita lah, actually bukan satu tapi beribu..ahaks tipu jer pon..beribu cerita tapi disatukan menjadi satu..hehe boley camtue? boley je kan..

Oke kisahnya begini..

KISAH PERTAMA

Tarikh: 22 Disember 2012
Tempat: Hentian Putra
Tujuan: Nak balik kampong..
Kronologi Kejadian: Malam itu lebih kurang dalam pukul 9 malam saya bersama adik n kazen tercari2 bas yang akan dinaiki iaitu bas mutiara, menurut catatan yang tertera di tiket bas, waktu bertolak ialah pada pukul 9.30 malam. Disebabkan pada malam itu stesen bas tersebut terlalu sesak dengan orang ramai dengan pelbagai jenis bas kami jadi rambang mata sehinggakan bas yang kami cari tidak dijumpai sama sekali..kami terpaksa berasak2 dengan orang ramai untuk mengintai dengan erti kata yang sebenarnya skodeng bas2 yang berkeliaran disitu pada waktu itu

Tiba2 saya seolah2 terdengar satu suara menegur saya dan apabila saya berpaling ke arah suara tersebut saya dapati ada seorang perempuan sedang merenung sambil melemparkan senyuman manisnya kearah saya! saya terkedu seketika..saya sama sekali tidak menyangka akan bertemu dengan kawan baik semasa zaman sekolah dulu dicelahan orang ramai itu...terasa begitu kecilnya dunia apabila tanpa dirancang saya bertemu semula dengan beliau dimana kami telah berpisah selama hampir 8 tahun! Allahu Akbar!


KISAH KEDUA

Tarikh: 22 Disember 2012
Tempat: Dalam bas mutiara
Tujuan: Dalam perjalanan balik kampong
Kronologi Kejadian: Bas sampai agak lewat dari masa yang sepatutnya, mungkin kerana kesesakan lalu lintas menjadikannya begitu. Sepatutnya aku bertolak pukul 9.30malam seperti yang dijadualkan tetapi memandangkan bas sampai agak lewat so perjalanan kami pon tertunda, menghampiri 10.20 malam baru la nampak batang hidung bas..tahap gabra aku tak usah cerita lah, agak gentar kalau2 terlepas bas tapi mustahil pulak terlepas sebab dari pukul 9.20 lagi aku terpacak kat  c2 namun tiada pulak spesis bas aku tuh!

Beberapa kali jugak la aku berulang alik ke kaunter yang berkenaan untuk urusan pertanyaan samaada bas da datang ke belum.. jawapan mereka melegakan aku kerana bas masih on the way katanya. Okeh stop pasal tuh, part ni aku nak cite pasai perkara yang berlaku dalam bas..

Jarum jam hampir menunjukkan ke angka 10.20 malam, bas yang ditunggu2 tiba jua, dari jauh aku da nampak bas tersebut dan nafas kelegaan ku helakan..akhirnya penantian berakhir! naik je bas aku menonong menuju ke belakang disebabkan seat aku terletak nun jauh dibelakang, masa 2 kebanyakan seat bahagian bawah sudah hampir penuh. sampai je dibelakang kulihat hanya terdapat 2 seat kosong masing2 disebelah kiri dan kanan..ayyoyo macam mana nih? aku dua beradik, adik aku lelaki dan yang duduk kat tengah 2 merupakan dua orang perempuan, takkan lah adik aku kena duduk tepi perempuan lain kot, agak susah untuk kami berkomunikasi nanti.

Bagai memahami situasi kami,mereka beralih ketepi dan memberi ruang yang cukup kepada kami untuk duduk bersebelahan. Tetiba kakak yang duk kat seat paling hujung menegur "dik, student UMK eh?"..walaweh satu lagi pertemuan yang tak terduga berlaku


KISAH KETIGA

Tarikh: 26 Desember 2012
Tempat: Area bandar Kota Bharu
Tujuan: Membeli kelengkapan sekolah adik2
Kronologi Kejadian: Usai membeli barang kelengkapan persekolahan adik2, aku bersama 3 orang adik menuju ke perhentian bas untuk pulang ke rumah. Selepas menyeberang jalan untuk menuju ke destinasi ,tetiba ada seseorang mencuit lengan aku dan dengan spontan aku berpaling..Ya Allah! rupanya kawan masa sekolah menengah dulu..hampir 5 tahun tak jumpa. Habis je sekolah masing2 membawa haluan sendiri dimana aku melanjutkan pelajaran di UMK manakala dia pula menyambung pelajaran di UUM. Timur -----> Utara...jauh tuu..hihi


KISAH KEEMPAT

Tarikh: 30 Desember 2012
Tempat: PPD Bachok
Tujuan: Temuduga bertulis
Kronologi Kejadian: Pagi itu hujan turun renyai2, sampai di tempat kejadian agak lewat dari masa yang sepatutnya tetapi kelihatan ramai orang masih berkeliaran diluar, ini bermaksud temuduga belum bermula. Setelah mendaftarkan nama, kami dipanggil masuk ke dewan bunga raya untuk menjalani sesi temuduga bertulis bagi jawatan Guru Kafa. Setelah mengambil tempat duduk masing2, kami diberi penerangan sedikit sebanyak tentang kronologi berkaitan kerjaya tersebut. Dari sudut ekor mataku, aku merasakan seolah2 kenal dengan orang yang berada disebelah kiri mejaku, aku berpaling dan memang benar seperti telahanku, dia merupakan teman waktu sekolah dulu..kami cuma sempat berbalas senyum je.

Habis temuduga semua calon keluar dari dewan dan sekali lagi tanpa diduga aku bertemu dengan saudara belah mak iaitu sepupu kepada emakku, sebagai yang lebih muda, aku menegurnya dan ternyata dia terkejut dengan sapaan itu tetapi agak malang bagi diriku kerana dia tidak mengenaliku. Setelah memperkenalkan diri barulah dia mengukirkan senyuman, memang patut la dia tidak mengenaliku kerana kami agak jarang bersua muka. Dia kesana kerana menemani anaknya yang terpilih untuk sesi temuduga tersebut.


KISAH KELIMA

Tarikh: 7 Januari 2013
Tempat: PPD Bachok
Tujuan: Temuduga lisan
Kronologi Kejadian: Masa temuduga ialah pada pukul 8.30 pagi seperti yang tercatat pada surat tapi aku sampai agak lewat. Masa sampai, keadaan sekeliling agak lengang kerana semua calon telah masuk kedewan untuk menunggu giliran ditemuduga. Dengan sedikit gementar aku ke kaunter untuk bertanya dan dia menyuruh aku masuk kedewan, agak malu untuk kedewan memandangkan aku keseorangan waktu tu. 

Masuk je kedewan aku perasan semua mata2 memandang kearahku..arghh malunya aku tidak terkata, dahla da calon lelaki..huhu. Dengan menonong aku menuju kesatu sudut untuk duduk, kelihatan semua kerusi telah dipenuhi oleh calon2 temuduga, tiba2 seorang calon mengarahkan aku untuk pergi daftarkan diri dimeja urusetia..arghh malu lagi...tanpa disangka calon tersebut merupakan teman sekolah dulu, agak rapat dengan dia kerana pernah duduk bersebelahan didalam kelas..dah lama lost contact dengan dia, lepas SPM dia pindah sekolah menengah untuk mengambil STPM manakala aku stay disekolah lama untuk mengambil STAM..hampir 6 tahun tak jumpa kot


Note: Hidup ini penuh dengan kebetulan :) Lepas ni entah apa lagi la kebetulan yang akan aku alami..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...