Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 18, 2008

Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum...Suka untuk saya kongsikan satu pengalaman yang baru bagi saya setelah bergelar mahasiswa. Baru2 nie saya ada mengikuti satu program khidmat masyarakat yang berlangsung di Kg Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Program nie merupakan program pertama yang saya sertai setelah beberapa bulan bergelar mahasiswa  di Universiti Malaysia Kelantan.

Antara peserta yang terlibat


Program nie adalah dibawah anjuran unit sukan UMK. Ianya melibatkan para mahasiswa yang sukarela untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Tujuan utama program seperti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang nilai2 yang perlu disemaikan walaupun bergelar pelajar.

Program nie berlangsung pada hari sabtu bertarikh 16 Ogos 2008. Untuk pengetahuan semua, program ini dijalankan semasa cuti semester. Pelajar yang menyertai program nie kebanyakannya merupakan anak jati negeri kelantan dan ada juga pelajar dari negeri luar yang tidak pulang bercuti semata2 mahu menyertai program2 yang dijalankan sepanjang cuti semester berlangsung. Seramai lebih kurang 30 orang peserta bersama pegawai pengiring iaitu En Azwan dan Abang Ayie telah menyertai program nie. Disini kami telah diarahkan untuk membersihkan kawasan kubur Kg Batu Gajah. Saya telah melibatkan diri untuk mengecat pagar kubur Kg Batu Gajah.

Pagar kubur sebelum di cat

Peserta sedang bertungkus lumus mengecat pagar


Saya amat teruja dapat melibatkan diri dalam program seperti ini kerana sebelum nie saya tak pernah dapat merasa bagaimana perasaan bila kita dapat memberi khidmat kepada yang memerlukan. Saya berharap saya akan diberi peluang untuk terus menyemai bakti kepada masyarakat selepas ini.

Abg Ayie sedang memberi arahan kpd peserta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...