Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 10, 2012

Q3 Program


Assalamualaikum…. sekarang nie aku sedang mengikuti kursus Q3 di UMK..nak tau Q3 tue apa? haha Q3 adalah sebuah program yang direka khas untuk final year student yang belum dapat band 3 & ke atas dalam MUET! Haha sebab utama tertubuhnya program ni adalah kerana syarat untuk bergraduat bagi mahasiswa UMK adalah perlu mendapat band 3 & keatas dalam MUET so sesape yang belum mencapai tahap tu kena ambil kursus ni dengan bayaran sebanyak RM160. Tempoh kursus ni adalah selama sebulan..


Sebelum nie memang aku ada terdengar khabar angin tentang program ni tapi tak pulak dinyatakan tarikh yang tepat. So lepas aku abis je praktikal ari tue terus aku g Sarawak..tapi sebelum aku bertolak ke Sarawak tu aku da cuba mesej tanya khabar tentang program ni kat lecturer aku, dia kata program nie akan dilaksanakan tapi belum ada tarikh yang pasti..masa duk kat sana baru aku dapat emel dari pihak UMK tentang tarikh lapor diri untuk program ni..mengikut emel tue aku kena daftar pada 29 Jun 2012 sedangkan pada tarikh tersebut aku baru nak terbang balik ke semenanjung.. so aku terpaksa la tangguhkan dulu pendaftaran aku tue

Nak tak nak 2 Julai 2012 baru aku g UMK & masuk kelas buat pertama kalinya..so sebagai pelajar baru kena la perkenalkan diri dulu..tapi kena speaking la pulak! Bantai je la...uhuk. sepatutnya 1 hb tue da start kelas tapi aku malas nak g lagi masa tue..haha tak tau pulak yang kehadiran amat2 penting bagi program ni..so kena la wat surat excuse, aku g 2 hb tu pon sebab ada presentation sal praktikal aritue..huhu kalu tak tak taw la bila baru bley start clas tue..kepala otak aku nie bukan boleh pakai sangat! Hehe

Ngah discus utk speaking test
Nak g present tue pon kena bagi surat excuse jugak, siap kena ambik cop penyelia lagi..mana la taw kot2 student tue tipu ke an..haha tapi aku baik, aku betol2 g present, bukan saja2 nak ponteng tau..

Program Q3 nie ok sebenarnya...dia ajar camne nak terer BI, camne nak wat ayat present tense, past tense & so on la..best gak kelas ni sebab lecturer yang mengajar nie sempoi jer tapi tyme serius memang seriau giler aku!ngeee..kami diajar public speaking, writing, listening....macam nak jawab exam MUET tue la..sume benda dia ajar..kadang2 dengar lagu omputeh pastu buat rumusan pasal lagu tue..tapi yang penatnya kelas start kul 8 pagi abis kul 10.30pagi pastu kul 11pagi sambung balik habis pukul 1 tengahari, rest and kul 2 petang sambung lagi sampai kul 4 petang..lebih kurang 7jam belajar omputeh je setiap hari sampai la sebulan..huh klu lepas nie tak terer gak omputeh tak taw nak cakap apa la aku..haha

complete!

2 comments:

  1. tumpang tanya kak....syarat lain untuk bergraduat kat umk kene join or build syarikat ke?

    ReplyDelete
  2. Maaf,lmbt rply..trlepas pndang..slh 1 syrt utk stdnt umk ialah kena ad syrikat sdiri..syrkt yg bdftr dgn SSM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...