Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 31, 2012

Bayaran Konvokesyen

Assalamualaikum W.B.T

Yippi..da setel bayar yuran konvo! Hari nie nak cite sal konvokesyen lagi. Seperti yang aku da habaq kat entry lepas yang last minute is our thrust, betol2 last minit lah aku wat keje...nak g bayar yuran pon asyik duk tangguh2 sampai la ke hari nie 30 ogos. Nak tak nak terpaksa pergi jugak sebab da xde masa..haha

Nak dijadikan cerita, adik aku yang merupakan driver pribadi aku tetiba demam. Mak aihh cmne nak g bank neh? tue la, awal2 xnak pegi bila da last2 minit camni baru nak buat semua benda. Da taw klu wt last2 minit mesti ada halangan punya. Tapi itulah aku, selalu je camtue..tak pernahnye nak amik pengajaran dari kisah2 lampau!haha

Dalam kul 10 aku pon pegi la bank nga abang aku..nasib baik dia ada kat umah..klu tak mane aku nak cekau?ngee..dia kata g bank islam kat Pasir Tumboh la tak ramai orang, kerusi banyak, dekat pon dekat. Aku ikut je...sampai kat sana lebih kurang pukul 10.25pg, terus amek nombor sebab borang da siap isi. Dapat no 1027..no masa tue 1026..fuh seb baik la

Tiba giliran, g kaunter & bagi apa yang perlu, staff bank cakap untuk UMK kena cas RM2. Oke, aku da sedia maklum sal ni sebab kawan2 ramai da bising kat fb cakap diorang kena cas RM2..awal2 lagi aku da ready...huhu. Lepas 2 minit urusan aku selesai..Alhamdulillah tak lama pon kat sana, teringat keluhan seorang teman yang mengatakan dia terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk setelkan benda nie, da la kerusi penuh..menunggu dalam keadaan berdiri selama 2 jam..cuba bayangkan....kesiankan..mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku tue.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...