Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 26, 2012

KELEBIHAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat semua? harap2 semua dalam keadaan sihat sejahtera...haa harinie saya nak berkongsi tentang kelebihan puasa di bulan syawal yang mulia ni..

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawasanya bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa iaitu dibulan Ramadhan yang lepas. Semoga segala amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh barakah itu diterima Allah..amin.

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.


Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal ialah puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu. Ia menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik & mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

*nota kaki : yuk puasa sama2 *-*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...