Daisypath Happy Birthday tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 13, 2012

SERUNDING DAGING

Assalamualaikum W.B.T

Haa hari nie aku nak cite sal buat serunding. Sebenarnya entri ni aku nak pos petang tadi tapi bila on je laptop terus ngantok! tak sempat buat pape terus tertido..almaklumla, seharian kot duk prepare tuk buat serunding daging...raya kan da dekat, kurang seminggu je kot lagi

Dari pagi lepas je sahur baca Quran sikit, harinie da 24 Ramadhan 1433H tapi aku baca Quran baru je masuk  juzuk ke 20, ini bermakna masih ada 10 juzuk lagi untuk khatam tapi ramadhan cuma berbaki 5 hari je lagi..ermmm sempat ke nak abeskan sebelum menjelang raya nie?? harap2 sempat la ye..insya Allah!


Note: Sila fahami kata2 yang terdapat di pitcha kat atas ye..tak paham tanya okeh *_*

*******************************************

Lebih kurang kul 8 pagi lebih2 aku mula kupas bawang merah, bawang putih, halia & yang sewaktu dengannya..nak resepi? oke, jap lagi aku kasi orait tapi aku gtaw yang asas2 je la ek sebab aku pon tak tau sangat sukatan dia camne, pandai2 la korang agak2 yer...hehe.

Antara bahan2nya ialah:
  • daging
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • halia*
  • lada kering*
  • serai*
  • santan
  • garam
  • air asam jawa
  • gula
  • minyak

cara2
  1. rebus daging sehingga empuk. tumbuk2 & carik2kan supaya halus..ketepikan
  2. potong bahan yang bertanda * halus2 & blender dengan santan
  3. masukkan minyak, daging dan bahan2 yang telah di blender ke dalam kuali
  4. masak diatas api yang sederhana
  5. masukkan garam, air asam jawa & gula secukup rasa
  6. kacau sehingga sebati & menjadi kering
  7. siap

Nak buat serunding daging nie agak rumit la jugak sebab daging tu semestinya kena rebus terlebih dahulu, nak kasi lembut pastu kena tumbuk & peleraikan biar jadi halus2 gitu..betol ke ayat aku neh?hehe lantak la, asal aku paham suda..muahaha. Pastu kupas bahan2 & racik2 @ potong halus2 supaya senang lumat apabila dikisar. Bila da settle bab potong memotong nie, kisar la bahan2 tadi dengan santan and then masukkan kedalam kuali yang berisi minyak tapi jangan lupa pulak untuk masukkan daging yang telah dicarik2 halus tadi tue..hehe. After that, letak atas dapur dengan api yang sederhana jer taw supaya ia tak hangit nanti...besides that, masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa tapi jangan lupa kacau..kacau hati2 taw takut nanti terpercik ke apa ke..oh ya, serunding nie harus selalu dikacau supaya tidak berkerak @ hangit..klu da namanya hangit mesti makan pon da tak sedap kan..kacau hingga nampak kering baru boley diangkat.

Macam tue la lebih kurang cara2 nak buat serunding daging. Sori ler xde gambar nak tunjuk cara penyediaannya sebab kamera adik sedang guna..klu ada gambar + keterangan baru senang sikit nak buat kot..kan..huhu.Klu kat kelantan, serunding daging nie dijadikan inti untuk ketupat palas tambah2 dekat nak raya camni..huh berebut orang2 nak buat ketupat. Mak aku sendiri pon 4 gantang buat ketupat tahun nie..adoooi banyak kot! tapi bukan untuk family aku je 4 gantang tuh, ade la sorang dua keluarga terdekat yang tempah..almaklum la ketupat mak aku kan seeedap!haha







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...