Surah ini paling pendek,
hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam
sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih
manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi
daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai
surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung
di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika
hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti
berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak
10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir,
baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana
letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1000x
rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya,
hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara
membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana
dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
No comments:
Post a Comment